Friday, July 1, 2011

Jiwa Kacau



Orang kata kalau susah hati, Stress, Sedih, Kecewa, Tak Puas Hati atau pape je yang seangkatan.. citer kat sesape supaya hati kita atau diri kita rasa ringan sikit dari dibebani perkara tersebut.. Memang betul pun...Tapi.. Semua orang boleh ke tolong selesaikan masalah kita tu.. Walau pun ayat2 diorang manis menyejukkan dan menyenangkan tapi apa yag tersirat kat dalam lubuk hati ni Hanya Allah yg Maha Mengetahui.. Walau pun kite tak citer ngan DIA tapi DIA Maha tahu..
So ape kata setiap apa yg kita fikirkan atau apa yg kita rasa susah, senang, kecewa, marah, tak puas hati sume tu kite cite pada Allah... Dia lebih memahami...
bak kata kawan saya, kite mengadu je pape kat Allah.. Dia lagi faham... Dia selalu dengar ape kita harapkan.. Hrmm.. kita je yg kadang2 tak dengar apa Allah perintahkan.. Kdg2 terlepas perintah Dia.. Apa kita nak semua Allah dah bagi... Apa Allah nak kita dah sempurna kan ker.. Nak sesuatu minta pada Allah tapi apa Allah suruh kita tak buat pun.. Tak Malu kan..

Kita je yg jarang bersyukur.. mungkin sebab tu Allah bagi masalah untuk kita muhasabah diri..

Pernah saya terdengar motivasi pagi di Radio..... Ustaz tu cakap, kita slalu minta pada Allah macam2.. Tapi yg kita nak tu Allah tak makbulkan lagi.. Kita mengeluh seolah2 Allah tak bagi kita pape kenikmatan... Kita tak bersyukur pun dengan apa yang Allah dah bagi kita nikmat selama ni.. Contoh, nyawa..tempat tinggal.. anggota yang sempurna dan macam2 yg tak terhitung... Yg paling saya takleh lupa ustaz tu cakap.. Cuba satu pagi tetiba ada orang/malaikat datang kat pintu rumah kita, dia cakap "Maaf puan, kami datang nak potong bekalan nyawa (saya tak ingat nyawa ke oksigen yg ustaz tu cakap) sebab puan tak bayar hutang puan kat Allah... maksudnya tak bersyukur atau tak buat apa perintah Allah cam semahyang ke, puasa ke... hmm camne kalau jadik camtu... so lepas ni perlu banyak bersyukur...

Sume yg saya tulis ni untuk peringatan diri saya sendiri yang sesekali datang mood yang ntah pape cam hari ni... tetiba rasa sedih, kecewa putus asa... kdg2 cam nak sasau pun ade.. Semoga Allah dengar setiap rintihan hambanya.. Aamiinn..

Kata pepatah ni saya suka sangaat..

Bila Allah cepat makbulkan doamu….

Maka Dia menyayangimu….

Bila Dia lambat memakbulkan doamu…

Maka Dia sedang mengujimu….

Bila Dia tak makbulkan doamu….

Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu….

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan….
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya…

Sepuluh Sebab Kenapa Doa Ditolak Allah;

1. Kamu mengenal ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan hak-haknya.


2. Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-quran tetapi kamu tidak amal dengannya.

4. Kamu telah menggunakan nikmat-nikmat ALLAH, tetapi kamu tidak bersyukur padanya.

5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari darinya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban orang lain tetapi kamu lupa tentang keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat sahabat kamu, kamu tidak pernah mengambil ikhtibar dari kematiannya.

2 comments:

duniaanita74.blogspot.com said...

setuju sangattttt.......su

Anonymous said...

sedihnya bila kite semangat nak buat baik, nak buat amal tapi kite xmampu...rasa malas tu lg tebal