Saturday, December 31, 2016

Kem Hafazan Intensif @ Sunway Kayangan

Kem Hafazan_Ke Arah Imam Muda & Daie Pilihan
di Madrasah Tahfiz Taqwas Wa Assynnah, Sunway Kayangan, Shah Alam.  (19-23 Dis 2016)

Sekadar berkongsi pengalaman pertama kali hantar anak join program sempena cuti sekolah.
Pengalaman pertama hantar dia sesorang berjauhan... Biarlah, biar dia tau berdikari disamping tambah ilmu pengetahuan.. tambah kenalan.. tambah pengalaman..

Saya selit sikit gambar yg dikongsikan oleh Ustaz Fadh selaku pengarah program.

Moga apa yang dipelajari dapat diamalkan dan dimanfatkan sebaiknya.. InsyaAllah.
















Makan mesti ikut cara sunnah nabi .  :)


Bersama Ustaz Mohd Fahmi, Qari & Bilal Masjid Shah Alam


Tetamu Khas : Imam Muda Faris

Peserta Siri Akhir

Riadhah petang


Pengurusan Jenazah..


Friday, December 2, 2016

Jangan terlalu membenci sesuatu..




Jangan terlalu membenci sesuatu..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Bila benci sangat pada sesuatu, mohon keampunan pada Allah.. Jangan benci sesuatu dengan keterlaluan.. Tapi bencilah keburukan yang dilakukan oleh seseorang, bukan membenci dirinya.. Jaga pertuturan agar tidak terpalit kesannya kepada kita akan datang..

Adakala perbuatan kita cuma mengikut perasaan, ada kala cuma dihantui oleh satu pandangan atau tanggapan.. Berpada-padalah bila membenci sesuatu..

Mungkin satu masa kita akan menerima perkara yang sama yang kita benci sangat satu masa dulu sehingga semua orang pula menuding jari pada kita...
Jangan buang terus perkara yang kita anggap ia membebankan, boleh jadi ia membawa satu kebaikan yang tersembunyi… Hanya ALLAH Maha Mengetahui..    

p/s: 👆Renungan untuk diri sendiri…