Wednesday, September 22, 2010

Aidilfitri 2010, Terengganu










































































































Selamat Rayer Semua.. Maaf Zahir Batin..
Hmm lama tul tak mencoret kat blog ni.. Kesiaan bersawang..
Sempena masih dalam bulan rayer ni nak syer la suasana rayer tahun ni..

Tahun ni buat kali ke-3 nya aku berayer kat Kuala Berang ,Terengganu.. Kampung asben.. Kalau raya kat sana agak meriah ckit berbanding beraye kat kg aku sebab fmly aku ciput je.. 3 beradik.. Dan kanak2nye cuma anak aku jer... Agak sepi.. Fmly tganu besar.. Asben aku anak ke 9 dari 10 beradik.. Bayangkanla kalau semua balik.. Rasa cam wat kenduri pun ade.. Aku wat kenduri aritu pun tak ramai cam balik kg tganu.. heheee...

Ni gbr2 masa kat terengganu.. Anak aku la org yg paling gumbira kat sana.. Ye la sepupu sepapat ramai kalau kat rumah si haziq tu jd kera sumbang jer.. Aku n asben kejenye asyik makan jer.. Alhamdulillah

Raya ke 4 baru balik PJ semula.. Raye ke-5 balik ipoh lak.. Alhamdulillah perjalanan kami sepanjang balik terengganu n Ipoh lancar dan selamat..

Wednesday, July 28, 2010

Syukur Alhamdulillah.






















25 Julai 2010 (Ahad).. Aku buat doa selamat dan tahlil.. Buat kecik2 & simple2 je..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yg duharapkan..Alahamdililaah..

Wednesday, June 30, 2010

Habis Pantang

Alhamdulillah.. Hari ni aku dah merdeka!! Habis pantang dengan jayanye.. Tak perlu makan nasi dgn lauk yg sama setiap hari...
Boleh la gi makan KFC ke Pizza ker.. Nasi paprik ker.. Hmm rindunyer nk makan sume tu..
Tapi laki aku belikan roti canai jer huhuuu..

Kami belum sempat keluar jalan2 dalam erti kata sebenar.. (Tapi masa dah 35 hari lebih dlm pantang pun aku dah bedal mcm2 gak.. hee. tu pun mknn yg tidak memudaratkan laa...)
Kelmarin kami keluar gi cari nursery utk syirah.. alhamdulillah ade gak nursery yg nak terima anak aku.. Dekat lak ngn umah..
Nak hantar kat Maktab Kerjasama tempat abang dia dah full lak... Ramai sgt new born... Ramai lak yg beranak saing2 aku.... Terpaksa la mengalah sebab aku bukan kakitangan maktab...

Hmm lambatnye Ahad utk aku kuar jalan2 cari makan..

Thursday, June 17, 2010

Cukur Rambut

selepas cukur..

selepas..

sebelum dicukur...


sebelum...
Ahad lepas aku mintak asben aku cukur rambut syirah.. Bila mak datang dan tgk syirah dah botak.. mak cam agak kurang puas hati aku dah cukur rambut anak sebab mak kata belum wat kenduri lagi knp dicukur dulu.. Laa camtu ker.. Mana la aku tau.. Takpe la orang kata cukur rambut bayi ni hukumnya sunat..Bila masa yg sesuai utk dicukur aku tak tau laks.. Takpe la asalkan anak aku sihat..
Hmm ni la syirah sebelum dan selepas dicukur.. Sian lak bila tgk dia botak.. Cam makin kecik je muka dia.

Friday, June 4, 2010

Cemburu si abang..






Hmm Ingatkan dah dapat adik si Haziq ni cerdik ckit..pandai beralah dan ada sikap ke'abangan' .. rupanye makin menjadi2 keakraban dia ngan ayahnyer.. Pantang ayah dia dekat ngan Syirah, terpekik2 dia ajak ayah dia dok kat dia.. Nak peluk la, nak main la, nak tidor la, nak susu la.. Beribu mcm alasan dia reka utk buat ayah dia bagi perhatian kat dia..

Bila adik menyusu dia pun nak susu gak wlupun baru je habis sebotol.. Klu adik dia tukar pampers dia pun amik pampers gak dan masa tu gak la dia nk pakai pampers gak.. padahal dia dah tak pakai pampers pun melainkan waktu tidur ngn be*** je..
Camne erk.. mungkin ni la sebab org slalu cakap jgn jarak jauh sgt antara anak first ngan 2nd.

Mungkin baru lagi kot dan masih blom boleh terima kenyataan yg dia dah ada adik utk berkongsi ibu & ayah.. heheee... kelakar gak tengok..Harap la untuk permulaan ni jer dia buat perangai camtu..

