Saturday, December 29, 2012

Berlabuhnya Tirai 2012

Sekejap je masa berlalu.. 2 hari lagi tirai 2012 berlabuh pergi.

Membawa pergi semua kenangan pahit manis sepanjang bersamanya (2012).. 

2012 yang pernah buat saya rasa terduduk seketika, dan 2012 juga pernah beri senyuman bahagia.

Januari 2013 bakal dimulakan dengan penuh rasa ingin tahu akan apa lagi yang bakal terjadi dengan kerja, family, kewangan, emosi, anak-anak dan sebagainya... Dengan harapan semoga hari-hari saya nanti dapat diisi dengan keikhlasan dalam setiap apa yang saya lakukan. Kadang-kadang terfikir, ini ke apa yang saya cari? Tak apa, biar takdir yang tentukan. Saya akan cuba aturkan setiap langkahsaya untuk jadi yang terbaik, tapi apalah daya saya untuk melawan Ketentuan Yang Esa. Semoga ketentuaNYA adalah yang mendamaikan dan menyenangkan.. Sesungguhnya saya bukan seorang yang kuat untuk hadapi dugaan yang maha berat.

Pengalaman teman-teman suka dan duka sepanjang 2012 banyak saya jadikan panduan dan pengajaran supaya lebih banyak bersyukur dan tabah untuk hadapi segala kemungkinan.

Saya perlu lebih memikir hala tuju kehidupan, bebaskan segala pemikiran tak matang, negetif dan harapan yang tak berkesudahan. Yang berlalu, saya perlu biarkan ia berlalu. Saya perlu cari semangat yang baru.

Meniti 2012, saya kerap mengeluh, takut tak mampu menggalas amanah, tapi kesabaran membawa saya bertahan sehingga hari ini. Setiap hari bangun pagi saya bisikkan pada diri, ikhlaskan hati, kerja itu ibadat, urusan rumah tangga juga ibadat.. Cabaran memang pelbagai, tapi telankan saja kalau ini yang telah tertulis untuk saya..

Perjalanan yang bakal dilalui mungkin masih jauh atau makin dekat dengan penghujungnya. Pengisian perjalanan tu perlu saya isi dengan sebaiknya dan memperbanyakkan mendekatkan diri padaNYA. 

2012 banyak yang berlaku, banyak yang istimewa dan banyak juga pahitnya. Tapi, entah lah.. 

Semoga hari hari yang mendatang menjadikan saya lebih menghargai setiap detik yang berbaki.. Semoga Redho dan Rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan saya.. Amiin..

p/s: Banyak benda nak ditulis, tapi hilang idea untuk terjemahkan dalam bentuk ayat.

Thursday, December 27, 2012

Dugaan di Akhir Tahun

Petang tadi kami baru je smpai dari Terengganu sejak ahad lalu..

Sekadar berkongsi sedikit rasa terkilan di hati, Ahad lalu 23 Disember 2012, kami dalam perjalanan dari PJ ke majlis kawin Salman di Manjung, dengan berbekalkan pakaian sepasang sorang untuk salin bila balik dari kenduri tu nanti, kami bergerak keluar Tol Bidor dengan harapan nak ikut laluan Teluk Intan untuk ke Manjung. entah macam mana kami tersilap laluan, tersesat ikut laluan Tapah.

Dalam hati cuba redho, nak wat camne dah terbabas.. Dan masa tersebut dalam jam 10.00 pagi suami saya terima panggilan dari kampung mengatakan ayah mertua saya baru meninggal.. Yaallah luluhnya hati ni dengar berita luar jangka.. Suami saya ambil sedikit masa untuk menenangkan diri. Saya tau dia terkejut dan terlalu sedih, tapi saya cuba untuk tidak terlalu sedih depan suami. Saya hilang kata untuk pujuk suami. Dalam hati penuh rasa terkilan, ayah mertua ada call seminggu sebelum minta kami balik Terengganu untuk makan duku langsat, tapi memandangkan weekend pun suami kerja, jadi kami menangguhkan niat untuk balik kampung. Dan sekarang kami betul2 terlambat..

