Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Friday, December 2, 2016

Jangan terlalu membenci sesuatu..




Jangan terlalu membenci sesuatu..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Bila benci sangat pada sesuatu, mohon keampunan pada Allah.. Jangan benci sesuatu dengan keterlaluan.. Tapi bencilah keburukan yang dilakukan oleh seseorang, bukan membenci dirinya.. Jaga pertuturan agar tidak terpalit kesannya kepada kita akan datang..

Adakala perbuatan kita cuma mengikut perasaan, ada kala cuma dihantui oleh satu pandangan atau tanggapan.. Berpada-padalah bila membenci sesuatu..

Mungkin satu masa kita akan menerima perkara yang sama yang kita benci sangat satu masa dulu sehingga semua orang pula menuding jari pada kita...
Jangan buang terus perkara yang kita anggap ia membebankan, boleh jadi ia membawa satu kebaikan yang tersembunyi… Hanya ALLAH Maha Mengetahui..    

p/s: 👆Renungan untuk diri sendiri…

Tuesday, October 11, 2016

Insan Istimewa Pilihan Allah Untuk Diuji

Allahuakbar..

Satu persatu ujian hidup yang pada pandangan saya terlalu berat untuk dipikul sekiranya ia terjadi pada saya.. Mendengarkan apa yang berlaku dah cukup memilukan, apa lagi bahu mereka yang memikul..

Semua dalam masa terdekat.

Sahabat yang telah pergi.. Sahabat yang kematian anak kesayangan.. sahabat yang kehilangan ibu bapa.. sahabat yang ditimpa musibah kesakitan yang dashat.. dan macam2 berita yang agak sedih buat kami tersentak dan perlu sedar bahawa segala apa yang Allah beri adalah pinjaman..

Nikmat bersahabat, nikmat berkeluarga, nikmat kesihatan, nikmat wang ringgit semua itu Allah boleh tarik sekelip mata.. Cuma perlu mensyukuri apa yang kita ada sekarang.

Pada yang diuji, pujuklah hati dan diri kalian untuk memandang ia dari sudut hikmah yang akan berlaku.. Bukan Allah tidak peduli, Bukan Allah menyeksa, mungkin bukan juga Allah tidak kabulkan doa, bukan Allah tidak kisah dengan air mata kalian, tetapi mungkin Allah hendak kita tahu bahawa DIA menyayangi.. Sangat menyayangi.. Masakan tidak, dari sekelian umat, kalian antara pihanNYA.. 

Satu yang perlu untuk saya tanamkan dalam diri saya juga, bahawa Allah sebaik-baik perancang..  Percayalah.. Jalan yang Allah beri tidak akan menyecewakan kita.


Perlu yakin dengan janji Allah.Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita.


Wednesday, September 28, 2016

Keputusan Peperiksaan Kemasukan Tahun 1 SIMDE

Alhamdulillah,

Pagi tadi dapat call dari SIMDE maklumkan keputusan Peperiksaan yang pergi baru2 ni.. Alhamdulillah.. Insyirah lulus, kami dimaklumkan juga bahawa nanti ibu bapa Insyirah akan dijemput untuk di temu duga pulak.. Tercengang sekejap, kami pun kena di temu duga??

Dalam masa yang sama masih terfikir2 sama ada mudah ke utk kami uruskan persekolahan dia nanti..
Moga kami diberi kemudahan dalam setiap urusan.

Sunday, September 25, 2016

Peperiksaan Diagnostik Tahun 1 ke SIMDE

Assalamualaikum..

Rasa malas menaip, tapi teringin juga untuk berkongsi.. Baru-baru ni 24 September 2016, Insyirah  mencuba nasib melalui Peperiksaan Diagnostik Bagi Kemasukan Tahun 1 Sesi 2017 ke Sekolah Islam  Darul Ehsan, SS15 Subang Jaya.



Jam 8.15 pagi dah berada di kawasan sekolah. Terus daftar untuk Insyirah. Ada beberapa meja checking disediakan oleh pihak sekolah. Rupanya meja checking di susun mengikut ABJAD NAMA MURID. So, kami terus menonong pergi ke meja yang berabjad N.  Di meja pendaftaran kami serahkan Borang-borang yang diperlukan, kemudian kami diberi Borang peperiksaan murid untuk dibawa ke Bilik Exam.  Usai daftar, anak2 dibawa ke Bilik Peperiksaan masing2.. 



