Wednesday, March 27, 2013

Selesai 1 urusan, Alhamdulillah..

Pemangkuan Kenaikan Pangkat Kumpulan Pengurusan & Profesional 2013.

Alhamdulillah.. Selesai sudah satu urusan yg mungkin dinantikan oleh mereka yg terlibat.. Selagi keputusan tak keluar, saya lak yg berdebar hebat.. ntah kenape.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana dipermudahkan segala urusan kami. Semoga  Allah sentiasa bersama saya dalam setiap pekerjaan yg saya lakukan. 

TAHNIAH kepada yang berjaya, dan jangan terlalu sedih kpd yang tidak berjaya.  Untuk permulaan ni mungkin ada yang sedih.. mungkin ada yg gembira tak terkata.. mungkin juga ada yg terkejut tidak menjangka dan macam2 lagi.. Semoga semua dapat diterima dengan pasrah.

Apapun semua tu ketentuanNYA.. Saya pernah dengar satu petikan ceramah yg saya suka sangat2.. Bunyinya begini: 

"Sekiranya Allah berkehendakkan untuk memberi rezeki dalam apa bentuk rupa sekali pun maka tiada mana2 tangan dapat menghalangnya.. Dan sekiranya Allah belum mahu memberi rezeki kepada seseorang maka juga tiada mana-mana tangan yang dapat menghulurkan rezeki itu"..


Ujian & rezeki Allah sebagai ingatan untuk kita lebih dekat pada-Nya.. 

Rezeki juga dalam pelbagai bentuk.. luas.. pintu rezeki itu juga luas.. laluan untuk mendapat rezeki itu juga luas.. pilihan untuk kita memiliki rezeki itu pun luas.. 
 
Bersyukurlah dengan setiap rezeki Allah.. 
walaupun masih ada rezeki yang kita harapkan belum menjadi milik kita, tapi tidak perlu persoalkan kenapa ia berlaku.. semua daripada Allah.. kalau rezeki itu memang milik kita, pasti ia akan jadi milik kita.. sama ada cepat atau lambat semuanya ketentuan daripada NYA..
 
Semoga kita semua akan lebih bersyukur di atas segala apa yang kita miliki.. Syukur Alhamdulillah....

**sebagai peringatan buat diri saya juga yg selalu mengnharap rezeki melimpah ruah, sedangkan Allah dah bagi banyak nikmat lebih dari apa yg diminta. 





Monday, March 25, 2013

Balik KampungTerengganu


23hb Mac 2013,  Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kuala Berang, Terengganu setelah perjalanan selama lebih kurang 6 jam. Kami bertolak jam 6.45 pagi dan sampai di kampung kira2 jam 1.30 ptg. Rumah mak agak sunyi memandangkan anak2 lain tak dapat balik. Agak janggal jugak sebab selama ni setiap kali balik akan nampak arwah ayah dari muka pintu lagi.. Dan rumah pun riuh dengan anak2 buah. Kali ni kali pertama balik dengan suasana yg lain.. Takpe lah.. Itu takdirnya. 

Hari Kedua kami dikampung, saya ajak suami ke Pasar Payang.. Lama rasanya tak menjengah cuci mata ke situ.. Suami saya layankan je.. 
Pasar Payang.. 

Sekitar Pasar payang..

Syurga dunia.. hehee.. rambang mata..



Anak2dengan hal masing2 sementara menunggu ibu shoping.


Selepas Payang, kami ke Masjid Kristal sekejap untuk solat dulu
 sebelum meneruskan  agenda lain.

Alhamdulillah.. masjid ni bukan lagi sekadar hiasan cam memula kami
gi dulu.. skrg  Ramai sangat org solat disitu.
Telekungnya cantik2.. Siap kerawang2 dan bersih2. 

Odway ke Pantai Teluk Ketapang.. Damai je suasana kat sini.


Pemandangan tepi pantai teluk ketapang, k.tganu

menu wajib setiap kali singgah ke sini.. ikan celup tepung.

sotong celup tepung.. ni paling saya suka.

pemandangan perjalanan tepi pantai.. redup..

anak2 nak layang2 pulok.. layan kan je..

anak dara ni pun nangis2 nak layang2 gak cam abg dia.

2 anak saya teruja dapat main layang2. :) org tganu kate 'daghak" hehee

sayangnye tali layang2 tu pendek sgt.


dah sangkut pokok lak.. 




Esoknya, kami sempat ke Air Terjun Sekayu..Entah mimpi apa encik suami ajak ke situ lak.. 
selalu saya ajak, tapi dia tak layan pun.. kali ni tetiba dia ajak ke sini.

Siap ada taman tema kecil.. jadi la.


Anak bujang saya,nagis2 takut air.. mengada!

Yg lain2 tu anak buah.. 



Tiba masa balik ke PJ semula.. sekejap je 3 hari berlalu.. Cuba tengok pemandangan balik di jalan2 di Tganu.. 
Cantik kan.. Biru ada.. Hijau ada... Sepanjang jalan.. Meriah sungguh..

Gelombang biru..

Bulan Hijau.. 








Thursday, March 7, 2013

Jika mengeluh itu dibayar..

Jika mengeluh itu dibayar..pasti saya orang yang menjadi kaya tanpa harus bekerja.. Orang kata, jika ingin berada dalam lingkungan yang sedikit keluhannya, bergaullah dengan mereka yang sentiasa ikhlas dalam setiap pekerjaannya, dan kehidupannya.

Saya antara yang suka mengeluh.. suami jadi sandaran untuk dengar setiap keluhan saya dan menjadi penasihat utama untuk kurangkan rasa keluhan ni..

AllahuAkbar.. Sesungguhnya saya bukan orang cekal untuk lalui apa saje dengan hanya tabah.. kadang2 bila mata melihat, telingan mendengar, mulut akan turut menyebut.. dalam masa sama hati turut berkata-kata. saya manusia biasa.

Semoga saya lebih tabah dan selalu mensyukuri setiap aturan yg ESA. Semoga dijaga setiap pertuturan..


Thursday, January 24, 2013

Berhenti Mengeluh, Cuba Ikhlaskan Hati.

Ape laa nak jadi.. slalu sangat mengeluh.. letih mengeluh.. banyak keje mengeluh. sakit sikit mengeluh. susah pun mengeluh.. terima dugaan mengeluh lagi.. setakat hujan dipetang hari pun boleh wat rasa mengeluh.. alamakk hujan lakk.. confirm jam. confirm sampai rumah dah gelap. nak amik anak pun susah dalam hujan2 lebat camni.. apa nak jadi.. tu semua kan rahmat.  

Cuba buka mata luas-luas,duduk dan renung apa yg Allah dah bagi, keluarga, ibubapa, sihat tubuh badan, sempurna akal fikiran, duit, rumah, kereta, makan.. semua sempurna. apa lagi...
Bayangkan kalau Allah yg kata "letihla dengar budak ni mengeluh hari2.. tak cukup lagi ke apa yg aku dah bagi, tak payah bagi la lagi, bia dia rasa" dan dia tarik semua tu. masa tu baru la nampak apa yg sedang dilalui skrg tu adalah NIKMAT dan RAHMAT yg tak ternilai harganya. Allah tu Penyayang.
Cuba bayangkan kalau Allah tarik apa yg kita ada skrg.. anak2, suami, kesihatan, cuba bayangkan. Nauzubillah..

Ayat lazim, Bestnya kalau jadik cam dia, kalau macam tu kan bestt.. kalau macam ni kan bagus.. janganla fikir apa yang kita takde.  sampai kiamat pun tak habis. Ada bagi semua yg Allah mintak?

Belajar bersyukur ni memang susah kalau asyik nak membandingkan dengan orang.
Membandingkan untuk ke arah kebaikan diri takpe..

Apa yg kita lalui skrg adalah pilihan kita. Allah dah atur cantik.. Kita susun perkemaskan supaya jadi yg lebih baik di pandangan Allah & manusia sekitar.

Bukan semua yang disangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga ikut datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Contoh mudah: Bila tengok orang bawak kereta mewah dan maka terdetik kat hati, bahagianya orang itu....hebatnya hidup dia.banyaknye duit dia. tapi tak mustahil orang yang memandu kereta mewah (walaupun adakalanya sebenarnya tak mewah manapun) terpaksa membayar lebih untuk ansuran bulanan kereta dan cukai jalan. Masa terperangkap dalam kesesakan jalan raya terlampau, yg bermotosikal boleh mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. si kereta mewah mengeluh, masa tu terfikir alangkah baiknya kalau hanya menunggang sebuah motosikal seperti tu... sampai pun cepat ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal pula sedang memikirkan bilalah agaknya dapat beli kereta mewah macam tu, selesa je duduk kat dalamnya.. bangga bila ada mata yg memadang.

Bila nampak orang melancong, banyaknye duit dia.. Bestnye kalau dapat camtu. Cukup2 la, jgn asyik membandingkan dgn org lain.. Cuba bandingkan amal ibadat tu dengan orang2 yg hebat amalannya. Cuba atasi dia. 
Ade orang Allah bagi kemewahan dalam bentuk wang ringgit.. berhibur sana berhibur sini, tapi Allah lambatkan rezeki dia dari sudut lain, ada orang susah hidupnya ibarat kais sebulan makan sehari, tapi Allah kayakan dengan cahaya mata dan keluarga bahagia. 

Bersungut kerja dan nampak best je kalau jadi pegawai besar boleh suruh tu suruh ni.., tapi cuba fikir tanggungjawabnya. tinggi gajinya, tapi berat pula tanggungjawabnya.. letakkan kita disitu?? mampu pikul semua?


kita ni semua masing masing ada apa yang orang tu takde cuma kita je asyik nampak lebih orang lain, diri sendiri terabai pastu emosi merendah rendahkan diri sendiri.

Berhenti mengeluh.. Cuba ikhlaskan hati, ikhlaskan hati, ikhlaskan hati.......sentiasa jaga hubungan dengan Allah..... perbanyakkan bersyukur dan selalu beristighfar (mohon ampun dari Allah)........... takde apa yg susah melainkan kita sendiri yg menyusahkan fikiran kita.

(semua ni untuk ingatan diri sendiri yg kadang-kadang tergelincir dari rasa bersyukur)