Monday, May 24, 2010

Permata Hati


Alhamdulillah.. Semuanya dah selamat..
16 Mei 2010, 1.30 pm (Ahad)

Aku selamat melahirkan baby girl seberat 3.3kg secara normal.. Alhamdulillah..
Terlerai semua kerisauan hati selama ni.. Dan syukur alhamdulillah saya dikurniakan baby perempuan.. Itu la yg paling saya harapkan, dah dapat sepasang boleh rehat lama ckit.. :)

Hmm ni la anak dara saya.. Nur Zetty Insyirah :) Semoga dengan kehadiran permata hati baru ni dapat menceriakan dan mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.. Amiin..

Sunday, May 2, 2010

Mata Berkerdip

Mata berkerdip/bergetar.

Sebenarnya rasa bergetar tu seperti berkedip-kedip pada kelopak mata atas atau mata bawah Orang tua-tua kata ada maksud-maksud tertentu

Masuk arini dah hampir 2 minggu dan tiap2 hari kelopak bawah mata kiri aku bergetar/ berkerdip..

Percaya ke?...................
dulu-dulu macam percaya gak, sekarang....demi utk menyedapkan hati, biarlah, dah dia nak berkedip..

Bila kelopak mata atas bergetar orang tua-tua kata macam nak jumpa orang jauh kalau kelopak mata bawah pulak orang tua-tua kata nak menangis.
Kadang-kadang macam takut je bila kelopak mata tu bergetar, macam berteka-teka pulak apa yg akan datang... ataupun macam dah boleh agak apa nak berlaku.. kadang-kadang jadi rimas lak. kalau tak kuat semangat boleh jadi termenung sepanjang masa cam tunggu apa yang datang.
Biasanya orang perempuan la yang camtu, terutamanya aku..

Citer gak kat asben tapi tengok dia pun cam bosan je nak dengar citer mata berkerdip aku.. Ye la mana tak nyer hampir setiap hari aku ngadu kat dia yg mata kiri aku berkerdip2.. "aku cakap mata kiri ni asyik berkerdip la agak2 knp erk.." Wlupun mukanye nampak bosan dengar citer yg sama tp demi menjaga hati bini yg tengah sarat mengandung ni dia layan la jugak.. :)

Apapun... kita kena ingat setiap peristiwa datangnya dari Allah Taala dan jika terdapat persamaan itu hanyalah kebetulan semata. Semoga Allah kuatkan hati aku dan beri kesabaran buat aku menempuh hari2 mendatang..

Thursday, April 29, 2010

Tidak semua yang kita inginkan pasti menjadi milik kita.

Aku jumpa artikel ni kat mana aku tak ingat.. Sekadar kongsi bersama.

Hidup ini mesti diteruskan, tidak semua yang kita inginkan pasti menjadi milik kita.

Ada masanya kita harus belajar menerima kenyataan bahawa ada waktunya, sesuatu benda/perkara itu bukan tercipta untuk kita. Mungkin juga, sesuatu yang kita rasakan baik itu, sebenarnya buruk bagi kita dan sesungguhnya, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Bersyukur dengan apa yang ada adalah penyelesaian yang terbaik agar jiwa ini menjadi lebih tenang. Tidak gelisah. Hidup ini adalah kembara. Ibarat kita memandu sebuah kereta. Sebelum memulakan perjalanan, kita harus merancang dengan baik, memastikan keadaan kereta kita dalam keadaan yang baik dan selamat.

Namun ada masanya, tidak semua yang kita rancang, akan menjadi kenyataan. Ada masanya, jalan yang kita lalui tidak disangka-sangka terjadi kemalangan lalu mengakibatkan lalulintas menjadi sesak. Kita tersepit ditengah-tengah jalan. Stuck.Ada masanya kita terlepas susur keluar lalu sesat entah ke mana-mana. Yang dekat menjadi jauh. Duit minyak dan duit tol berlipat kali ganda perlu dibayar.

Ada masanya juga kita tiba di suatu persimpangan yang asing bagi kita dan kita terpaksa membuat pilihan dengan kadar yang segera samada untuk ke kanan atau ke kiri.
Ada masanya juga kereta kita dilanggar oleh kereta lain yang tidak bertanggungjawab. Kita cuma mampu berputih mata tidak dapat berbuat apa-apa. Naauzubillah..

Hidup ini tidak pernah lepas dari cubaan dan ujian. Maka sebab itulah juga, rukun iman yang ke enam, mewajibkan kita sebagai umat Islam agar yakin dan percaya dengan sepenuh hati kita kepada qada' dan qadar Allah. Kita hanya merancang namun Allah jualah penentu segalanya. Bismillahitawakkaltualallah..

Harus diingatkan juga, fail to plan is plan to fail. Walaupun kita tahu setiap apa yang berlaku, hanya berlaku dengan izin Allah, itu tidak semestinya menjadi alasan kepada kita agar berhenti berusaha dan cukup sekadar memeluk tubuh.