Kami hanya melepak di sekitar kawasan tersebut sementara menanti Insyirah selesai mengambil peperiksaan.. Sekita jam 10.30 Insyirah muncul dengan penuh tenangnya.. Bila ditanya.. dah siap ke..? Dah.. senang je.. Pergh.. Muka confident.. Alhamdulillah.. 

Maka kami pun balik awal daripada yang dijangka.. Kami dimaklumkan keputusan akan dimaklumkan minggu depan.. 

Moga ada sinar.. Cuma hati masih berbelah bahagi memikirkan bagaimana urusan ambil hantar Insyirah sekiranya dia diterima masuk ke sekolah tersebut.  Sebab kami dalam masa yang sama Insyirah telah kami daftarkan ke Sekolah Kebangsaan di Sek 14, Petaling Jaya. 

Kami tanya Insyirah apa soalan yang ditanya.. Dia kata objektif.. Bila habis jawab kertas soalan, hantar pada guru.. Dan kemudian akan dipanggil untuk duduk dihadapat guru tersebut untuk sesi soal jawab pula..
Antara soalan2 yang ditanya, surah 3 Qul... Al-Fatihah.. 


Jam 7.30pagi sudah berada di kwsn sekolah. Terus cek penempatan Bilik Exam utk Aisyah. Ada 6 meja checking disediakan oleh pihak sekolah. Mula2 kami tuju meja ke-6, sebab meja tersebut paling lengang. Rupanya meja checking di susun mengikut ABJAD NAMA MURID. So, terus menonong pergi ke meja 1. tak silap jangkaan kami, nama Aisyah termasuk dlm list bilik 1. Sempat skodeng, list nama bermula dgn nama MUHAMMAD saja telah menguasai 2 meja checking. Usai checking bilik exam, hanya melepak di sekitar kawasan tersebut sementara menanti jam 8 pagi utk Aisyah masuk ke Bilik 1.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Temuduga Ibubapa... Sekolah Integrasi Assalamualaikum... Masih lagi bercerita perjalanan Wafiq menuju ke darjah 1. Ahakss.. Beria sangat kan? Macam nak masuk universiti kekdahnya. Ini sebagai catatan peribadi diri. Anak bukannya ramai, 3 orang je buat masa nih. So kenalah ada memori, ye dak!!!! Ok, oleh sebab Wafiq sudah pun melepasi tahap ujian kemasukkan ke SIMDE nih, walaupun sampai 2x ambil test, maka tibalah saat bahagian parent pulak. Parent pun ada interview yek. Tu dia... Memang nampak macam renyah sangat perjalanan anak-anak kami ni menuju ke tahun 1, tapi both of us ok aje... Layannn... No regret!!! . 17/10/2015 kami pun pergilah ke sekolah tu untuk attend interview. Ramai jugak. Ni fasa untuk parent yang anak nya exam kali ke-2. Fasa 1 dah bermula pada 10/10 aritu kalau tak silap lah kan.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Efsa
Temuduga Ibubapa... Sekolah Integrasi Assalamualaikum... Masih lagi bercerita perjalanan Wafiq menuju ke darjah 1. Ahakss.. Beria sangat kan? Macam nak masuk universiti kekdahnya. Ini sebagai catatan peribadi diri. Anak bukannya ramai, 3 orang je buat masa nih. So kenalah ada memori, ye dak!!!! Ok, oleh sebab Wafiq sudah pun melepasi tahap ujian kemasukkan ke SIMDE nih, walaupun sampai 2x ambil test, maka tibalah saat bahagian parent pulak. Parent pun ada interview yek. Tu dia... Memang nampak macam renyah sangat perjalanan anak-anak kami ni menuju ke tahun 1, tapi both of us ok aje... Layannn... No regret!!! . 17/10/2015 kami pun pergilah ke sekolah tu untuk attend interview. Ramai jugak. Ni fasa untuk parent yang anak nya exam kali ke-2. Fasa 1 dah bermula pada 10/10 aritu kalau tak silap lah kan.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Temuduga Ibubapa... Sekolah Integrasi Assalamualaikum... Masih lagi bercerita perjalanan Wafiq menuju ke darjah 1. Ahakss.. Beria sangat kan? Macam nak masuk universiti kekdahnya. Ini sebagai catatan peribadi diri. Anak bukannya ramai, 3 orang je buat masa nih. So kenalah ada memori, ye dak!!!! Ok, oleh sebab Wafiq sudah pun melepasi tahap ujian kemasukkan ke SIMDE nih, walaupun sampai 2x ambil test, maka tibalah saat bahagian parent pulak. Parent pun ada interview yek. Tu dia... Memang nampak macam renyah sangat perjalanan anak-anak kami ni menuju ke tahun 1, tapi both of us ok aje... Layannn... No regret!!! . 17/10/2015 kami pun pergilah ke sekolah tu untuk attend interview. Ramai jugak. Ni fasa untuk parent yang anak nya exam kali ke-2. Fasa 1 dah bermula pada 10/10 aritu kalau tak silap lah kan.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Assalamualaikum... Masih lagi bercerita perjalanan Wafiq menuju ke darjah 1. Ahakss.. Beria sangat kan? Macam nak masuk universiti kekdahnya. Ini sebagai catatan peribadi diri. Anak bukannya ramai, 3 orang je buat masa nih. So kenalah ada memori, ye dak!!!!

