Saturday, May 29, 2021

Total Lockdown

 Total Lockdown 1 Jun - 14 Jun 2021.

Simpan sini sebagai memori untuk dikenang satu masa nanti.

Kenyataan Media oleh Perdana Menteri pada 28 Mei 2021 melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara.

Ini memandangkan kes baharu pada 28 Mei 2021 (Jumaat) mencecah 8,290 kes dengan 61 kematian.

Jumlah kes aktif 72,823.

Saya masih terfikir apakah sebenarnya yang Allah nak tunjuk dengan situasi dunia sekarang. Selama mana Allah nak bagi ujian ni.. Sampai bila ia akan berakhir.

Teringat satu pepatah, 'kadangkala Allah sembunyikan matahari, lalu dia datangkan hujan dan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah'.. 

Moga kita diberi kesempatan umur dapat menikmati pelangi indah tu di dunia.. Kalau tak panjang usia pun, moga dapat menikmati pelangi indah di akhirat nanti. Amiin..

Sunday, May 16, 2021

Birthday Zetty Insyirah 11yrs

 Hari ni 16 Mei 2021 genap umur anak kedua ibu Nr Zetty Insyirah 11 tahun. Besar dah anak ibu ni.

Semoga jadi anak yang solehah, sentiasa menyejukkan hati ibu ayah, berjaya dalam apa jua lapangan kehidupan dunia dan akhirat dan  bermanfaat untuk orang lain.

Ibu simpan sini buat kenangan untuk akan datang.







Thursday, May 13, 2021

Salam Aidilfitri 1442Hijrah (13 May 2021)

 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Ini kali ke 3 kami sekeluarga menyambut lebaran di Petaling Jaya. Kali ke-2 kerana PKP akibat Covid-19. Kali pertama semasa saya melahirkan anak ke-3 kami.

Walaupun sedikit sedih, namun ia sangat bermakna bagi kami dapat beraya sekeluarga.. Besar rahmat dan seribu kesyukuran bagi Allah kerana diberi peluang untuk kami bersama keluarga beraya di rumah walau tanpa ibu bapa, tetamu & sanak saudara. Jika nak dibandingkan dengan frontliner yang bertungkus lumus bertugas di pagi hari raya tanpa dapat bersama keluarga tersayang.  Dan juga  pesakit2 covid yang bergelut dengan kesakitan di pagi hari raya.. Allahuakbar. 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan..

Moga beri ganjaran yang sebesar2nya buat mereka yang diuji..


Menu Laksa Perak, Nasi impit, lemang, rendang ayam,
Rendang daging & ketuapat palas (cikna bagi),kuag kacang.

Makan la anak beranak kuih yang dah dibeli kononnya
nak bawak balik kampung.