Saturday, December 29, 2012

Berlabuhnya Tirai 2012

Sekejap je masa berlalu.. 2 hari lagi tirai 2012 berlabuh pergi.

Membawa pergi semua kenangan pahit manis sepanjang bersamanya (2012).. 

2012 yang pernah buat saya rasa terduduk seketika, dan 2012 juga pernah beri senyuman bahagia.

Januari 2013 bakal dimulakan dengan penuh rasa ingin tahu akan apa lagi yang bakal terjadi dengan kerja, family, kewangan, emosi, anak-anak dan sebagainya... Dengan harapan semoga hari-hari saya nanti dapat diisi dengan keikhlasan dalam setiap apa yang saya lakukan. Kadang-kadang terfikir, ini ke apa yang saya cari? Tak apa, biar takdir yang tentukan. Saya akan cuba aturkan setiap langkahsaya untuk jadi yang terbaik, tapi apalah daya saya untuk melawan Ketentuan Yang Esa. Semoga ketentuaNYA adalah yang mendamaikan dan menyenangkan.. Sesungguhnya saya bukan seorang yang kuat untuk hadapi dugaan yang maha berat.

Pengalaman teman-teman suka dan duka sepanjang 2012 banyak saya jadikan panduan dan pengajaran supaya lebih banyak bersyukur dan tabah untuk hadapi segala kemungkinan.

Saya perlu lebih memikir hala tuju kehidupan, bebaskan segala pemikiran tak matang, negetif dan harapan yang tak berkesudahan. Yang berlalu, saya perlu biarkan ia berlalu. Saya perlu cari semangat yang baru.

Meniti 2012, saya kerap mengeluh, takut tak mampu menggalas amanah, tapi kesabaran membawa saya bertahan sehingga hari ini. Setiap hari bangun pagi saya bisikkan pada diri, ikhlaskan hati, kerja itu ibadat, urusan rumah tangga juga ibadat.. Cabaran memang pelbagai, tapi telankan saja kalau ini yang telah tertulis untuk saya..

Perjalanan yang bakal dilalui mungkin masih jauh atau makin dekat dengan penghujungnya. Pengisian perjalanan tu perlu saya isi dengan sebaiknya dan memperbanyakkan mendekatkan diri padaNYA. 

2012 banyak yang berlaku, banyak yang istimewa dan banyak juga pahitnya. Tapi, entah lah.. 

Semoga hari hari yang mendatang menjadikan saya lebih menghargai setiap detik yang berbaki.. Semoga Redho dan Rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan saya.. Amiin..

p/s: Banyak benda nak ditulis, tapi hilang idea untuk terjemahkan dalam bentuk ayat.

Thursday, December 27, 2012

Dugaan di Akhir Tahun

Petang tadi kami baru je smpai dari Terengganu sejak ahad lalu..

Sekadar berkongsi sedikit rasa terkilan di hati, Ahad lalu 23 Disember 2012, kami dalam perjalanan dari PJ ke majlis kawin Salman di Manjung, dengan berbekalkan pakaian sepasang sorang untuk salin bila balik dari kenduri tu nanti, kami bergerak keluar Tol Bidor dengan harapan nak ikut laluan Teluk Intan untuk ke Manjung. entah macam mana kami tersilap laluan, tersesat ikut laluan Tapah.

Dalam hati cuba redho, nak wat camne dah terbabas.. Dan masa tersebut dalam jam 10.00 pagi suami saya terima panggilan dari kampung mengatakan ayah mertua saya baru meninggal.. Yaallah luluhnya hati ni dengar berita luar jangka.. Suami saya ambil sedikit masa untuk menenangkan diri. Saya tau dia terkejut dan terlalu sedih, tapi saya cuba untuk tidak terlalu sedih depan suami. Saya hilang kata untuk pujuk suami. Dalam hati penuh rasa terkilan, ayah mertua ada call seminggu sebelum minta kami balik Terengganu untuk makan duku langsat, tapi memandangkan weekend pun suami kerja, jadi kami menangguhkan niat untuk balik kampung. Dan sekarang kami betul2 terlambat..

