Tuesday, December 16, 2014

Knp burung boleh terbang ibu?? kenapa kita tak boleh?


Dalam perjalanan membesarkan anak-anak yang mula mengenal dunia, erti hidup dan segala perkara yang dilihat kadang2 memerlukan kita menghadapi berbagai soalan yang kadang2 tak terjangkau dek akal untuk menjawabnya..

tapi kadang-kadang seronok juga  bila soalan yang diajukan dapat dijawab tanpa soalan balik oleh anak-anak... terbit la dalam hati "yes..ibu berjaya jawab hehee.."

Semalam dalam perjalanan balik ke rumah anak bongsu saya tanya "ibu kenapa burung tu ada ekor (mungkin dia maksudkan sayap) dan boleh terbang.." 
erkk... fikir camne nak jawab memandangkan ibu dia ni pun bukan pandai sangat.. Jawapan ibu "burung tu kan haiwan.. ada kepak.. kecil.. so tu sebab dia boleh terbang...

Tapi ibu... kenapa orang tak boleh terbang macam burung tu.. kenapa orang tak de ekor (mungkin dia maksudkan sayap).. Adooii... tubek lak soalan baru menunjukkan muka dia tak lega lagi..   So cuma mampu jawab camni.. 

Orang kan besar.. berat.. takde bulu.. tu pasal takleh terbang.. orang berjalann.. dia tanya lagi.. tapii kenapa orang takde bulu cam burung tu... Huhuuuuuuu....

Sudahnya saya cakap camni...  "Cuba adik bayangkan ayah yang terbang macam burung tu..haa tetiba ada ayah kat langit tu terbang.. camne..kan ke pelik.. besarr lak tu.. ??"

Hahahaaaaa..... Dia ketawa besar tak berhenti2... Hahaaaa Yesss.... akhirnya takde soalan sambungan lagi... 

Tuesday, December 9, 2014

Alkisah Berkhatan

Sememangnya kitorang dah merancang untuk mengkhatankan Haziq memandangkan dia sendiri yang minta untuk dikhatankan.. 
Dengan perbualan dengan rakan-rakan ada yang mengatakan kaedah laser lebih baik dan cepat sembuh.. Wallahua'lam..

Memandangkan ini kali kedua percubaan untuk mengkhatankan dia (kali pertama dulu cadang untuk buat kaedah clamp) buat di Pusrawi, PJ. Tapi tak jadi sebab dia takut sangat.. 

Kali ni saya cuba pulak di Klinik Medical Nadi Iman di Seksyen 27 Shah Alam.. Alhamdulillah.. berjaya akhirnya dengan buat kaedah laser..  Alaahai anak ibu.. jerit2 pun akhirnya sunat gak :)



Klinik Medical Nadi Iman, Shah Alam.

Berdebar gak..

tapi wat-wat relax... Sementara tunggu doktor.

Proses berkhatan sedang berlangsung.. Ibu yg berdebar.

Yeaa.. dah selesai.. Alhamdulillah..

Tunggu ubat..

:)

Harapnya cepat la sembuh..

Tuesday, December 2, 2014

Majlis Perhimpunan Ukhwah Keluarga..


Ahad lepas sempat pergi ke Majlis Perhimpunan Ukhwah Keluarga Arwah Moyang.. 
Maknanya susun galur generasi selepasnya semua hadir.. 
Diadakan di Kampung Changkat Jong, Teluk Intan, Perak.. Dataran Rumah Mak NGah.. dan di tepi sungai!  (Sungai Bidor)..  Yesss.. alhamdulillah.. dapat meingatkan semula memori zaman kecil2 satu masa dulu.. Mandi Sungai.. :) Nak bagi anak-anak merasa mandi sungai tapi air tengah dalam.. Maklum la baru je banjir besar kat situ..

Pengisian majlis diadakan Sesi Tazkirah oleh Ustaz dari pejabat Agama Islam Perak. (saya tak ingat nama dia).. Majlis Tahlil..  Makan-makan.. Kuiz keagamaan dalam suasana santai.. & Cabutan Bertuah.. 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan cuaca pun agak baik..  


















Monday, November 24, 2014

Hari Kecemerlangan Sekolah Hujung Tahun.


Cerita hujung tahun..Macam biasa la.. hujung-hujung tahun akan ada Hari Kecemerlangan dan Persembahan di sekolah anak-anak..
Alhamdulillah.. Pada 20hb Nov.. kami sempat pergi ke Sekolah Agama Rakyat Ibnu Sina, Di Kg Melayu PJ.. iaitu sekolah agama Haziq.. Alhamdulillah.. Haziq dapat sedikit cenderahati dari sekolahnya..