Saya ajak suami patah balik KL utk ambil pakaian utk balik terengganu, tapi dia tak setuju dengan alasan nanti lambat. Dia kata tak yah fikir pasal pakaian. Saya cuba gak pujuk untuk ikut laluan Simpang Pulai yang mana jalannya lebik elok berbanding Tapah, dia tetap tak setuju dengan alasan yg sama takut lambat. Saya akur. Dan suami terus naik ikut laluan ke Tanah Rata Cameron Highland, Gua Musang, Aring, Kenyir dan Kuala Berang. Tapi  nasib kami agak malang, kat Tanah Rata kami terperangkap lebih 2 jam tak bergerak.Dalam keadaan hujan dan jam terlampau kami berada di Cameron sahaja selama 3 jam lebih baru berjaya masuk Gua Musang.. Abang di kampung asyik tanya dah sampai mana dan memaklumkan akan kebumi ayah sebaik lepas Asar. Suami saya makin sedih.. Antara ayat yg keluar dari mulut suami masa tu buat saya betul2 sedih "Mandikan ayah tak dapat, solatkan ayah pun tak dapat.. dan dia menangiss... dan menangiss.. terus menangis.."

Apakan daya saya untuk membantu saat tu, puas saya berdoa sepanjang jalan supaya Allah permudahkan setiap urusan kami agar suami saya sempat menatap wajah ayah utk kali terakhir dan mengurus jenazah ayah, tapi itu ketentuanNYA..

Sepanjang jalan kami lebih banyak mendiamkan diri.. sayajuga minta anak saya sedekah Al Fatihah sepanjang perjalanan dan akhirnya pukul 9.15 malam baru kami selamat sampai di Kuala Berang.. Sangat lambat.. Dan mungkin Allah dah tentukan kami untuk tidak berjumpa ayah.. Atau mungkin itu balasan untuk kami sebab tak balik kampung jenguk ayah masa dia call..

Kami tiba semasa semua orang sedang Tahlil untuk arwah.. Suami saya tunduk & tak angkat kepala langsung. Saya tau dia dalam keadaan sedih dan terkilan yang teramat.. tapi apakan daya saya untuk melawan ketentuan Allah..

Semoga arwah ayah diletakkan bersama orang-orang yang beriman.. Dugaan ini betul2 beri pengajaran yg amat bermakna buat saya.. Sementara ibu ayah ada, saya perlu korbankan sedikit masa yang ada untuk mereka..Cuma itu yang dapat menggembirakan hati orang tua selain wang ringgit.

Dan saya harap semoga saya masih diberi peluang untuk berbakti kepada ibu ayah saya sementara mereka masih ada.

Gambar terakhir ayah masa Syawal yang lalu

Rupanya ini gambar kenangan terakhir kami bersama.. :(

Friday, December 14, 2012

Persediaan sekolah haziq

Lama rasanya tak mengupdate blog.  Takde ape yg menarik rasanya untuk dikongsi bersama.

Puas fikir apa yang boleh di kongsi di blog ni.. Hmm jadila sekadar berkongsi rasa teruja saya dalam menyediakan persediaan persekolahan anak sulong saya haziq.. Alhamdulillah, pakaian sekolah saya dah sediakan sikit2. Sekadar yang termampu. Peralatan sekolah pun dah lengkap alhamdulillah.. Haziq nampak happy dan adakalanya cam risau nak menempuh alam persekolahan baru. 


Dan pada masa ni saya mula terfikir hari2 mendatang untuk sesi persekolahan dia.

Pagi hantar abang gi skolah agama.. Balik dari sekolah agama, dia akan ke day care untuk mandi, makan minum and bersiap untuk ke sekolah kebangsaan. Persiapan ke sekolah semua dia akan uruskan sendiri. kenyang ke dia makan nanti di situ, kemas ke pakaian yang dia pakai, rapi ke dia sikat rambut.. kelengkapan semua dia akan bawa ke.. atau takut tercicir-cicir apa-apa. walaupun saya tau, di situ anak2 akan dipantau oleh pengasuh yang telah ditugaskan, dan anak2 orang lain pun melalui perkara yang sama.. tapi hati ni tetap risau dan sedikit sedih. sedih bila mengenangkan semua perkara dia akan lalui sendiri. 

saya kena terima sebab semua kawan2 saya juga melalui perkara yang sama, tapi susah nak buang rasa sedih ni bila terfikir semua perkara tu.  Saya dibesarkan dengan ibu di depan mata, pergi dan pulang saya dari sekolah disambut ibu di rumah. Makan dihidang, pakaian disiapkan... kalau nak disebut macam2 perkara lagi yg saya risaukan.

Hmm harap2 la segalanya berlalu dengan sempurna nanti. Dan semoga hati saya dapat melalui semua dengan tenang dan redho. Dan juga semoga anak saya nanti dapat melalui harinya dengan sempurna.