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Assalamualaikum... Masih lagi bercerita perjalanan Wafiq menuju ke darjah 1. Ahakss.. Beria sangat kan? Macam nak masuk universiti kekdahnya. Ini sebagai catatan peribadi diri. Anak bukannya ramai, 3 orang je buat masa nih. So kenalah ada memori, ye dak!!!!

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Friday, July 29, 2016

Moga Allah Tutup Aib Kita

Assalamualaikum...
Sekadar untuk muhasabah diri sebentar. Kekadang bila sakit hati atau geram mulalah ringan je mulut mulut ini mengata, mengumpat, sok sek sok sek dan sebagainya. Astaghfirullahalazim..maafkan hambamu ini Ya Allah.

Kita sememangnya tak pernah terlepas dari perkara ni kan. Bak kata pepatah "kita manusia biasa"... Malu betul rasa.  Sibuk bercerita hal orang, sedangkan kalau di hitung dosa kita, agak-agak dapat tak ditutupi dengan amalan kita yang sikit sangat ni? Dosa kita pun tak terhitung, aib kita yang macam2 cuma Allah yang tahu dan kita cuba simpan serapat mungkin untuk tidak org lain tahu.. 


Jadi.. tak usah lah kita buka aib orang lain. 

Moga Allah ampunkan dosa saya.. Amiin..

Saya baru je dengar sorang ustaz yang menyebut topik ini, yang menyebabkan saya terpanggil untuk menulis di sini.. "kita sebut hal buruk orang macam kita takde keburukan langsung.. nak tau sebab apa orang tak bercerita hal buruk kita, bukan sebab kita takde keburukan atau kelemahan, dan bukan sebab orang tak tahu.. tapi sebab ALLAH jaga lagi rahsia kita.. Allah sayaang kita... Cuba Allah buka rahsia kita kat hambanya yang lain dalam macam2 cara, apa kita rasa.. 
 Kalau kita tutup aib orang lain, jangan risau Allah akan tutup serapat-rapatnya aib kita, di dunia mahupun di akhirat. Kalau kita buka aib orang lain, jangan risau juga, Allah akan bukakan seluas-luasnya aib mu di akhirat." 

Dengar ustza tu cakap terasa terpercik kat muka saya sendiri.. Allahuakbar.. susahnya nak jaga mulut, telinga dan hati..


Semoga tutur kata kita sentiasa terpelihara dari perkara keburukan. Amiiinnn... 

 

Friday, July 22, 2016

kawan..

Dah lama rasanya biarkan blog ni bersawang..
Bila jumpa artikel ni, teringinpulak rasanya nak kongsi di sini..
Ia diambil dari fb Fynn Jamal. suka baca ayat2 yg dia post.
Sambil2 tu nak tumpang tepek gambaq yg baru sat tadi kami amik sempena majlis raye..