Manakala 23 Nov 2014 kami ke Auditorium Dewan Civik MBPJ untuk Majlis Kecemerlangan dan Konvokesyen Tadika Sri Ananda, PJ. . Insyirah masuk persembahan dan dapat sedikit cenderahati dari pihak sekolah dia.. Alhamdulillah.. Abang juga masuk persembahan sebagai ex pelajar Tadika Sri Anakanda.


Moga ia dapat dijadikan pendorong di masa akan datang untuk belajar dengan lebih cemerlang..











Monday, November 17, 2014

Terima kasih Mak & Abah..




Inilah wajah melahirkan dan mengazankan saya di saat saya lahir ke dunia.

Wajah kurus inilah yang suatu ketika dulu sangat risau dan merawat saya sekiranya saya sakit.


Wajah inilah juga yang suatu saat dulu memujuk  saya semasa saya bingung mengatur arah hidup.


Mereka inilah juga yang telah banyak berjasa mendidik ilmu Al Quran buat saya dan adik-adik.


Mereka juga lah yang yang tak jemu2 memohon pada Allah mendoakan kami  sehingga kini. 


Dan wajah inilah juga yang sentiasa ikhlas membantu saya dan adik-adik tatkala kami kesusahan.. AllahuAkbar.. 


Duhai Allah yang Maha Lembut, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...  berlembutlah, kasihanilah dan rahmatilah mereka. 


Tiada daya upaya kami untuk melawan takdirMu. Namun Ya Allah, izinkanlah mereka ini terus mendoakan kami selama mungkin.



Berilah ruang & peluang buat kami untuk berbakti pada mereka sementara mereka masih ada. 
Jadikan kami penyejuk hati buat mereka. 

Aameen Ya Rabbal alamiin!

Thursday, November 13, 2014

My Family

Dah lama rasanya biarkan ia bersawang..

Sekadar meninggalkan sedikit kenangan gambar family.. Kami selain raya jarang2 dapat bergambar bersama. Gambar ni masa hantar mak ngan abah serta adik tengah untuk berangkat menunaikan umrah tahun lepas.. Baru jumpa balik gambar ni..


Memantu dalam keluarga..

Kami.. anak2 mak :)

Wednesday, October 1, 2014

Sahabat (MKI)


Cerita ini saya copy (share) dari Blog Prof Kamil Ibrahim.. Agak tersentuh dengan ceritanya.. Moga boleh diambil pengajaran daripadanya..

Sahabat

Saya ralit mendengar anak bongsu berusia 11 tahun – Farah Sofea – bercerita.
Sofea dianugerahkan pelajar paling berakhlak untuk bulan September. Cikgu bagi sijil.
 Kawan Sofea yang paling rapat bertanya cikgu, “kenapa Farah yang dapat? Apakah kerana dia memakai Abaya? Adakah ia kerana Farah orang Malaysia?
Ayah … bolehkah kita buat begitu? Tuhan marah tak?
Hampir kesemua guru di sekolah mereka – Baseerah International School – berbangsa Arab. Malah hampir kesemua pelajarnya berbangsa sama. Memang pun ia bersesuaian dengan asal niat pernubuhan sekolah ini untuk memberi kemudahan masyarakat Arab yang mula memenuhi sekitar Lembah Kelang. Sofea terus bercerita,
Kenapa kamu bertanya begitu? Bayangkan bagaimana jika kamu yang mendapat anugerah ini dan Farah bertanya soalan yang sama. Apa perasaan kamu?
Itulah perasaan dalaman seorang kanak-kanak berusia 11-12 tahun apabila dikaitkan dengan sedikit anugerah diterima oleh sahabat sendiri. Akhirnya beliau menyedari bagaimana pertanyaan tersebut melukakan hati sahabat sendiri. Apatah lagi ia sahabat yang sedikit.
Bila cikgu tiada dia menyatakan kepada Sofea …. saya sengaja bertanya semata-mata  untuk menghabiskan masa cikgu supaya dia tidak mengajar kita matematik.
Saya suka awak dapat.
Saya senyum dan ketawa. Pastinya ingatan bersama-sama rakan sejawat universiti melintas laju. Logiknya begitu. Saya terbayang ketika membaca surat layang yang dihantar kepada Perdana Menteri, Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor apabila telah dianugerahkan jawatan professor di kala berusia 39 tahun. Kisah yang ditonjolkan dalam konteks berbeza menunjukkan datangnya dari sahabat sendiri.
Malah minda saya terbayang membaca surat layang yang dihantar kepada Menteri Pengajian Tinggi di atas kegiatan saya menyampaikan ceramah di masjid dan surau ketika menjawat jawatan Pengarah UiTM Johor. Ia reality yang dispin dengan baik sekali.
Malah pelancaran buku menggunakan bajet sendiri juga tidak terkecuali mendapat bantahan orang-orang tertentu yang tidak dapat mengawal rasa hati dalaman mereka. Laporan kepada BPR (nama pada ketika itu) telah dilakukan dengan niat menyusahkan.
Tentu sekali ia saat paling baik untuk mengajar anak sendiri. Saya nyatakan kepada Sofea,
Ayah percaya Sofea tidak pernah meminta anugerah ini. Ayah yakin Sofea tidak tahu pun yang akan ada anugerah ini. Tahniahlah …
Jika kawan Sofea yang dapat … tidak usahlah kita berkecil hati atau berasa kita lebih layak. Sebenarnya Allah SWT yang memberi anugerah tersebut.
Jika kawan yang dapat …. ucapkan tahniah dan doakan agar mereka lebih berjaya lagi.
Jika kawan kita tidak puas hati dengan kita … doakan supaya Allah melembutkan hatinya untuk tidak berasa begitu.
Berkawanlah …. tidak mengapa …. Allah SWT yang akan jaga Sofea.
Begitulah kehidupan. Ia kelihatan sangat pelik dan tidak masuk akal untuk melihat sahabat paling hampir berasa cemburu dan iri hati. Agak saya … itulah ujian kehidupan paling utama bagi mereka yang sudah berada di dalam lingkungan tua dan beruban.