Saya ajak suami patah balik KL utk ambil pakaian utk balik terengganu, tapi dia tak setuju dengan alasan nanti lambat. Dia kata tak yah fikir pasal pakaian. Saya cuba gak pujuk untuk ikut laluan Simpang Pulai yang mana jalannya lebik elok berbanding Tapah, dia tetap tak setuju dengan alasan yg sama takut lambat. Saya akur. Dan suami terus naik ikut laluan ke Tanah Rata Cameron Highland, Gua Musang, Aring, Kenyir dan Kuala Berang. Tapi  nasib kami agak malang, kat Tanah Rata kami terperangkap lebih 2 jam tak bergerak.Dalam keadaan hujan dan jam terlampau kami berada di Cameron sahaja selama 3 jam lebih baru berjaya masuk Gua Musang.. Abang di kampung asyik tanya dah sampai mana dan memaklumkan akan kebumi ayah sebaik lepas Asar. Suami saya makin sedih.. Antara ayat yg keluar dari mulut suami masa tu buat saya betul2 sedih "Mandikan ayah tak dapat, solatkan ayah pun tak dapat.. dan dia menangiss... dan menangiss.. terus menangis.."

Apakan daya saya untuk membantu saat tu, puas saya berdoa sepanjang jalan supaya Allah permudahkan setiap urusan kami agar suami saya sempat menatap wajah ayah utk kali terakhir dan mengurus jenazah ayah, tapi itu ketentuanNYA..

Sepanjang jalan kami lebih banyak mendiamkan diri.. sayajuga minta anak saya sedekah Al Fatihah sepanjang perjalanan dan akhirnya pukul 9.15 malam baru kami selamat sampai di Kuala Berang.. Sangat lambat.. Dan mungkin Allah dah tentukan kami untuk tidak berjumpa ayah.. Atau mungkin itu balasan untuk kami sebab tak balik kampung jenguk ayah masa dia call..

Kami tiba semasa semua orang sedang Tahlil untuk arwah.. Suami saya tunduk & tak angkat kepala langsung. Saya tau dia dalam keadaan sedih dan terkilan yang teramat.. tapi apakan daya saya untuk melawan ketentuan Allah..

Semoga arwah ayah diletakkan bersama orang-orang yang beriman.. Dugaan ini betul2 beri pengajaran yg amat bermakna buat saya.. Sementara ibu ayah ada, saya perlu korbankan sedikit masa yang ada untuk mereka..Cuma itu yang dapat menggembirakan hati orang tua selain wang ringgit.

Dan saya harap semoga saya masih diberi peluang untuk berbakti kepada ibu ayah saya sementara mereka masih ada.

Gambar terakhir ayah masa Syawal yang lalu

Rupanya ini gambar kenangan terakhir kami bersama.. :(

Friday, December 14, 2012

Persediaan sekolah haziq

Lama rasanya tak mengupdate blog.  Takde ape yg menarik rasanya untuk dikongsi bersama.

Puas fikir apa yang boleh di kongsi di blog ni.. Hmm jadila sekadar berkongsi rasa teruja saya dalam menyediakan persediaan persekolahan anak sulong saya haziq.. Alhamdulillah, pakaian sekolah saya dah sediakan sikit2. Sekadar yang termampu. Peralatan sekolah pun dah lengkap alhamdulillah.. Haziq nampak happy dan adakalanya cam risau nak menempuh alam persekolahan baru. 


Dan pada masa ni saya mula terfikir hari2 mendatang untuk sesi persekolahan dia.

Pagi hantar abang gi skolah agama.. Balik dari sekolah agama, dia akan ke day care untuk mandi, makan minum and bersiap untuk ke sekolah kebangsaan. Persiapan ke sekolah semua dia akan uruskan sendiri. kenyang ke dia makan nanti di situ, kemas ke pakaian yang dia pakai, rapi ke dia sikat rambut.. kelengkapan semua dia akan bawa ke.. atau takut tercicir-cicir apa-apa. walaupun saya tau, di situ anak2 akan dipantau oleh pengasuh yang telah ditugaskan, dan anak2 orang lain pun melalui perkara yang sama.. tapi hati ni tetap risau dan sedikit sedih. sedih bila mengenangkan semua perkara dia akan lalui sendiri. 

saya kena terima sebab semua kawan2 saya juga melalui perkara yang sama, tapi susah nak buang rasa sedih ni bila terfikir semua perkara tu.  Saya dibesarkan dengan ibu di depan mata, pergi dan pulang saya dari sekolah disambut ibu di rumah. Makan dihidang, pakaian disiapkan... kalau nak disebut macam2 perkara lagi yg saya risaukan.