-kawan-


hakikatnya-- aku masih tak pasti siapa mereka.

aku tak simpan rahsia mereka. aku tak tahu benda2 yang cuma aku tahu tentangnya. aku tak kenal seluruh keluarga mereka. aku tak fasih hobi dan cita2 mereka ada.
haram tak tau apa.

tapi aku kira, itulah dia persahabatan yang baik2. kita bersahabat utk sebab yg baik2, kalau berbual-- cerita yg baik2, kalau berangan-- bincang mimpi yg baik2.

kerana yg baik2 itu adalah الله.

biar yg buruk2 kita simpan dgn diri sendiri. kisah2 buruk kita, keluarga dan kawan2-- telan seorang-- jgn dikongsi. bayangkan semua orang sekadar bercerita yg baik2-- segala kecil hati, sebal hati, terasa hati dipendam sendiri dan dipadam sendiri-- allahu akbar dunia ini pasti akan jadi JAUH lebih indah berseri.

itulah dia dunia yg kalau diikut pesan الله dlm perihal menjaga aib diri dan orang lain. sebagai balasan, الله akan kambuskan aib kita di hari pertimbangan.

dan bayangkan sekali kalau SEMUANYA terjaga aib di akhirat sana-- terampun dosa dan dimaaf yang kuasa. allahu akbar.

kita diajar tentang bersahabat oleh buku2 dan cerita2 orang hollywood. bff, bromance dan soulsisters bagai adalah hanya mereka2 yg tahu segalanya sambil mengasingkan kawan baik yg sebenar yakni pasangan dan keluarga kita.

kita kena reset. kita kena tahu siapa prioriti kita.

kita adalah kawan baik kita. quran adalah kawan baik kita.

berhenti mengadu sesama manusia. adu pada الله. berhenti berbual buruk2 sesama manusia. nanti الله marah.

kalau kita sayang kawan2 kita-- kita sama2 dan selalu2 borak tentang syurga dan bagaimana kita sama2 akan berjumpa di sana. kalau malu nak berangan, cakap "xpe. maksudnya kita kena lebihkan usaha".
bersama2.

di syurga nanti-- nak gossip mengadu menjoyah bagai-- sukatilah. tak ada orang marah. tapi kau sorang ajelah.

sebab di syurga nanti ahli2nya tak mau berbual apa2 pun melainkan tentang ibadah2 mereka di dunia dan bagaimana mereka berjaya diterima kemasukan ke syurga الله.

maka jom. jom borak2 macam dalam syurga.
cakap baik2, dengar baik2, hidup baik2. amin.

Friday, August 28, 2015

Mengaibkan orang itu dosa.


Dari kecik sampai tua la ni, saya selalu dapat nasihat dari mak ayah, cikgu2, kawan2, buku2.. dinasihatkan buat amal sebanyak mana yang boleh.. buat kebaikan.. banyakkan sifat malu dalam diri.. dan jangan suka mengaibkan sesiapa..

Tapi sesekali saya melatah jugak.. Allahuakbar.. Moga dosa saya diampunkan Allah... 

Saya pelik bila tengok kadang2 perkara yang boleh mengaibkan orang jadi bahan jenaka dengan tanpa rasa ia satu dosa.. Dalam erti kata lain ialah sikap suka mendedahkan keburukan orang lain secara terang-terangan mahu pun kadang2 tanpa pengetahuan orang yang diaibkan.

Semua orang ada kelemahan, kekurangan dan ada melakukan kesilapan dalam hidup dan lazimnya kita akan merahsiakan kesilapan itu bagi mengelakkan rasa malu jika ia diketahui umum. Sedangkan seorang kanak-kanak pun tahu malu jika silapnya ditegur di khalayak ramai, inikan pula orang dewasa. Maka, biasanya kita akan merahsiakan kesilapan itu agar ia tidak mengaibkan diri kira sendiri.

Namun, bila tiba kepada keaiban orang lain, sikap kita begitu berbeza sekali. Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban orang, malahan sanggup pula jadikan keaiban itu sebagai jenaka untuk dikongsi bersama rakan-rakan untuk ketawa bersama..
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak".

Malah turut sama bersubahat dengan dosa bagi mereka sama ada menjadi orang yang mengaibkan orang lain, menjadi pendengar atau pembaca atau penonton setia kisah-kisah keaiban itu mahupun menjadi penyampai atau pemanjang cerita-cerita aib tersebut.

Sekadar renungan bersama..=)

Lebih baik kita sebarkan berita baik, atau diam lebih baik dari berkata-kata yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kita dan orang lain.

Friday, July 24, 2015

Ada yang lebih susah..

Salam Lebaran.. Mohon maaf atas segala salah dan silap...

Berkongsi sedikit pengalaman perjalanan balik ke Ipoh, Perak untuk sambut lebaran baru-baru ni.. Entah kenapa ingatan pada keluarga tersebut masih tak dapat dibuang lagi dari ingatan saya.. Dan setiap kali teringat akan buat saya rasa sebak yg teramat bila dikenangkan semula..

