Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Ini kali ke 3 kami sekeluarga menyambut lebaran di Petaling Jaya. Kali ke-2 kerana PKP akibat Covid-19. Kali pertama semasa saya melahirkan anak ke-3 kami.
Walaupun sedikit sedih, namun ia sangat bermakna bagi kami dapat beraya sekeluarga.. Besar rahmat dan seribu kesyukuran bagi Allah kerana diberi peluang untuk kami bersama keluarga beraya di rumah walau tanpa ibu bapa, tetamu & sanak saudara. Jika nak dibandingkan dengan frontliner yang bertungkus lumus bertugas di pagi hari raya tanpa dapat bersama keluarga tersayang. Dan juga pesakit2 covid yang bergelut dengan kesakitan di pagi hari raya.. Allahuakbar.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan..
Moga beri ganjaran yang sebesar2nya buat mereka yang diuji..
Menu Laksa Perak, Nasi impit, lemang, rendang ayam, Rendang daging & ketuapat palas (cikna bagi),kuag kacang. |
No comments:
Post a Comment