Thursday, January 28, 2021

Covid 19 - Kuarantin

 Assalamualaikum


Lama rasanya saya biarkan blog saya bersawang.

Memandangkan saya dalam tempoh kuarantin, saya ada masa yang cukup untuk selitkan kisah ini untuk saya kenang kembali akan datang.

Covid-19 bermula Januari 2020 lagi. Memandangkan telah hampir setahun, saya agak tidak endah berkaitan tatacara kuarantin dan lain2. Tapi, saya tetap jaga SOP dengan memakai mask dan sering sanitize tangan. Begitu juga dengan suami & anak2, saya akan paksa mereka pakai mask dan sanitize tangan walau setakat untuk terima parcel di depan pintu. 

22 Jan 2021 saya dikejutkan dengan pemakluman contact rapat saya disahkan positif. Memandangkan tidak berapa rapat, saya diarahkan untuk melalui swab test RTK Antigen sahaja. Saya melakukannya pada 23 Januari 2021 (Sabtu) pukul 12 tghri di Poliklinik Dinar, Petaling Jaya. Pukul 2 petang, resut diterima dan hasilnya adala negative. Syukur Alhamdulillah. 

Namun pada 24 Januari 2021 (Ahad) sekali lagi berita memaklumkan contact rapat saya positif covid-19. Allah, panik sekejap. Saya baru lega bila dapat tahu keputusan saya negative. Bila dengan contact rapat saya positif, sekali lagi saya terima arahan untuk menjalankan swab test penuh pula iaitu RT PCR. 

Masa ni baru saya tersedar dan cari segala macam info dan maklumat berkaitan kuarantin dan macam2 maklumat berkaitan covid-19 yang selama ini saya tak pernah cuba selami. 

Sekali lagi saya ke Poliklinik Dinar, PJ untuk menjalankan swab test RT PCR pada 25 Januari 2021 (Isnin) jam 12 tghri. Pada 26 Januari 2021 (Selasa) keputusan diperolehi dan resultnya negatif. Syukur Alhamdulillah.. 

Namun saya tetap kena meneruskan kuarantin 10 hari iaitu sehingga Ahad iaitu dari tempoh bertemu dengan pesakit sehingga hari ke-10. Suami saya juga tidak dibenarkan hadir bertugas di pejabat disebabkan perkara ini. Suami Work From Home sahaja.

Agak bosan sebenarnya duduk dalam bilik berseorangan. Makan minum saya suami yang atur dan hantar ke bilik. Tapi saya cuba pandang dari sudut positif.

Saya sepatunya bersyukur di kuarantin dalam keadaan saya sihat walafiat berbanding orang lain yang dikuarantin dalam keadaan tenat dan sakit.

Saya yakin Allah nak bagi saya rehat yang cukup dari rutin kebiasaan saya. Allah mungkin suruh saya lebih banyak lagi dekatkan diri pada DIA.. 

Allah bagi ruang untuk saya buat apa yang saya tak dapat buat dek kerana kesibukan tugas harian setiap hari. Allah bagi rasa bagaimana rasanya bila dekat dengan keluarga tapi rasa jauh. Lepas ni taknak banyak guna hp lagi bila bersama keluarga, nikmat bersama mereka lebih indah rupanya berbanding nikmat bersama media social bila buka hp. Allahuakbar. Banyak pelajaran Allah nak tunjuk kat saya. Banyak lagi yang saya rasa Allah nak tunjuk dan suruh saya baiki kehidupan saya. Allahuakbar. Alhamdulillah. 

Anak kecil saya Fareeha sekejap2 panggil ibu dia. Pernah juga dia ajak saya minum dekat luar.. Allahuakbar.. Kesian dia. Mujur juga dia rapat dengan ayah dia. So tidak timbul masalah sangat untuk ayah dia uruskan anak2.    

Kebetulan birthday suami pulak jatuh dalam tempoh saya kuarantin.. Mampu oder kek Birthday dan beli hadiah online je.. 

Dalam tempoh kuarantin ni, suami pun ada bagi hadiah untuk saya yeaa...(hadiah apa, biarlah rahsia) tapi betul2 buat saya happy.. ☺

Moga pengalaman ini beri seribu manfaat dan pelajaran berharga buat saya dan keluarga.