Kami terserempak satu keluarga yang juga mungkin dalam perjalanan balik kampung hanya dengan menaiki motorsikal suami isteri dan 3 anak.. 2 anak duduk dihadapan, Dan dibelakang si isteri dan seorang lagi anak.. Allahuakbar.. Sayunya hati tengok keadaan tersebut.. Cuma dalam keadaan yang agak laju, kami tak dapat berhenti untuk bantu.. Dan mungkin kalau kami berhenti pun belum tentu pasangan suami isteri itu akan tumpangkan anaknya pada kami..

Allahuakbar.. Besarnya nikmat yang Allah dah bagi pada kami sekeluarga, walaupun mungkin pada pandangan mata keadaan kami tak lah seberapa berada..

Masa saya tengok viral Ayah bawa 3 anak balik kampung tu pun mata saya dah masuk khabuk, inikan lagi dengan ibunya sekali.. 

Moga Allah sentiasa bantu dan murahkan rezeki pasangan tersebut.. 

Friday, March 20, 2015

Impian itu Doa.. Hanya Allah yg tahu apa yg baik untuk hambanya.


Orang kata impian tu satu kenyataan..

Tapi kadang2 kita cam pasti je sesuatu impian atau cita-cita tu cam mustahil je untuk jadi kenyataan bila melihat dari segala sudut pada masa sekarang..
Salah satu impian saya... Nak anak2 saya dapat masuk sekolah ni... SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU..  

Tapi sekolah ni memerlukan tahap akademik & agama yang sangat tinggi kelulusannya..
Mampu ke anak saya..  Allahuakbar. Sesungguhnya Allah sahaja yang Maha tahu segala yg baik untuk hambanya..

Sejuknya hati bila tengok gambar anak-anak di Imtiaz ni belajar..


 

Friday, February 21, 2014

Mahu Dunia Tahu Ujian Yg DiHadapi..

Bangun Malam

18/4/1435
(Petikan oleh MKI - Dari http://muhdkamil.org/pensyarah/mki)


Jika ada yang berkata dan mahu bercerita, "Prof ... saya sedang diuji ..." maka tidak usahlah meneruskan kisah tersebut. Jawapan saya standard sahaja. Jika mahu bersembang panjang tentang ujian tersebut maka carilah orang lain.

"Sabar dan solat". Bukankah itu yang diajar oleh Allah SWT? Lalu saya menambah lagi dengan berkata ... "perbanyakkan solat sunat terutamanya bangun malam. Bermunajat dan berceritalah dengan Allah SWT. Sungguh, Dia Maha Mendengar". 

Maka ia tidak memerlukan isi cerita teutamanya yang boleh membuka aib sesiapa. Saya tidak gemar mendengar wanita mengaibkan suaminya. Malah tidak perlu bercerita tentang rakan di pejabat. Cukuplah begitu. Malah saya telah menulis isu ujian ini lebih 200 muka surat melalu Bersyukur Saat Di Uji

Kemudian - secara tersirat - saya mahu menaruh keyakinan kepada mereka yang hampir betapa Allah itu Maha Mendengar melalui buku Anekdot Madinah. Berbicaralah dengan Allah SWT terutamanya pada 1/3 hujung malam tersisa. Ia bukan semata-mata cerita tetapi mengandungi falsafah tertentu yang sememangnya dirancang melalui penghasilan buku. 

Namun terdapat yang lebih suka menceceh dan mahu sedunia mengetahui ujian yang mereka sedang hadapi. Riuh sekali. FB, blog, e-mail dan segalanya digunakan. Tidak. Ia tidak menyelesaikan ujian yang sedang kita hadapi. 

Berbicaralah denganNya. Dan jadikan bangun malam sebagai satu corak kehidupan bukan semata ketika di kala dilanda ujian musibah. Ujian kesenanganlah yang selalu melalaikan kita.
Kami mohon keampunanMu ya Allah.

Sunday, April 7, 2013

Tuhan sedang Menguji Kta

Semalam mak & abah saya datang, dengan tujuan untuk ajak kami gi kenduri di bukit katil melaka. Abah bagi buku ni. Tajuk, Tuhan Sedang Menguji Kita, Tulisan Ustaz Kazim Elias, Berbungkus plastik lagi. abah kata, tak tau nak bagi hadiah ape, cuma buku ni je yg terlintas untuk dia bagi pd saya sempena birthday.. kata abah, baca dan ambik teladan. banyak isi yg bermanfaat.. Alhamdulillah.. 