Dengki, khianat, fitnah dan berburuk sangka menjadi eleman utama yang memisahkan manusia beriman dan bertakwa berbanding dengan manusia pendusta. Membersihkan hati hanya boleh berlaku jika hampir denganNya.

Didiklah anak-anak dengan solat dan mengaitkan seluruh kehidupan dengan wujudnya Dia yang sentiasa memerhatikan tingkah laku kita.
InsyaAllah … mereka akan mengasihi sahabat hampir dengan cara yang adil dan saksama.

Wednesday, September 3, 2014

Merdeka 57..

 



Kali pertama dalam hidup saya pergi meraikan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka..
Bila anak-anak dah besar, timbul lak rasa nak bawak diorang pergi tengok acara sambutan kemerdekaan.. Pukul 7 dah keluar rumah, ingatkan dah awal rupanya dah penuh sesak.. 

Alhamdulillah anak dara saya suka sangat.. tapi si bujang nampaknya suka gak, cuma tengok dia cam agak kurang selesa dengan tempat yang bearasak-asak dan serabut camtu..








Ni je setakat yg saya berjaya ambik gambar.. Sesak sangat dengan orang ramai buat hilang keinginan ambil gambar.. :)

Friday, August 29, 2014

Menyambut Musibah..

Assalamualaikum..
Sekadar berkongsi sedikit kata-kata yang saya pinjam dari blog seseorang..
kadang kala banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan tidak seperti yang kita inginkan.. Kita selalu pandang apa yang kita inginkan dari sudut yang baik dari pandangan mata dan hati  kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap apapun yang ditentukan kepada hambanya.. 

Musibah selalu datang dan pergi, menghiasi hari-hari dalam kehidupan manusia. Sekiranya kita memandang, menghadapi dan menerimanya dari sudut positif.. maka kebaikan lah yang kita akan perolehi... namun jika kita lebih memandang dan menerima ia sebagai satu beban dan kesakitan yang teramat.. maka itulah juga yang kita akan perolehi... 

Namun perlu diingat, Allah mengetahui setiap apa yang ditentukan kepada setiap hambaNYA.. 

Mungkin ada ganjaran yang lebih baik yang ingin diberi kepada hambaNYA.. atau mungkin juga itu cara DIA untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang sebelum ini mungkin banyak lalai kepada sang pencipta.

Jalan yang terbaik adalah: 

Muhasabah diri mengapa musibah itu berlaku.. Adakah ia ujian untuk meningkat keimanan kita.. Atau musibah tersebut merupakan teguran atas kekeliruan kita dalam mengelola serta memanfaatkan sumber-sumber yang diamanahkan kepada kita, serta atas kesalahan dan dosa-dosa yang kita lakukan kepada Allah SWT? Muhasabah ini sangat penting agar kita sedar titik kesalahan dan kekeliruan kita. Sehingga kita dapat bertindak lebih baik di masa-masa mendatang. 

Menerima dengan redho... Jikapun kita tidak redha dengan apa yang terjadi, hal itu tidak akan boleh mengubah apa yang telah berlalu. Dengan keredhoan hati akan lebih tenang..

Bersabar... Musibah itu selalunya pahit dan tidak menyenangkan. Tetapi orang yang sabar akan berusaha menahan perasaan pahit itu dengan sabar dan tabah hati. Ia menahan diri untuk tidak mengeluh, bersedih atau meratapinya. Hal ini akan membuahkan kecintaan kepada Allah SWT, di mana Dia kemudian akan menggantinya dengan pertolongan serta ganjaran Surga.