Sesungguhnya, ini adalah konsep tawakal yang bercanggah dalam Islam. Islam menyuruh umatnya berusaha, kemudian barulah bertawakal kepada Allah, itu barulah masa yang tepat untuk kita serahkan segalanya kepada qada' dan qadar Allah.

Sebagai umat Islam juga, kita harus yakin dan percaya, doa adalah senjata utama kita. Berdoalah dan mohonlah kepada Allah dengan hati yang penuh yakin kepada kekuasaan dan keagungan Allah. Berdoalah agar segala usaha kita membuahkan hasil yang positif dan bertawakkallah.

Serahkan segalanya kepada Allah, tidak kira apa yang terjadi, pasrah dan redhalah dengan apa yang terjadi. Semoga kita menjadi hamba Allah yang tekun melaksanakan suruhan Allah, bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang berusaha untuk mencapai redha Allah dan gigih mencapai impian, selari dengan saranan agama kita. Berdoalah dengan hati yang penuh yakin dan gantunglah harapan hanya kepada Allah. Tawakkallah.

Sabar dan redha bukan suatu yang mudah untuk dilakukan, namun hati-hati yang mengtauhidkan Allah dan berpegang teguh kepada rukun iman dan rukun Islam insyaAllah pasti mampu memilikinya. InsyaAllah..

Tuesday, April 27, 2010

Menghitung Hari..

Hari ni kandungan aku genap 38 mggu.. Kalau masa anak first dulu 38 mggu 6 hari aku dah bersalin.. Tetiba je rasa takut.. Dulu tak rasa camni pun sebab tak tau rasa camne nak bersalin.. Tapi bila dah pernah mengalami lagi membuatkan aku rasa takut nak menghadapi hari tersebut.. Macam2 benda aku carik kat internet utk hilangkan rs takut aku dan sbg persediaan menunggu hari.. Apapun takut atau tak aku WAJIB utk hadapinya.. Bak kata org pandai buat pandai tanggung la.. heheee
Apapun semoga Allah permudahkan segala urusan kelahiran nanti.. Kawan2 doakan yer semoga aku & baby selamat serta dipermudahkan semasa bersalin.
Kalau mana yg ada saya buat tersalah silap tu mintak maaf byk2..

Thursday, April 15, 2010

Majlis APC 2009



Majlis APC 2009 tadi berlangsung kat Hilton PJ.. Best jer tengok org dpt staff cemerlang.. Kayoo..
Tahniah pd yg dapat.. Semoga kerjaya bertambah cemerlang gak.. Bila la nak merasa lagi.. :)

Thursday, April 8, 2010

My Birthday..

04/04/2010 (ahad lepas) ulang tahun kelahiran aku yg ke-32 tahun… hmm dah tua dah…alhamdulillah syukur kehadrat illahi aku masih lagi di panjangkan umur, diberi kebahgiaan menikmati anugerah Ilahi.. Cuma kesihatan agak kurang baik walau luarannya nampak sihat..


apa yg specialnye tahun ni???

takde ape yg special pun... asben aku pn bukannye jenis yg pandai nk beli kek utk clbrte bday aku ataupun anak..... habis2 belikan hadiah atau pun bawak kami sefmly makan besar..

Bila saat 2 camni terkenang balik masa bujang dulu.. kengkawan n housemate clbrt n beli kek.. Paling tak lupa kawan baik aku Tom n Ina.. Siap beli kek & sorokkan kat rumah jiran sbelah sbb takut aku nampak.. Siap masak utk makan ramai2 sempena birthday aku.... Lepas je maghrib 4 April roomate aku bersekali ngn member2 rumah sebelah bawak kek sambil menyanyi lagu happy birthday kat aku…heheee aku pun malu-malu siput... ya lah kalu ikut cara islam lepas maghrib dah masuk hari lain dah….so time tu kiranya dah 5 April kan…Bahgia je rasa.... Aku pun cuma mampu senyum2 kelat 'kemaluan'......hee

Indahnye bila fikir masa lampau.. Harap dpt jadi kenangan indah buat aku..

Thanks all my friends….hopefully will friendship forever…love all of you…



tetiba tingin nak layan lagu ni laks:
Lirik Lagu Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Wednesday, March 24, 2010

Belon Panas

menangis ajak balik.. takut tul dia ngn bunyi belon panas tu..


haziq ketakutan..













Minggu lepas sempat gak aku ngn fmly gi putrajaya tengok festival belon panas..
kononnya nak bagi anak tengok biar dia suka tapi rupanya dia menjerit takut..
Tak sangka lak dia akan takut.. Sia-sia je gi.. wat penat badan.. Haziq langsung taknak
tengok.. Sudahnye balik camtu jer..