Hmm harap2 la segalanya berlalu dengan sempurna nanti. Dan semoga hati saya dapat melalui semua dengan tenang dan redho. Dan juga semoga anak saya nanti dapat melalui harinya dengan sempurna.

Tuesday, November 13, 2012

Antara peraturan dunia dan hukum Tuhan



Sedang menguruskan sesuatu urusan..  Tetiba wujud 1 arahan yg saya rasa agak kurang setuju atas dasar  ehsan dan simpati. Saya namakan ia perasaan pertama.
 
Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa.. sekadar berkongsi pengalaman dan rasa hati.

Perasaan Pertama:  Saya bersetuju dengan - kelonggaran diberi kepada orang yang berhutang tapi tidak mampu untuk membayar…  atas rasa ehsan kemanusiaan di hati saya dan pengalaman beban  kewangan satu masa dulu… 

Tapi sorang kawan saya jawab camni..  knp tak setuju lak, saya setuju dengan apa yg diarahkan.. itu adalah wajib dan hukum peraturan Tuhan.  pastu dia buat contoh…  sesuatu yang betul2 buat hati saya terkesan.. amat2 terkesan dan semoga bermanfaat untuk saya dalami kata2 tersebut.

Ayat dia camni : Kita wat contoh air.. kita guna air.. (maksud dia perkhidmatan air la cam SYABAS tu).. tapi kita tak bayar bil air tu, sedangkan air tu kita guna untuk berwudhuk jugak.. untuk beribadah. (dalam hati saya , bagi anak2 n family makan minum guna air juga) camne tu.. 

Tu je dia cakap.. pastu dia sambung lagi, bukan saya yg cakap, ustaz yg cakap. 

Cuba fikirkan. 

Okey.. saya faham dan terdiam.. tapi saya suka kenyataan dia tu.  hati saya menterjemahkan sendiri maksud dia.. mungkin dia bermaksud dimana keberkatan dalam ibadah dan rezeki yg kita dapat kalau tak selesaikan hutang yang sepatutnya.. Dan ada terasa pedas gak untuk diri ni yg kadang2 lewat bayar sesuatu bil/pinjaman tu.. 

Terus saya faham.. owh ok… saya dengan tetiba akur dengan arahan untuk urusan tersebut yang sebelum ni saya rasa seolaha2 tak patut…
Pengajaran yg saya dapat :mungkin sesetengah orang berperasaan lebih kepada logik akal dan belas kemanusiaan, sama seperti  perasaan pertama saya. TAPI Kita kadang2 terlupa untuk memikirkan HUKUM TUHAN yang tak boleh disangkal seperti yg saya jumpa dalam satu hadith ni
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” Riwayat al-Baihaqi

Dan 

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)(Riwayat Ibnu Majah)

Ya Allah.. murahkanlah rezeki untukku, sebagaimana engkau memurahkan rezeki terhadap kebanyakan makhluk-Mu Ya Allah, Tuhan semesta alam,"

Thursday, October 25, 2012

Majlis Konvo Tadika Haziq

Tanggal 21/10/2012 ada Majlis Konvo untuk Tadika Abang (Haziq)... Ibu, ayah n adik g la tadi nak tengok abang amik Sijil n buat persembahan.. Majlis tu buat kat Auditorium kat dalam Maktab Kerjasama.. dekat je dengan ofis.... Majlis start pukul 9.30 pg... habis jam 12 tenghari....

Ibu cuma sempat ambik sikit aje gambar abang kat majlis tu memandangkan kami takde camera canggih, amik guna hanphone pun nampak blur2 je.. Abang buat persembahan tarian Wonder Girl.. heheee comel gak tengok dia menari.. puas soh menari kat umah tak nak.. malu sangat.. siap kata nnti kalau abg menari ibu ngan ayah jangan ketawa-ketawa...  tergelak kitorang.. 

saya selitkan sikit persembahan dan sedikit acara yang diadakan pada masa tu.
jom layan...zazzz.....


