Friday, April 15, 2011

Buah Hati..











Dah lama rasa tak m'upload gambar anak2 aku.. Hmm ni la buat hati kami..

Hilang Anak..



Ni citer 26hb Mac lepas, baru sempat nak upload gambar n citer ckit pengalaman aku hilang anak hampir 10 minit. 26hb Mac 2011 (Sabtu), aku n suami bawa anak2 gi jalan2 kat Mines, bawa naik kapal kat situ. TQ pada member yg bagi kitorang kupon dgn harga murah.. TQ Kham. Jasa mu amat dihargai.. o.k la, balik dari Mines tu terus bawa anak2 gi KLCC lak.. Ada taman kat situ & tempat mandi manda kanak2.. Tengah main2 air tu, tiba2 abang (Haziq) hilang dari pandangan masa kami masa kami tengah bersembang2 kat kerusi yg ada kat situ.. Suami aku siap tanya, mana Haziq? Tak ke mengelabah giler aku dibuatnya.. Puas pandang sekitar cari abang tapi tak jumpa.. Menggigil satu badan tak tau nak kata dah la.. Last2 aku mintak 3 org guard yg ada gat situ tolong carik.. Semua bergegas cari sambil tanya aku camne rupa fizikal abang.. Dalam hati aku macam2 dah fikir... KAlau kat shopping complex boley la org wat announcement gitau budah hilang, nih kat tempat terbuka kat mane la aku nak carik anak ku... Aku takut sangat hilang anak aku, itu je harta paling berharga yg aku ada. Biarlah dia nakal macammana pun tapi aku taknak hilang dia.. Dekat 10 minit gak cari last2 ayah dia jumpa dia tangah nangis2 sambil cari kami kat jalan kami masuk ke taman tu.. Allahuakbar, Ya Allah leganya hati Allah je yg tau.. Alhamdulillah.. Pengalaman tu
betul2 bagi pengajaran pada kami.. Cukup la 10 minit n sekali tu Allah uji kami dengan hilang anak.. HArap tak berlaku lagi.. Dlm masa yg sama aku mula terfikir macammane la rasa ibu & bapa2 yg hilang anak tapi terus tak jumpa cam kes Shalenee tu.. Sedih nye hati mereka Allah je yg tahu.. Nauzubillah..











Friday, April 8, 2011

Jangan Mencari Terlalu Sempurna






Aku jumpa artikel ni dari sebuah blog.. tak ingat ape nama blog tu.. cam sedap je baca ayat2 dia...

JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"

Jika kamu memancing ikan......
Setelah ikan itu terlekat di mata kail......
Hendaklah kamu mengambil ikan itu......
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja.......
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya......
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup......

Begitulah juga......

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ......
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu......
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya......
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja.......
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu......
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu......

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada......
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh......
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja......
Kerana apabila ia mulai RETAK ....tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula......
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja......

Begitulah juga......

Jika kamu sedang memiliki seseorang.... TERIMALAH dia seadanya......
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa......
Anggaplah dia manusia biasa......
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN .... tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja......


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi.......
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu......
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ......
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain......
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ......
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi.......
Kamu akan MENYESAL ......

Begitulah juga.......

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ......
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu......
MENYAYANGIMU .... MENGASIHIMU ....dan MENCINTAIMU ....
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain......
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ......
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain......
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi......

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI ...kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA ...itu lebih BERMAKNA !

"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"

Thursday, April 7, 2011

befday


isnin lepas befday aku...4/4/2011..(hmm rasa biasa je la sbb kita bukan raja atau agong nak dapat cuti plak kaaaan.. :)

ermm dah tua dah pun aku..
kadang2 terasa gak la tua nye..
tapi kadang2 terasa perangai aku tak ubah budak2.. Kdg2 lebih dari budak2 lagi.. (kdg2 aku adalah cerewet dan menjengkelkan, kadang2 jer laa..)Seb baik dpt suami yg agak faham perangai aku..suami yg selalu sabar layan karenah aku.. (tak tau la dalam hati dia camne..mintak ampun ye sayang..)

timekasih la pd semua kengkawan yg wish aku..semoga dengan meningkatnya usia akan lebih mematangkan aku dalam meniti hari2 mendatang. Amiin..

Friday, April 1, 2011

Subuh berdarah

Rabu lepas dalam kul 6.40 pagi suami aku dapat panggilan dari kampung bagitau abg ipar(suami kakak sulong) terlibat dalam excident n meninggal kat tempat kejadian. Bahagian muka n kepala agak teruk.. Penuh harapan & doa semoga kejadian macam ni tak berlaku lagi pada mana2 ahli keluarga kami.. Kelam kabut kitorang bergegas balik kampung (Terengganu).

Hari tu hari last kursus aku kat Arkib, maknanya tak dapat gi gak. Hari ni baru aku masuk keje.


----------------

Sinar Harian 'Terengganu' 31 Mac 2011, Rabu.

KAMPUNG TELAGA - Seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah pacuan empat roda selepas selesai menunaikan solat Subuh di masjid, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 pagi di Kilometer 2 Jalan Kuala Berang-Sungai Tong (Kampung Telaga) itu, mangsa, Ismail Ali, 77, dari kampung Gaung, Teluk Dusun Durian menunggang motosikal sendirian dan dikatakan melintas secara tiba-tiba dari kiri ke kanan jalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, pada masa sama, sebuah pacuan roda jenis Nissan Frontier dari arah Kuala Berang menghala Sungai Tong dipandu Mohd Ismadi Isa, 36, seorang pengurus projek berasal dari Felda Jerangau, Dungun terlanggar mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, Ismail cedera parah pada bahagian kepala manakala Mohd Ismadi tidak mengalami kecederaan tetapi kenderaan dipandunya turut terbabas ke kanan jalan lalu merempuh tiang di hadapan sebuah rumah penduduk.

“Mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat, manakala pemandu kenderaan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Tengku Hamzah, pihak polis turut mengingatkan orang awam khususnya pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan jalan raya serta mematuhi segala peraturan ditetapkan kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana serta bila-bila masa sahaja.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati orang ramai memenuhi tempat kejadian untuk mengetahui serta melihat sendiri kesan kemalangan, namun lalu lintas berjalan lancar dengan adanya anggota polis yang bertugas.


------------