Monday, April 12, 2021

Rentas Negeri Balik Kampung (Ipoh)

 Alhamdulillah 10-11 hb April 2021 (Sabtu - Ahad) saya berkesempatan untuk balik menziarah mak dan abah saya di Ipoh. Mak kurang sihat, jadi saya cuba minta kebenaran untuk rentas negeri untuk ziarah ibubapa. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Dapat saya lepaskan rindu kat mak abah.. Bukan main happy anak-anak dapat balik kampung. Haziq je yang takde sebb masih di asrama. 

Moga ada kesempatan lagi untuk saya ziarah mak abah lagi, dalam keadaan dunia dilanda wabak covid-19 segalanya mungkin berlaku. 



Bekalan dari mak abah setiap kali balik.. ini baru sebahagian.







Monday, February 1, 2021

Kek Baskin Robbin dari insan istimewa.

Petang tadi kami dikejutkan dengan penerimaan Kek Baskin Robbin dari seorang runner, sedangkan kami tak oder pun kek tersebut. Cepat-cepat saya mintak Haziq pergi semula ke adik yang hantar, kot2 dia salah alamat. Dia kata betul, ada orang yang kirim dan saya kenal orang tu. Terima kasih banyak atas ingatan.. Terima kasih banyak buat anak2 kami happy.  Sampai ke telinga senyuman diorg dapat makan kek asikrim.
Moga jasa baik adik manis dibalas dengan seribu kebaikan oleh Allah SWT. Amiin.





Thursday, January 28, 2021

Covid 19 - Kuarantin

 Assalamualaikum


Lama rasanya saya biarkan blog saya bersawang.

Memandangkan saya dalam tempoh kuarantin, saya ada masa yang cukup untuk selitkan kisah ini untuk saya kenang kembali akan datang.

Covid-19 bermula Januari 2020 lagi. Memandangkan telah hampir setahun, saya agak tidak endah berkaitan tatacara kuarantin dan lain2. Tapi, saya tetap jaga SOP dengan memakai mask dan sering sanitize tangan. Begitu juga dengan suami & anak2, saya akan paksa mereka pakai mask dan sanitize tangan walau setakat untuk terima parcel di depan pintu. 

22 Jan 2021 saya dikejutkan dengan pemakluman contact rapat saya disahkan positif. Memandangkan tidak berapa rapat, saya diarahkan untuk melalui swab test RTK Antigen sahaja. Saya melakukannya pada 23 Januari 2021 (Sabtu) pukul 12 tghri di Poliklinik Dinar, Petaling Jaya. Pukul 2 petang, resut diterima dan hasilnya adala negative. Syukur Alhamdulillah. 

Namun pada 24 Januari 2021 (Ahad) sekali lagi berita memaklumkan contact rapat saya positif covid-19. Allah, panik sekejap. Saya baru lega bila dapat tahu keputusan saya negative. Bila dengan contact rapat saya positif, sekali lagi saya terima arahan untuk menjalankan swab test penuh pula iaitu RT PCR. 

Masa ni baru saya tersedar dan cari segala macam info dan maklumat berkaitan kuarantin dan macam2 maklumat berkaitan covid-19 yang selama ini saya tak pernah cuba selami. 

Sekali lagi saya ke Poliklinik Dinar, PJ untuk menjalankan swab test RT PCR pada 25 Januari 2021 (Isnin) jam 12 tghri. Pada 26 Januari 2021 (Selasa) keputusan diperolehi dan resultnya negatif. Syukur Alhamdulillah.. 

Namun saya tetap kena meneruskan kuarantin 10 hari iaitu sehingga Ahad iaitu dari tempoh bertemu dengan pesakit sehingga hari ke-10. Suami saya juga tidak dibenarkan hadir bertugas di pejabat disebabkan perkara ini. Suami Work From Home sahaja.

Agak bosan sebenarnya duduk dalam bilik berseorangan. Makan minum saya suami yang atur dan hantar ke bilik. Tapi saya cuba pandang dari sudut positif.

Saya sepatunya bersyukur di kuarantin dalam keadaan saya sihat walafiat berbanding orang lain yang dikuarantin dalam keadaan tenat dan sakit.