Cikgu2 Skolah Abang..





Hadiah Bacaan Iqra terbaik.. Jadila.. Alhamdulillah..

alahaaii anak ibu.. :)

Adik, cam bosan je nak tunggu acara habis.. dia dgn hal dia.






Saturday, October 20, 2012

Anak itu anugerah..

Entah kenapa semakin hari rasa diri ni dah macam mak tiri.. hehee.. 
bukan bermakna zalim pada anak atau tak sayangg.. sayaangg... 
tapi bila tengah letih balik dari keje bila ada yg wat hal selalu keluarla sikit2 sikap ibu tiri tu.. Tapi  masih boleh terkawal.. sape yang tak sayang anak.. 

Itu je la harta yang saya ada. 

Disebalik ragamnya yang banyak dan seringkali mencabar kesabaran.. 
dapat memenuhi keperluan dan kehendak anak itu membuahkan kepuasan pada saya. 
Puas dapat mengenyangkan anak-anak, puas dapat membuatkan dia selesa, puas bila tengok anak-anak tersenyum.... puas bila dapat melihat diorang membesar depan mata, puas dapat mendidik... Tapi lebih puas sekiranya saya dapat membesarkan anak-anak 24 jam sehari depan mata... 

Saya cuma ada masa 4  jam  sehari pada waktu malam untuk mereka.. Dari jam 6 hingga sekitar 10 malam. Bila anak-anak lena saya dah tak dapat tunjuk kasih sayang saya.. Buka mata, cuma ada sekitar 1 jam setengah untuk mereka...  Lepas tu saya tinggalkan untuk orang lain jaga. Saya kena redho kalau itu laluan perjalanan yang saya perlu lalui untuk membesarkan anak-anak.. bukan saya sorang.. malah ibu-ibu lain turut rasa apa yg saya rasa.

Haziq & Insyirah adalah anugerah untuk kami.. Alhamdulillah.. Memang ada ketika, saya geram dengan ragam2 mereka.  Tapi kami cuba untuk mengerti bahawa kedegilannya adalah untuk mempelajari.  Semoga saya diberi kesabaran dan dilimpahi dengan sifat penuh kasih sayang dalam membesarkan anak-anak.. InsyaAllah.
Zeti Insyirah  & Muhammad Haziq





Tuesday, September 25, 2012

Letih..


Ingin meluahkan sesuatu....tapi tak tau pada siapa dan bagaimana harus diluahkan rasa hati ni. 
Pada Allah Taala...of course...setiap saat setiap detik...setiapkali hati ni dah tak terbendung lg rasa di hati hanya pada Dia tempat saya mengadu.. Saya nak meluahkan pada yang hampir dengan saya...namun susahnya untuk meluahkan... saya sendiri tak tahu apa yg saya rasa. Bila saya meluahkannya di sini...bermakna saya dah tak larat untuk menanggungnya... namun tetap tak terluah..dan itu membuatkan muka saya kelat sepanjang masa dari bangun tidur, keje n sampai tutup mata balik..

Seharusnya saya tak mengeluh kan??.. mengeluh bererti tak mensyukuri nikmatNYA.. risau2 Allah tarik semula nikmat2 yang dia dah bagi Nauzubillahuminzalik.. 
mungkin juga dugaan dalam nikmatNYA...
dlm kepala saya sentiasa menerawang merata2... saya jadi hilang semangat cuma mampu melalui apa yg saya harus lalui.. keadaan ni buat saya rasa letih sgt.

semoga Allah letakkan saya ditempat org yg sentiasa bersyukur dan sabar.. dipermudahkan segala urusan.. dan semoga saya semakin tabah menghadapi hari2 mendatang.. 



Sunday, September 23, 2012

Harapan..

Entah kenapa sejak balik kampung baru-baru ni, hati saya kerap berangan untuk ada sebuah rumah sendiri di kampung.. 

Makin kerap berangan.  sebuah rumah dengan berlatar belakangkan sawah bendang.. Boleh bercucuk tanam.... damaaai.. hijaau je pemandangan...  jauh dari hiruk pikuk kota cam sekarang..

Rumah sekarang buka pintu rumah..
yang ada..


Pencawang Api.. betul2 setentang pintu rumah...yang bila tengh kilat berdetum, terasa sampai ke beranda rumah..

yang ada lagi...

view blok2 bangunan rumah lain..

dan keluasan rumah yg terhad..anak2 nak main.. baru nak speed dah langgar dinding.. siaann..

 tapi...takpe lah.. seharusnya saya patut bersyukur banyak2atas nikmatNYA yg saya nikmati skrg...
 ade tempat tinggal.. agak sempurna juga untuk besarkan anak2..
sekadar membayangkan kalau lah ade yg lebih baik dan sempurna... alangkah bagusnya..
tapi kalau setakat ini yg mampu dan terdaya untuk saya miliki.. pun syukur Alhamdulillah...

sekadar berkongsi impian saya satu hari nanti insyaAllah... Semoga ianya menjadi nyata.. Yang penting ada usaha insyaAllah ada jalannya.


Entah rumah siapa jumpa kat pakcik google..



Hmm Damainye kalau view ni ade kat blkg rumah..


Friday, September 7, 2012

Kalaulah itu saya..

Alhamdulillah.. hari ni saya dengar berita yg boleh buat saya tumpang gembira... Dapat jemputan ke ke Mekah.. Alhamdulillahh.. Kalau saya yg dengar tumpang gembira apatah lagi tuan punya badan.. Tahniah ye kak.. Doakan rezeki saya pulak..


AllahuAkbar.. indahnya kalau yg terima jemputan tu adalah saya.. Tak dapat digambarkan.. Tapi tu laa.. sekadar mambayangkan.. tapi daftar haji pun saya tak buat lagi.. Hati dah terkinja nak pergi tapi belum berjaya melangkah untuk itu.. InsyaAllah.. Akan ku gagahkan kaki ni untuk mendaftar..
 Dapat semangat baru ni..

Semoga Allah permudahkan urusannya untuk kesitu.. Mudah-mudahan.. 

 

Tuesday, August 28, 2012

Salam Lebaran..



Kakak Sulong..

Abang Ke-2.. (Ngah)








Fmly kakak ke-6 (Kak Kin)

Fmly abang ke-3 (Abg De..)

Family kakak ke-5 (Kak Nor)

Fmly kakak ke-7 (Kak Ti)

My Fmly,suami saya yg ke-9..


jejaka2 Pak Ramli.. :)
Mak Dara merangkap tukang masak fmly kecuali saya hehee..

Group Anak Dara
 


Selamat Hari Raya....!!!
Rasanya belum terlewat untuk ucapkan selamat hari raya buat kawan2... Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah silap yg saya lakukan..

Raya kali ni giliran beraya di terengganu.. lepas balik sembahyang raya tu sempat la jugakbergambar reramai untuk kenang-kenangan..


Tuesday, August 14, 2012

Terbakar

Magrib semalam lepas waktu berbuka tetiba dengar orang terjerit-jerit dari bawah rumah "toloong.. toloongg.. kereta sape parking kat belakang.. terbakarr.. kereta terbakaaarr" cepat2 saya jenguk ke bawah dari rumah saya ting.6.. orang yg terjerit2 tu pusing kedua-dua blok sembil terjerit2 ayat yg sama... tetiba saya jadi panik. ade kereta terbakar ke.. atau rumah yg terbakar.. 

seberang blok saya pulak saya tengok ramai orang keluar ke balkoni masing2 seolah tengok sesuatu yang pelik ke arah belakang kawasan perumahan saya.. dari blok tersebut gak saya nampak cahaya api kemerah2 an walaupun saya tak nampak api.. dan orang yg terjerit2 tu masih tak berhenti jerit2 lagi.. saya ketuk pintu bilik air mintak asben saya turun jenguk, tapi dia sedang siap sedia nak mandi.. cam tak berminat je nak turun.. dia kata, tadi masa nak naik rumah dia nampak api lalang kat luar kawasan rumah.. luar pagar tuu.. 

saya tak puas hati dengan jawapan dia, kalau tak serius takkan org tu terjerit2.. disebabkan tak puas hati dan kerisauan yg tak tergambar saya turun gak bawak anak2 dan biarkan asben terus mandi :)  dlm hati merungut sikit.. bunyik org tengah cemas2 pun asben saya boleh wat cool..

