Friday, May 27, 2011

Anak Buah Baru





11 Mei 2011.. Saya dapat anak buah baru.. Anak adik saya yang sulong..
Nama baby Muhammad Darwisy.. Alhamdulillah.. Semuanya selamat.. Saya lak yg risau masa tu..
Sabtu lepas saya balik ipoh untuk jenguk diorg.. Ni sedikit sebanyak gambar yg sempat saya ambil.

Tuesday, May 10, 2011

sume naik


BERITA | Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai 10/05/2011 (Selasa).
- BERNAMA 09/05/2011

sume barang naik harga.. duit tabungan saya je tak naik-naik... :)
Salah satu faktor kenapa duit kami jalan macam air adalah sebab faktor camni la.. cewaah cam la saya keje jual air kat pasar malam/kuih kan nak bersungut harga gula naik...

Hari Ibu

Selamat Hari Ibu.. Mak… Entri ni khas buat mak… walaupun saya tau mak tak kan baca sebab kat umah manede computer.. tapi jadi la sekadar ingatan untuk mak sempena Hari Ibu.. Hari tu dah call mak untuk wish tapi tak dapat nak balik kampung untuk sambut. Time kasih mak sebab dah membesarkan kitorang adik bradik dengan sempurna.. walaupun kitorang tak la berjaya cam kawan2 lain, tapi kehidupan kami bahgia. Rasanya kegembiraan dan kebahgiaan anak2 tu dah cukup membahagiakan mak abah jugak. Timekasih sebab mak slalu doakan kesejahteraan kami semua.. Doakan jugak kami supaya dapat besarkan anak2 macam mana mak abah besarkan kami. Kasih yang mak curahkan tak terbalas oleh kami hingga akhir nyawa kami. Doa dari kami agar mak diberi kesihatan yang baik dan beroleh keredhoaan Ilahi hingga ke akhir hayat. InsyaAllah kalau di murahkan rezki nanti kami balik kami akan beli/buat sesuatu utk mak.. Doakan anak-anak mak ni dimurahkan rezeki slalu.. Tapi hadiah apa ya nak bagi mak ?? Slamat Hari Ibu buat Diri Sendiri… Ermmm skrg saya pula jadi dah ibu kpd sepasang anak.. jadi ibu sememangnya perlukan kesabaran yg kuat.. Keras hati dan marah camne pun bila tengok balik anak2 hati jadi lembut.. Saya selalu marah haziq sebab nakal sangat. Mungkin saya dibesarkan dalam suasana semua adik bradik perempuan. Lasak perempuan lain dengan lasak budak lelaki. Anak saya agak lasak dan banyak ragam sikit jadi sesekali tu boleh buat saya hampir jadi raksasa gak la.. Ada ke patut bila saya marah dia, dia kata “tak nak kawan ibu, nak kawan ayah jer”.. pastu bila sesekali saya geram sgt n nak cubit dia, dia lari dan cakap “tak kena.. tak kena..” issyy bikin panas jer.. dia ingat kita main-main kot... Kadang2 bila dia nakal sangat saya rasa cam serik nak beranak dah.. Tapi bila sesekali dia baik & menyejukkan tetiba rasa nak beranak banyak lagi hahahaaa Semalam masuk je kereta, haziq bagi saya hadiah.. dia kata “ibu nah bunge abg wat diyi..cikgu pujiah ajar” (ibu nah bungan abg wat sendiri cikgu Fauziah ajar) kertas yg dilipat2 & dibuat bunga ros dan ada tulis I Love U Mom.. suka lak saya tengok.. saya tengah drive pun dia soh amik simpan.. ni la hadiah pertama dari haziq  sempena hari ibu… TQ abang… ibu saaayang abang..

Friday, May 6, 2011

i'm not okay


Kadang-kadang di mulut saya kata 'ok'...
Saya Inginkan seseorang lihat saya, cuba memahami n kata ''I know u r not'.. hmmm...

(dalam proses untuk menukar kata ganti nama aku kepada saya supaya nampak lebih sopan)
Hari ni jumat.. ramai kawan2 gi jalan2 ke luar bangunan ntah ke mana... tapi cam biasa, saya kat ofis je.. kalau takde keperluan saya memang jarang ingin keluar.. saya surrender pasal saya memang x suka, letih la.. nanti balik nak sambung kerja lagi... hmmm tidur lagi baik..

hmm berbalik pada ayat asal, ntah kenapa kdg2 hati tak berapa gembira dengan apa yang dilalui.. tapi dimulut kata 'saya ok je'..

selepas menulis ni saya harap saya lega dan harap tiada lagi wujud perasaan itu..

Kadang2 timbul dalam hati rasa nak lari dari kota penuh sesak ni... Nak ajak suami n anak2 balik kampung tinggal kat sana, tapi nak keje apa.. huhuuuuu... zaman skrg susah nak dapat keje...


YaTuhan, Kau keluarkanlah aku dari segala kekusutan yang tidak sepatutnya.. hanya ENGKAU yang tahu.