Alhamdulillah.. Selesai sudah satu urusan yg mungkin dinantikan oleh mereka yg terlibat.. Selagi keputusan tak keluar, saya lak yg berdebar hebat.. ntah kenape.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana dipermudahkan segala urusan kami. Semoga Allah sentiasa bersama saya dalam setiap pekerjaan yg saya lakukan.
TAHNIAH kepada yang berjaya, dan jangan terlalu sedih kpd yang tidak berjaya. Untuk permulaan ni mungkin ada yang sedih.. mungkin ada yg gembira tak terkata.. mungkin juga ada yg terkejut tidak menjangka dan macam2 lagi.. Semoga semua dapat diterima dengan pasrah.
Apapun semua tu ketentuanNYA.. Saya pernah dengar satu petikan ceramah yg saya suka sangat2.. Bunyinya begini:
"Sekiranya Allah berkehendakkan untuk memberi rezeki dalam apa bentuk rupa sekali pun maka tiada mana2 tangan dapat menghalangnya.. Dan sekiranya Allah belum mahu memberi rezeki kepada seseorang maka juga tiada mana-mana tangan yang dapat menghulurkan rezeki itu"..
**sebagai peringatan buat diri saya juga yg selalu mengnharap rezeki melimpah ruah, sedangkan Allah dah bagi banyak nikmat lebih dari apa yg diminta.
No comments:
Post a Comment