Catatan ringkas seorang insan kerdil yang menghayati nikmat kehidupan indah yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Semoga hati sentiasa dekat padaNYA. Dan semoga selamanya indah.. Amiin.
Tuesday, May 10, 2011
Hari Ibu
Selamat Hari Ibu.. Mak…
Entri ni khas buat mak… walaupun saya tau mak tak kan baca sebab kat umah manede computer.. tapi jadi la sekadar ingatan untuk mak sempena Hari Ibu.. Hari tu dah call mak untuk wish tapi tak dapat nak balik kampung untuk sambut.
Time kasih mak sebab dah membesarkan kitorang adik bradik dengan sempurna.. walaupun kitorang tak la berjaya cam kawan2 lain, tapi kehidupan kami bahgia. Rasanya kegembiraan dan kebahgiaan anak2 tu dah cukup membahagiakan mak abah jugak. Timekasih sebab mak slalu doakan kesejahteraan kami semua.. Doakan jugak kami supaya dapat besarkan anak2 macam mana mak abah besarkan kami. Kasih yang mak curahkan tak terbalas oleh kami hingga akhir nyawa kami. Doa dari kami agar mak diberi kesihatan yang baik dan beroleh keredhoaan Ilahi hingga ke akhir hayat.
InsyaAllah kalau di murahkan rezki nanti kami balik kami akan beli/buat sesuatu utk mak.. Doakan anak-anak mak ni dimurahkan rezeki slalu.. Tapi hadiah apa ya nak bagi mak ??
Slamat Hari Ibu buat Diri Sendiri…
Ermmm skrg saya pula jadi dah ibu kpd sepasang anak..
jadi ibu sememangnya perlukan kesabaran yg kuat.. Keras hati dan marah camne pun bila tengok balik anak2 hati jadi lembut.. Saya selalu marah haziq sebab nakal sangat. Mungkin saya dibesarkan dalam suasana semua adik bradik perempuan. Lasak perempuan lain dengan lasak budak lelaki. Anak saya agak lasak dan banyak ragam sikit jadi sesekali tu boleh buat saya hampir jadi raksasa gak la..
Ada ke patut bila saya marah dia, dia kata “tak nak kawan ibu, nak kawan ayah jer”.. pastu bila sesekali saya geram sgt n nak cubit dia, dia lari dan cakap “tak kena.. tak kena..” issyy bikin panas jer.. dia ingat kita main-main kot... Kadang2 bila dia nakal sangat saya rasa cam serik nak beranak dah.. Tapi bila sesekali dia baik & menyejukkan tetiba rasa nak beranak banyak lagi hahahaaa
Semalam masuk je kereta, haziq bagi saya hadiah.. dia kata “ibu nah bunge abg wat diyi..cikgu pujiah ajar” (ibu nah bungan abg wat sendiri cikgu Fauziah ajar)
kertas yg dilipat2 & dibuat bunga ros dan ada tulis I Love U Mom..
suka lak saya tengok.. saya tengah drive pun dia soh amik simpan.. ni la hadiah pertama dari haziq sempena hari ibu… TQ abang… ibu saaayang abang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment