Sekadar berkongsi pengalaman melahirkan anak ke-3 bulan Jun lepas.
Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak ke 3 kami pada 10.15 pagi 14 Jun 2018
bersamaan 29 Ramadhan 1439H.
Pada 7.30 pagi 13 Jun 2018 saya mengalami licking air ketuban.. Suami yang baru sampai di pejabat terpaksa patah semula bali ke rumah. Sementara tunggu suami sampai di rumah, saya sempat masakkan ayam kicap untuk lauk berbuka anak-anak. Entah kenapa saya rasa kalaulah ini masakan terakhir saya untuk anak2 kami. Dapatlah anak saya berbuka dengan lauk hasil air tangan ibu dia.. Agak sebak masa tengah memasak.
Sampai je suami di rumah, sekitar pukul 10.15 kami bertolak ke Hospital Putrajaya - Wad Bersalin.
Selepas pemeriksaan doktor, mengesahkan bahawa memang betul air ketuban saya dah mula turun sedikit demi sedikit disusuli sedkit darah. Tapi saya masih belum rasa sakit.
Pukul 11.5 saya dimasukkan ke wad untuk menunggu sehingga rasa bersalin. Sehingga tengah malam saya masih tak rasa sakit yang kerap.. Cuma sesekali.Setiap beberapa jam (tak ingat) saya akan disuntik antibiotik untuk mencegah jangkitan.
14 Jun 2018 jam 4.30 pagi doktor datang untuk chek jantung baby.. Semua ok.... Saya dimaklumkan sekiranya sampai pukul 6.30pagi masih tak bersalin, pukul 7 saya akan di induce. Tapi sekitar 6.45 pagi doktor dah datang untuk check bukaan laluan. Baru sekitar 2-3 cm. Doktor cuba pecahkan air ketuban tak berjaya. Saya tak jadi di induce. Doktor bantu untuk buka laluan.
Saya terus diberi ubat untuk buang air besar. Kemudian dia suruh sarapan dulu, and then selepas sarapan, pukul 8.15 pagi saya ditolak terus ke labour room.
Dalam labour room, doktor pecahkan air ketuban. Saya dah mula rasa sakit yg kerap. Saya ditanya samada perlu epidural atau tak.. dia bagi pilihan samada epidural atau nak cucuk ubat tahan sakit yg ringan sikit. saya kata tak perlu. Tapi nurse datang dan masukkan air yg dah dicampur ubat untuk bagi cepat sakit. Masa ni rasa sakit keterlaluan, hingga saya hampir terlelap.. Sedar2 dah ramai doktor dan nurse sekitar 6 orang dikeliling saya bagi sokongan untuk melahirkan.. Alhamdulillah 10.15 pagi saya selamat melahirkan baby girl dengat berat 3.55 kg. Alhamdulillaah segala puji bagiNYA atas segala rezeki dan kemudahan sepanjang proses melahirkan.
Terima kasih juga buat suami yg sabar menunggu, berjaga sepanjang malam dan menemani saya sepanjang proses kelahiran sehingga selamat melahirkan.
Disebabkan saya melahirkan lebih 24 jam dari mula licking air ketuban, maka bayi saya terpaksa di pantau sehingga 3 hari. Terpaksalah beraya dihospital nampaknya.
Atok n Opah |
Ayah paling happy sebab mmg dah lama sgt tunggu nak baby. |
Kakak, mula2 malu-malu nak dekat dengan baby.. |
No comments:
Post a Comment