Saya yakin Allah nak bagi saya rehat yang cukup dari rutin kebiasaan saya. Allah mungkin suruh saya lebih banyak lagi dekatkan diri pada DIA.. 

Allah bagi ruang untuk saya buat apa yang saya tak dapat buat dek kerana kesibukan tugas harian setiap hari. Allah bagi rasa bagaimana rasanya bila dekat dengan keluarga tapi rasa jauh. Lepas ni taknak banyak guna hp lagi bila bersama keluarga, nikmat bersama mereka lebih indah rupanya berbanding nikmat bersama media social bila buka hp. Allahuakbar. Banyak pelajaran Allah nak tunjuk kat saya. Banyak lagi yang saya rasa Allah nak tunjuk dan suruh saya baiki kehidupan saya. Allahuakbar. Alhamdulillah. 

Anak kecil saya Fareeha sekejap2 panggil ibu dia. Pernah juga dia ajak saya minum dekat luar.. Allahuakbar.. Kesian dia. Mujur juga dia rapat dengan ayah dia. So tidak timbul masalah sangat untuk ayah dia uruskan anak2.    

Kebetulan birthday suami pulak jatuh dalam tempoh saya kuarantin.. Mampu oder kek Birthday dan beli hadiah online je.. 

Dalam tempoh kuarantin ni, suami pun ada bagi hadiah untuk saya yeaa...(hadiah apa, biarlah rahsia) tapi betul2 buat saya happy.. ☺

Moga pengalaman ini beri seribu manfaat dan pelajaran berharga buat saya dan keluarga. 

Thursday, April 30, 2020

Kerana Corona

Akan tersimpan dalam lembaran sejarah.. 

Perkara yang tidak pernah dunia global lalui.. 

Hanya kerana sezarah corona.. Kalau ia ketentuam Allah yag Maha Berkuasa.. Tiada mana2 tangan boleh menepisnya selagi belum dengan keizinannya. 

18 MAC -  31 MAC 2020  Fasa 1

01 APR - 14 APR 2020 Fasa 2

15 APR - 28 APR 2020 Fasa 3

29 APR - 12 MEI 2020 Fasa 4

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,

 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan

 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana ia satu perkara yang sangat luar biasa pada persepsi saya, ia menunjukkan betapa kuasa Allah tidak dapat ditandingi dan diatasi dengan mana2 kepakaran dibumi ini selagi ia belum diizinkan. Membuka ruang untuk mana2 umat yang masih ada waktu untuk memperbaiki hubungan dengan Allah. 

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?

Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih

Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

#copyandpaste

#stayathome

#dudukdirumah

#coronavirus

#covid19

#ramadhan

Sunday, August 18, 2019

Sahabat

Baru2 ni sempat berkumpul di rumah khamsatun, memandangkan plan asal unuk jalan-jalan tak tercapai.. terima kasih kham & suami sudi menjemput dan jamu kami makan sedap hasil air tangan jari jemari suhakham 😀

3 family tapi cukup meriah bila bersama. 
Simpan gambar ni baik-baik,
Moga jadi kenangan indah dan moga ukhwah kita terjalin hingga akhir hayat.. 
 




Friday, May 31, 2019

Ragam anak-anak



28 Jan 2019 (Zetty Fareeha 6 bulan)

22 Mei 2019 (11 bulan)


03 Feb 2019 dengan abg rayyan



Saje Round Shah Alam nek bas lompat2 hehee

Wedding Ealy 27 Jan 2019 - with abg fizi & friend

30 Mac 2019 (Pesta Belon, Putrajaya

Wedding anak kak aisah.

22 Mei 2019 (11 bulan)



Masa lecur kena iron kat rumah pengasuh (26 Feb 2019)

Masa lecur kena iron kat rumah pengasuh (26 Feb 2019)

Masa kena iron kat rumah pengasuh (26 Feb 2019)

Masa lecur kena iron kat rumah pengasuh (26 Feb 2019)

Thursday, December 27, 2018

Hari Anugerah Cemerlang, Sekolah Sri Petaling & SRA Ibnu Rusyd, Petaling Jaya


Sekadar upload untuk kenangan.. sekitar Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2018 Sekolah Keb Sri Petling, Sek 14 Petalinng Jaya. 
Dan Hari Anugerah Cemerlang 2018 Sekolah Rendah Agama Ibnu Rusyd, Petaling Jaya.