Wednesday, March 17, 2010

Ulangtahun perkahwinan..


12 Mac 2006.. Malu lak tengok gbr masa ni..






Masa kad jemputan baru siap di tempah masa tu la baru rasa
pecaye yg aku nak kawin dah... berdebor je rase..


Khamis lepas..Kami amik cuti sempena ulangtahun perkahwinan kami yg ke-4..
Ape lagi bile cuti berdua dan anak pulak antar kat nurseri.. kami pun berdating la ke hulu hilir..
Pergi jalan2 balik kat tempat-tempat sejarah yg kami pernah dating masa belum kawin dulu.. :)
bahgia je rasa bila dapat berdua tanpa perlu terpekik terlolong kejar anak.. Dah lama rasanye kami tak dapat jalan2 berduaan.. Bila ada anak bapaknye asyik kepit anak jer.. Maknyer ditinggalkan ke belakang..Huhuuu.. Bila sesekali dapat jalan berdua rasa bahgia tak terkata..

Dan inilah rutin kami setiap kali sambut anvsry..
Semoga usia perkahwinan kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.. Dan semoga dikurniakan keluarga yg bahgia selamanya.. Buat sayang smoga ikatan perkahwinan yg kita bina sentiasa diberkati Allah..... Amiinn..

Monday, March 8, 2010

Hari Landscape Negara Peringkat Kebangsaan


pasu ni setinggi peha kiter jer dgn air terjun & pokok bonsai..
Harganyer lebih kurang 3800 tak silap aku..




sempat gak anak aku main-main kat ctu..




pokok2 bonsai ni kecik2 je tapi umurnye lebih 7 tahun..
camne la diorg jaga agaknyer..


ni antara yg aku berkenan sgt2..



Semalam (Ahad) sempat gak dlm kul 4 ptg asben aku ajak keluar jenjalan.. Dia tnya samada nk gi pameran landscape kat Bangi atau pameran perabot kat MAEPS.. chewwaah cam byk duit jer bunyinyer.. Bukan la utk bershoping tapi sekadar cuci mata je la... Hmm sblm tu penah gak dia tnya nak gi tak pameran kraft tak kat kl... ikutkan hati aku mmg sume nak gi tp memandangkan dlm proses berjimat cermat & keadeaan diri aku yg cepat penat bila bjalan jauh so aku cuma ajak gi pameran landscape je la...

Memandangkan aku pergi hari terakhir dah takde pape yg menarik pun.. tak cam slalu tiap aku pegi begitu meriah pameran dgn bunga-bungaan yg berwarna-warni dan mcm2... Ksli ni adalah masuk tahun ke-3 aku pergi pameran ni setiap kali ia diadakan.. Dan ini lah yg paling kurang menarik aku tengok sbb aku pergi dah hari terakhir..

Yg aku berkenan semalam cuma pokok bonzai/bonsai.. alamak tak reti eja arr.. harganye mak ai ckitnyer mahal.. pasu yg cuma sebesar tapak tgn pun cecah 3-400 sepasu.. Ajer giler kalau aku beli... Kalau la aku duduk kat rumah teres ker.. banglo ker confirm beli gak kot.. hehee... Tapi aku yg dok umah atas langit ceruk mana la aku nk letak pokok to klu aku beli pun... Hmm cuma mampu simpan je la niat utk beli pokok tu masa tua nanti... :)

Sempat gak aku amik gbr mane yg aku berkenan...

Tuesday, February 2, 2010

Balik Terengganu..













Sabtu hingga isnin baru2 ni aku balik terengganu setelah 10 bulan lamanya aku tak menjejak kaki ke sana.. tu pun sempena asben aku cuti wilayah 1 feb tu. Dan utk pertama kalinya sejak aku kawin dan balik ke kampung mertua ku hanya ada fmly aku dan makpak mertua aku je kat umah tu.. kira dapat la manja2 ckit ngan diorg... slalunye setiap kali balik punye la penuh sesak rumah sebab adik bradik yg lain pun balik gak. Tapi balik kali ni time tganu bekerja & waktu bskolah... So takde sape yg balik umah mak..
Sian tengok ayah mertua aku yg makin sakit kaki.. Kalau dulu pakai tongkat jika perlu jer tapi skrg setiap masa dia bertongkat.. Disebabkan keadaan ayah yg tak berapa kuat nak berjalan, dia taknak ikut maka kami pun cuma bawak mak je gi jalan2 ke Pasar Payang & Masjid Kristal.. Masjid kristal tu mak mertua aku yg cam tingin sgt nak gi..
Alkisahnye bila sampai di pasar payang maka terpadamlah sekejap azam aku yg kononnya nak berjimat cermat masa awal thn baru hr tu.. sesekali takpe kot kan :)