Friday, March 18, 2011

Kenangan satu masa dulu..

Ada satu pagi tu aku dengar Hotfm.. Cerita pasal suasana kampung semasa zaman2 dolu..
Ada la pendengar2 yg call ceritakan pengalaman masing2.. Antaranya main congkak dalam tanah guna biji getah.. ikut atok nenek menorah getah.. mesin getah.. aku pun secara automatiknya teringat zaman kecik2 aku satu masa dulu.. Sekadar berkongsi sedikit kenangan aku sewaktu kecil2 dulu yg agak mustahil untuk dilalui oleh kanak-kanak zaman sekarang yang serba lengkap dan senang.. Kehidupan aku bukanlah dari keluarga yang berada dan hidup senang.


1. Sekolah rendah, penah ikut mak abah masuk kebun getah carik kayu api wat masak. Masa tu umah aku cuma ada dapur minyak tanah ngn dapur kayu je..takde dapur gas.

2. Masa skolah rendah, start darjah 3 dah kena gi skolah nek basikal. Masa darjah 3 nek basikal kecik tu untuk mengayuh sampai ke sekolah yang jaraknya dalam 2 km. Sepanjang jalan perlu melalui perkuburan cina & kubur orang islam.. Org lain nek basikal besar.. Diorg dah kat depan, aku selaju2nya kayuh beskal kecik aku nak bagi seiring ngn basikal2 lain yg tayarnye jauh lebih besar dari basikal aku. Aku slalu ditinggalkan ke belakang sebab basikal aku lambat sebab sizenye yg kacil.. Darjah 5 baru abah belikan beskal yg besar ckit. Seingat aku budak2 skrg dah jarang Nampak yg nek basikal.. Ramai yg naik motor, van atau bas skolah.

3. Masa darjah 5 tak silap aku, ikut mak aku gi ambik upah kemas rumah & basuh pakaian kat rumah orang.. Aku tolong iron baju n kemas sikit2 jer.. Mak akan pergi dulu dengan basikal dia, manakala aku lak akan menyusul kemudian lepas siap urusan di rumah.. sambil bawa adik (naik basikal gak) pergi rumah orang tu utk tolong mak.


4. Merasa guna lampu gaselin (betul ke ejaan ni) yang guna minyak tanah tu.. Setiap kali nak maghrib, sebelum gi surau abah akan pam lampu tu untuk nyalakan mentol dia. Baru merasa ada bekalan elektrik masa aku darjah 4 / 5 rasanya la.

5. Bekalan air kat rumah aku tarik dari rumah orang lain yang dah ada kemudahan bekalan air. Dengan guna getah yang panjang tu takung penuh2 satu kolah.. Pastu gi lari2 ke rumah orang tu utk tutup paip air.. Isyy bila difikir2 kan balik daif sungguh kehidupan masa tu. Guna perigi pun pernah.

6. Baru Berjaya guna mesin basuh masa umur 16 tahun. Tingkatan 4 masa tu mak sakit.. Baru beli.

7. Kalau balik kampung.. ikut atuk, nenek & mak sedara menoreh getah..Pastu ikut diorang mesin getah.. Perkara paling best aku suka bab ni adalah masa sebelum getah tu di mesin, atok aku akan suruh aku pijak2 dulu getah yang dah dibekukan tu untuk meleperkan getah tu biar senang nak masuk dalam mesin getah. Aku nye keje kena tolong diorang pusing mesin getah tu. Ketat giler..

8. Pernah ikut mak sedare gi kutip biji kelapa sawit kat ladang kelapa sawit dan dimasukkan ke dalam guni (untuk dijual).. Pada masa tu tak silap aku la, satu guni (plastik beras yg paling besar) tu harga dia makcik aku kata seringgit. Ntah ye ntah tak. Bila pacat naik ke kkaki mula la aku akan menjerit2 menyusahkan makcik aku untuk tanggalkan pacat tu..


9. Kawasan rumah aku banyak lombong.. Bila semua kawasan lombong tu nak dijadikan taman perumahan, lombong tu akan dikambus.. Makanya banyakla ikan talapia meloncat2. Aku kutip ikan2 tu , nek basikal jual kat setiap rumah kawasan kampung aku. Duit bagi mak..

10. Mak abah aku asyik pindah2.. Aku boleh ingat banyak rumah aku pernah tinggal.. Aku tak faham kenape & sukar untuk aku memahami keadaan pada masa tu memandangkan umur aku yg terlalu kecil. Dan sampai skrg aku tak pernah tnya mak abah aku kenape.. Cuma aku mentafsirkan sendiri mungkin disebabkan mak abah kurang kemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Yang aku boleh ingat masa aku 10 tahun, baru mak abah berjaya tinggal dirumah & tanah sendiri. Bahagianya muka mak abah masa tu.

11. Aku slalu tolong mak mengajar mengaji budak2 kampung aku kat rumah. Itu adalah rutin. Mak adalah terlalu tegas dalam bab2 mengaji & sembahyang.. Pernah mak beli papan hitam yg sizenya kecik sikit dari meja pejabat ni dan jemput ustaz datang rumah untuk belajar tajwid. Walaupun dalam keadaan tak berapa berada, ustaz tu tetap datang rumah dan mengajar. Jiran2 aku pun ada yg datang ikut sama belajar. Aku masih ngat nama ustaz tu, Tuan Haji Yeop Saidin yg skrg ni adalah kadhi kat ipoh.

12. Permainan: Aku suka ikut budak2 laki main guli, terompah yg dibuat dari tempurung kelapa yg diikat tali.. Konda kondi, Baling Tin, Main jengket, Main getah, Mandi Lombong, main terop (ayat org perak), Baling Selipar, Main layang2 yang dibuat sendiri oleh abah guna kertas minyak,kadang2 guna kertas surat khabar je.. main masak2.. dan macam2 lagi la.

Hmm kalau nak diceritakan semua tak habis.. Bila difikr2 kan balik, Zaman kanak2 adalah Zaman yg best sebab walaupun dalam keadaan yag tak la berapa hidup senang tapi senang hati sebab tak perlu fikir apa2.. Dan tak pernah nak tolong fikir apa2 tentang kehidupan yang dilalui.. Sekadar melalui je kehidupan tu.

Apapun Alhamdulillah & dan amat bersyukur, kesusahan yg dilalui satu ketika dulu banyak mengajar aku pengalaman untuk melalui kehidupan sekarang dalam membesarkan anak2 dan kehidupan berkeluarga.. Sekarang aku pulak yg sedang melalui satu pengalaman untuk membesarkan anak2 sebagaimana mak abah membesarkan aku satu ketika dulu.. Penuh harapan agar Allah sentiasa memudahkan segala urusan kami sekeluarga.. Amiin..

Wednesday, March 9, 2011

Berfikiran Positif

"Bersihkan hati sucikan fikiran.."
Bersihkan hati dan sucikan fikiran dari semua prasangkaan buruk..
Tapi akan boleh ke nak bersihkan hati & fikiran bila ada sesuatu yang tak kena pada mata kita.. Susahkan.. Sudahnya asyik rasa tak kena je sepanjang masa.. Merimaskan betul..
Ada orang kata kena muhasabah diri baru boleh bersihkan diri kita dari semua perkara yang negative..Emm harap2nye ada 'keindahan' disebalik kejadian. Dan semoga Allah permudahkan segala urusan pekerjaan aku. Amiin..