Bertaubat jika Bersalah.. Adakalanya musibah itu diberikan oleh Allah SWT untuk mengingatkan kita atas kesalahan dan kekeliruan yang kita lakukan. Maksudnya adalah agar kita segera sedar dan kembali ke jalan yang benar.

Besyukur... Seorang mukmin yang memiliki kualiti iman yang tinggi bukan saja menerima musibah yang datang dengan sabar serta redha, bahkan dia dapat bersyukur. Dia patut tahu bahawa sesungguhnya musibah yang ditimpakan kepadanya sesungguhnya masih belum seberapa jika dibandingkan dengan yang diterima orang lain. Ini akan menjadikan ia terus bersyukur, karana merasa Allah SWT masih sayang kepadanya. Ia yakin masih ada nikmat iman dan Islam yang lebih berharga dari dunia dan seluruh isinya.
 


Mendekatkan diri kepada Allah.. Kemuncak dari semua ikhtiar yang kita lakukan untuk menghindari dan menerima musibah itu dengan sebaik-baiknya adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kita sedar bahawa Dia sangat menyayangi kita. Sebesar mana kesalahan yang kita lakukan, Allah todak pernah menarik segala keperluan kita. Maka apa pun yang diberikan kita tidak patut menolak-Nya. 


Dan kita akan tetap setia untuk mencintai-Nya, mentaati perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. 


Moga penulisan ini mendatangkan kebaikan buat kita semua.  

  

 

Wednesday, July 2, 2014

Perkara yg paling saya gerun..!




Assalamualaikum wbt...

Orang selalu kata, sakit gigi tu sangat power.. Ye betul la tu.. Menderita rasanya.. Rasa cam Allah tarik nikmat yg sedia ada.. Saya alami sakit tu berbulan2...

Paling kerap sakit bila waktu malam.. berdenyut-denyut..
Disebabkan terlalu sakit, terpaksa abaikan rasa takut pada doctor gigi.. pergi jugak klinik.. Doktor kata geraham bongsu saya dah teruk sangat.. Perlu buang.. Dalam erti kata lain  WAJIB BUANG.. Noktah… Kalau saya simpan pun, dia tak kan tahan lama dan akhirnya wajib jugak buang.. Untuk buang perlu pembedahan kecil.. Huwaaa… Camne nii…
Ahad beberapa hari sebelum puasa, saya pergi lagi degan harapan untuk cabut.. Tapi Doktor Cuma boleh boleh buat x-ray dulu.. Dan dia explain kenapa kena buang.. macam mana cara dia nak buang.. kenapa kena operation tu.. risiko dia apa…. Dan anggaran kos dia (boleh tahan klinik ni caj) dan terus buat temu janji untuk datang semula.... bla bla… .
So saya pergi semula selang 3 hari kemudian (Rabu)..
Berdebarnya mak aiii.. Allah saje yg tahu.. Sepanjang jalan sepanjang masa kumat kamit baca doa mohon dipermudahkan.. Masuk bilik doctor, tengok atas tray dia macam2 perkakas.. menambahkan lagi ketakutan saya.. Siap minta asben teman untuk kuat semangat saya.. Bermula la operasi mencabut geraham bongsu.. Sekitar 40 minit rasanya..
Memula kena makan ubat dalam 6 biji rasanya (macam2 warna).. pastu doctor bius dibahagian gusi yang berhampiran dengan gigi yang sakit dan ingin dicabut..
Proses bedah gusi- masa ni doktor kene pastikan yang kite tak rasa apa-apa langsung... Kalau still rasa pedih atau ngilu, dia suruh angkat tangan kiri bagi isyarat kat dia.. doktor perlu beri lagi bius smpai tak rasa apa-apa... (entah berapa kali dia suntik ubat bius kat dalam mulut tak tau la..)

Alhamdulillah.. berjaya juga buang geraham bongsu saya… tak sakit macam yg saya dengar dan baca sebelum ni.. Bila doctor kata ok gigi u dah cabut.. sekejap ye saya nak jahit pulak… Pergh lega gila rasa.. tapi nak mengadap masa dia jahit lak..berdebar…  Alhamdulillah pun tak rasa sakit..
Tak mahu tanggung kesakitan lagi.... TENSION tau...!
Dan yang paling best, dapat MC 3 hari....
Pantang selepas pembedahan:
1) dilarang minum air panas... mesti minum air sejuk.. ais lagi bagus.
2) dilarang makan pedas dan pejal... kalau boleh makan bubur sahaja untuk 2 hari je...
3) wajib abiskan ubat antibiotik dan ubat tahan sakit.
Hari ni.. cukup seminggu.. kena pegi semula untuk buka jahitan… Alhamdulillah.. tak sampai 2 minit pun, dah selesai..