bila turun lampu bawah rumah semua terpadam. yang nampak samar-samar cahaya api yg dah besar ditepi luar pagar rumah kami. hampir menyambar kereta2 yang parking kat tepi pagar tu.. Nampak jugak 2,3 org yg pegang baldi.  tak lama kereta  bomba dan satu peronda polis tiba.. alhamdulillah api terpadam gak akhirnya dengan bantuan bomba tu. 

rupanya risik punya risik, rupanya punca kebakaran tu sebab ada orang yg bakar lalang tu atas cubaan untuk membangunkan kuil hindu.. saya tak pasti samada cubaan membangunkan kuil atau membesarkan kuil kecik yg ada sedia ada kat situ..tetiba rasa sakit hati.. menyusahkan orang lain je. tapi bila difikir2kan balik, ada hikmahnya.. bila jadi macam tu baru komuniti kat situ terbuka mata untuk buat sesuatu bagi mengelakkan 'perkara tu' berlaku. alhamdulillah.. kesudahnnya harap disudahi dengan perkara baik2.. 

Dan semoga kami sentiasa dalam peliharaanNYA.. Amiin


Tuesday, July 31, 2012

Sesekali Teringiin...

Salam Ramadhan buat semua..

Alkisahnya semalam (isnin), saya ambil cuti rehat sesaje nak merehatkan diri kat rumah.. Plan asal nak gi beli baju raya, tapi ahad tu dah gi beli siap2.. So duduk je la rehat kat rumah sambil mengemas apa yg patut.. Anak2 sorang hantar tadika, sorang lagi hantar nurseri.. Dah kata pun nak rehat kan, so saya hantar la diorg gi skolah n neseri..  Dalam kul 11.30 hati saya terkinja2 nak gi amik abang (haziq) balik skolah.. Tak bagitau pun pagi tu yg saya nak amik dan memang tak terlintas nak gi amik..

11.40 saya dah sampai depan tadika, ramai ibu bapa lain yg turut tunggu anak keluar sekolah. Tak sabar saya nak tengok suasana anak2 di Tadika tu habis belajar. Bila semua murid dah keluar, saya perhatikan anak saya dari jauh, tengah main2 ngan kawan2 dia. (Dalam hati.. Boley tahan gak nakal anak ibu)
Dia langsung tak amibil kisah ibu bapa yang sedang tunggu anak kat luar. Ye la selama ni van sekolah yg jemput dan hantar ke nurseri.

Cikgu panggil dia dan bagitau ibu jemput.. Dia dah pandang muka saya yang kat luar pagar ni, tapi masih wat tak tau.. Nak tak ak saya terpaksa masuk ke kawasan pagar sekolah jemput dia. Bila dia nampak je saya terus meluru ke arah saya dengan muka gembira sangat2 dan melompat2.. sambil cakap "Yeaa.. Ibu amik.. ibu amik... yeaa... ibu amik abang.. Ibu, kenapa ibu amik abang".. Ibu "ibu cuti hari ni tu yg boleh jemput abang"..
Muka dia masih nampak gembira sgt2 wlu dijemput dengan kereta 'kecik' ibu dia je..Senyum je...

Masa tu tak tau kenapa hati saya rasa sebak sgt2.. Air mata cam tunggu masa je nak menitis.. Entah kenape.. mungkin bagi org lain biasa2 je... tapi saya rasa sedih..
Seingat saya, hampir 2 tahun saya hantar dia ke Tadika tu, saya tak pernah jemput dia balik skolah. Tiap2 hari dia naik van.. Dan saya lepas tangan memandangkan saya dan suami bekerja. Semata2 mengharapkan driver van tu dan percaya sepenuhnya.. Saya tak pernah tau perasaan dan keinginan dia..Saya tak ambil tahu..

Mungkin jauh di sudut hati anak saya teringin sesekali untuk dijemput ayah ibu cam kawan2 yg lain.. Masuk je kereta air mata memang x dapat ditahan lagi.. Saya menangis gak sambil cover2 drp dia nampak. Masa ni saya merasakan mesti macam2 lagi perkara remeh temeh camni yang wujud di hati anak2 tapi kadang2 ibu bapa tak perasan..