Thursday, January 24, 2013

Berhenti Mengeluh, Cuba Ikhlaskan Hati.

Ape laa nak jadi.. slalu sangat mengeluh.. letih mengeluh.. banyak keje mengeluh. sakit sikit mengeluh. susah pun mengeluh.. terima dugaan mengeluh lagi.. setakat hujan dipetang hari pun boleh wat rasa mengeluh.. alamakk hujan lakk.. confirm jam. confirm sampai rumah dah gelap. nak amik anak pun susah dalam hujan2 lebat camni.. apa nak jadi.. tu semua kan rahmat.  

Cuba buka mata luas-luas,duduk dan renung apa yg Allah dah bagi, keluarga, ibubapa, sihat tubuh badan, sempurna akal fikiran, duit, rumah, kereta, makan.. semua sempurna. apa lagi...
Bayangkan kalau Allah yg kata "letihla dengar budak ni mengeluh hari2.. tak cukup lagi ke apa yg aku dah bagi, tak payah bagi la lagi, bia dia rasa" dan dia tarik semua tu. masa tu baru la nampak apa yg sedang dilalui skrg tu adalah NIKMAT dan RAHMAT yg tak ternilai harganya. Allah tu Penyayang.
Cuba bayangkan kalau Allah tarik apa yg kita ada skrg.. anak2, suami, kesihatan, cuba bayangkan. Nauzubillah..

Ayat lazim, Bestnya kalau jadik cam dia, kalau macam tu kan bestt.. kalau macam ni kan bagus.. janganla fikir apa yang kita takde.  sampai kiamat pun tak habis. Ada bagi semua yg Allah mintak?

Belajar bersyukur ni memang susah kalau asyik nak membandingkan dengan orang.
Membandingkan untuk ke arah kebaikan diri takpe..

Apa yg kita lalui skrg adalah pilihan kita. Allah dah atur cantik.. Kita susun perkemaskan supaya jadi yg lebih baik di pandangan Allah & manusia sekitar.

Bukan semua yang disangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga ikut datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Contoh mudah: Bila tengok orang bawak kereta mewah dan maka terdetik kat hati, bahagianya orang itu....hebatnya hidup dia.banyaknye duit dia. tapi tak mustahil orang yang memandu kereta mewah (walaupun adakalanya sebenarnya tak mewah manapun) terpaksa membayar lebih untuk ansuran bulanan kereta dan cukai jalan. Masa terperangkap dalam kesesakan jalan raya terlampau, yg bermotosikal boleh mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. si kereta mewah mengeluh, masa tu terfikir alangkah baiknya kalau hanya menunggang sebuah motosikal seperti tu... sampai pun cepat ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal pula sedang memikirkan bilalah agaknya dapat beli kereta mewah macam tu, selesa je duduk kat dalamnya.. bangga bila ada mata yg memadang.

Bila nampak orang melancong, banyaknye duit dia.. Bestnye kalau dapat camtu. Cukup2 la, jgn asyik membandingkan dgn org lain.. Cuba bandingkan amal ibadat tu dengan orang2 yg hebat amalannya. Cuba atasi dia. 
Ade orang Allah bagi kemewahan dalam bentuk wang ringgit.. berhibur sana berhibur sini, tapi Allah lambatkan rezeki dia dari sudut lain, ada orang susah hidupnya ibarat kais sebulan makan sehari, tapi Allah kayakan dengan cahaya mata dan keluarga bahagia. 

Bersungut kerja dan nampak best je kalau jadi pegawai besar boleh suruh tu suruh ni.., tapi cuba fikir tanggungjawabnya. tinggi gajinya, tapi berat pula tanggungjawabnya.. letakkan kita disitu?? mampu pikul semua?


kita ni semua masing masing ada apa yang orang tu takde cuma kita je asyik nampak lebih orang lain, diri sendiri terabai pastu emosi merendah rendahkan diri sendiri.

Berhenti mengeluh.. Cuba ikhlaskan hati, ikhlaskan hati, ikhlaskan hati.......sentiasa jaga hubungan dengan Allah..... perbanyakkan bersyukur dan selalu beristighfar (mohon ampun dari Allah)........... takde apa yg susah melainkan kita sendiri yg menyusahkan fikiran kita.

(semua ni untuk ingatan diri sendiri yg kadang-kadang tergelincir dari rasa bersyukur)