Mumtaz UPKK


Mumtaz PSRA





Thursday, November 1, 2018

Aktiviti Hujung Tahun Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya.

Sekadar menempel gambar Muhammad Haziq dengan aktivitinya di hujung-hujung tahun memandangkan ini merupakan saat-saat akhir dia di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, PJ.










Tuesday, June 19, 2018

Pengalaman Beraya di Hospital (Kelahiran cahaya mata ke-3)..

Lama rasanya blog ni bersawang..

Sekadar berkongsi pengalaman melahirkan anak ke-3 bulan Jun lepas.

Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak ke 3 kami pada 10.15 pagi 14 Jun 2018
bersamaan 29 Ramadhan 1439H.

Pada 7.30 pagi 13 Jun 2018 saya mengalami licking air ketuban.. Suami yang baru sampai di pejabat terpaksa patah semula bali ke rumah. Sementara tunggu suami sampai di rumah, saya sempat masakkan ayam kicap untuk lauk berbuka anak-anak. Entah kenapa saya rasa kalaulah ini masakan terakhir saya untuk anak2 kami.  Dapatlah anak saya berbuka dengan lauk hasil air tangan ibu dia.. Agak sebak masa tengah memasak.

Sampai je suami di rumah, sekitar pukul 10.15 kami bertolak ke Hospital Putrajaya - Wad Bersalin.

Selepas pemeriksaan doktor,  mengesahkan bahawa memang betul air ketuban saya dah mula turun sedikit demi sedikit disusuli sedkit darah. Tapi saya masih belum rasa sakit.

Pukul 11.5 saya dimasukkan ke wad untuk menunggu sehingga rasa bersalin. Sehingga tengah malam saya masih tak rasa sakit yang kerap.. Cuma sesekali.Setiap beberapa jam (tak ingat) saya akan disuntik antibiotik untuk mencegah jangkitan.

14 Jun 2018 jam 4.30 pagi doktor datang untuk chek jantung baby.. Semua ok.... Saya dimaklumkan sekiranya sampai pukul 6.30pagi masih  tak bersalin, pukul 7 saya akan di induce. Tapi sekitar 6.45 pagi doktor dah datang untuk check bukaan laluan. Baru sekitar 2-3 cm. Doktor cuba pecahkan air ketuban tak berjaya. Saya tak jadi di induce. Doktor bantu untuk buka laluan.

Saya terus diberi ubat untuk buang air besar. Kemudian dia suruh sarapan dulu, and then selepas sarapan, pukul 8.15 pagi saya ditolak terus ke labour room. 
  
Dalam labour room, doktor pecahkan air ketuban. Saya dah mula rasa sakit yg kerap. Saya ditanya samada perlu epidural atau tak.. dia bagi pilihan samada epidural atau nak cucuk ubat tahan sakit yg ringan sikit. saya kata tak perlu.  Tapi nurse datang dan masukkan air yg dah dicampur ubat untuk bagi cepat sakit. Masa ni rasa sakit keterlaluan, hingga saya hampir terlelap.. Sedar2 dah ramai doktor dan nurse sekitar 6 orang dikeliling saya bagi sokongan untuk melahirkan.. Alhamdulillah 10.15 pagi saya selamat melahirkan baby girl dengat berat 3.55 kg. Alhamdulillaah segala puji bagiNYA atas segala rezeki dan kemudahan sepanjang proses melahirkan.

Terima kasih juga buat suami yg sabar menunggu, berjaga sepanjang malam dan menemani saya sepanjang proses kelahiran sehingga selamat melahirkan. 

Disebabkan saya melahirkan lebih 24 jam dari mula licking air ketuban, maka bayi saya terpaksa di pantau sehingga 3 hari. Terpaksalah beraya dihospital nampaknya. 




Atok n Opah

Ayah paling happy sebab mmg dah lama sgt tunggu nak baby.


Kakak, mula2 malu-malu nak dekat dengan baby..