Masa ni la saya terfikir dan teringiiinn sangat2 nak membesarkan anak sendiri depan mata tiap2 hari.. Alangkah indahnya dan bahgianya kalau setiap hari dapat hantar dan jemput dia dari sekolah.. Hidangkan makan tengah hari.. Uruskan persekolahan.. Huhuuuu..

Tapi apakan daya saya, perlu bekerja untuk bantu meringankan beban keluarga dan demi untuk masa depan fmly juga.. Untuk anak2 jugak..

Allahuakbar... Tak tergambar betapa indahnya kehidupan sekiranya dapat jadi suri sepenuh masa  membesarkan anak2.. Dalam masa sama untuk pujuk hati.. mungkin saya perlu banyak bersyukur ada pekerjaan yg baik untuk menyara anak2.. TQ Allah.. Alhamdulillah..

Thursday, June 28, 2012

Mati Hidup Balik



Ragam si anak.

Penah sekali tu masa dalam kereta odw balik kampung.. Muka anak2 saya cam dah bosan je dengan jarak yg jauh.. Untuk hilangkan rasa bosan diorang.. saya ajak berbual dan ajar macam2 doa… antara doa yg saya ajar ialah doa untuk ibu bapa..

Alhamdulillah anak saya mengikut utk hafal.. Saya kata:

Ibu         : Abang, kalau sayang ibu ngn ayah kena selalu baca doa ni untuk  
               ibu ayah.. tiap-tiap hari tau.. kalau ibu ayah dah mati pun abang 
               kena baca gak doa ni untuk ibu…

Abg        : Owh kalau ibu dah mati bila baca doa tu boleh hidup balik ye bu…

Ibu Ayah : Tak tau nak cakap ape… Cuma mampu tersenyum sesama sendiri:)

Wednesday, June 13, 2012

Susahnya Utk Jadi Terbaik

tak tau kenape kebelakangan ni mud keje agak merudum.. cam malaass jer... slalu wat silap.. tu lupa ni lupa.. dah wat macam2 cara untuk baiki tahap keterlupaan dan kekurangan diri..tapi sesekali ada gak kerumitan yg berlaku.. 

mungkin niat aku bekerja masih jauh dari yang sepatutnya iaitu kerja kerana Allah.. Bila sesekali tersimpang niat tu, mungkin itu yg jadi kdg2 sedikit kucar kacir.. (Ustazah Rubiah kata kalau nawaitu kita tak betul, kejer jadi tak berkat..)Penah tak ada kawan2 yg terniat camni.."keje sebab nak carik rezeki.. keje sebab masa tua nanti dapat pencen.. keje sebab dok umah lama2 mesti bosan.. dan macam2 yg seangkatan dengannya...


Atau mungkin sesekali datang rasa tak ikhlas dalam hati.. dan mungkin sebab tu mud jadi kacau.. huhuuuuu camne nak baiki mud ni..


moga Allah sentiasa limpahkan rahmat dan hidayah, moga bertambah iman, walaupun lagha dunia sekeliling bertambah ==. huhu





Tuesday, June 12, 2012

Indahnye hidup bersyariat

Ade sekali tu saya gitau member ofis ni..
Niat nak citer jer pasal buku ni, saya kata tingin nak beli, tapi tunggu gaji lah.. sebab agak mahal.. tapi tetiba lak dia kata takpe dia belikan..

Harga dia RM55 satu..
Pastu dia kata takpe dia belikan..Alhamdulillah.. rezeki..


Saya tanya betul ke sebab buku tu agak mahal.. 
Dia kata takpe amal jariah yg berpanjangan.. Dia kata harap anak2 dan suami saya pun guna gak buku tu nanti...  Amiinn..
Saya dah dapat pun buku tu.. TQ ye Salman...  
Semoga dimurahkan rezki slalu.. :)



Buah Hati Ibu



                                                     pagi2 masa bfst sblm nak gi skolah..
                                            ngn  cousin sbelah ayah..



                                           aktiviti sambil tggu ibu wat keje.



                     masa ikut ibu wat keje kat ofis hujung minggu. kotak je yg ada utk landing..
                                                             main2 kat JJ

                                                  ngan cousin kat tganu..

                                                           haziq n haziq..member taska.
                                                    gaya minah rempit..