Catatan ringkas seorang insan kerdil yang menghayati nikmat kehidupan indah yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Semoga hati sentiasa dekat padaNYA. Dan semoga selamanya indah.. Amiin.
Sunday, February 13, 2011
Sakit Mulut
Sepanjang siang ok je tak menunjukkan ciri2 nak kena sakit mulut pun, masuk je senja td sakit yg teramat.. Makin malam makin sakit.. Tiap kali nak telan air liur kelat je muka aku..
Nak bercakap sakit, nak makan minum sakit, nak telan air liur pun sakit, rasa ketat jer.. camne nak buat ni..
Bila pangkal lidah terkena lelangit/pangkal tekak sakitnye masyaAllah..
Orang kata kalau Tuhan uji sakit tu maknanya Allah nak hapuskan dosa..
Suami aku kata Ni mesti sebab banyak dosa mengumpat ni huuuuu yer la kot..
Friday, January 28, 2011
Musim Tenat..
skali skrg asyik dok tengok macam2 borang... huwaaaaa... banyaknyer.... Betul kata orang bila otak penat membuatkan badan kita pun jadi penat.. Bila mata penat mula la rasa nak pejamkan je mata ni selalu... Biar dia tenang & sejuk... Maknanya soh aku tido la tu.. :)
Hehee baru wat keje sikit dimusim tenat yg skali skala ni dah bersungut.. Tengok bos-bos yang kejap2 meeting, kejap2 wat paper, jap2 jawab surat la, itu la ini la.. mesti lg penat.. tu pasal aku dari dulu & skrg jadi apa yg aku jadi skrg ni jer... tu pasal tak jadik bos.. baru ni pun dah penat camner... :)
Friday, January 21, 2011
Berhenti Berharap
Kenapa ye tiba-tiba aku tulis tajuk berkaitan berhenti berharap.
Sebenarnya aku nak motivate diri aku sendiri berikutan beberapa siri kegagalan yang pernah dan sedang aku alami sekarang. Kadang2, ayat-ayat camni secara tak langsung dapat kurangkan sikit tekanan bila sedih atau susah hati.
Aku pernah jumpa pepatah yang sebut camni.. "not every dream will turn to be reality n sometimes reality is not come from our dream"... (copy dari internet).. kadang kala Allah tangguhkan kejayaan kita pada hari ini supaya kita boleh kecapi kejayaan yang lebih hebat pada masa akan datang. Siapa tau kegagalan kita hari ini akan menjadikan kita lebih berjaya pada masa akan datang..
Kadangkala sesekali Allah uji kita untuk bantu kita mengenali diri sendiri.
Setiap orang punya takdir sendiri. Ada yang ditakdirkan berjaya pada usia muda remaja lagi, dan ada yang kecapi kejayaan di usia agak lewat. Ada yang kecapi kejayaan secara ‘tuah’ tiba-tiba je jadi orang kaya (yang pasti ini kes satu dalam sejuta).
Dan kejayaan itu mempunyai maksud yang tersendiri bagi setiap insan..
Yang penting, Jangan pernah berhenti berharap.
Thursday, January 6, 2011
Tahun Baru
Salam Tahun Baru.. Alhamdulilllah pejam celik pejam celik sampai juga kita ke penghujung tahun.
Dan Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan olehNYA untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang entah sampai bila penghujungnya yg aku sendiri tak pasti...
Alhamdulllah tahun 2010 aku lalui dengan sempurna.. Tiada dugaan2 berat seperti tahun lepas.. Dan 2010 aku dikurniakan seorang lagi penyeri hidup.. Alhamdulillah keluarga aku terasa bertambah lengkap & berwarna warni kehidupan dengan dikurniakan sepasang anak.. Alhamdulillah..
Tahun baru slalu sinonim dengan azam baru..Takde ape azam yg perlu aku senaraikan untuk tahun ni.. memadai dengan azam untuk menutup semua buku hutang yang sedia ada & memperbaiki & melengkapkan diri untuk menjadi lebih sempurna dimata Allah dan dimata semua..
Masuk tahun baru ni, anak sulong aku baru masuk Tadika.. Tadika untuk 5 tahun.. sedangkan umur dia baru cecah 4 tahun 2 minggu lepas.. Aku yg over excited bila anak aku dah nak ke sekolah. Anak aku biasa2 jer.. Cuma dia berbangga sgt dapat pakaian & kelengkapan baru untuk sekolah. Harap dia dapat belajar dengan baik.
Rasa cam tak sabar lak nak tunggu dia habis tadika untuk masukkan ke sekolah rendah... heheee melampau tak.. sedangkan dia baru je seminggu dok kat tadika. lambat tul nak tunggu masa tu sampai.. Tetiba lak terasa rugi kawin lewat dulu.. kalau kawin awal kan anak2 dah besar heheee.. (patut ke pikir camni..)
Apapun semoga tahun baru & hari2 yg mendatang menjaminkan seribu kebahgiaan untuk kami sekeluarga.. Amiiin..
Thursday, December 9, 2010
Ujian Allah tidak diduga..
Selasa lepas masa cuti Awal Muharam, mak call mintak aku pergi lawat cucu kepada makcik aku kat Hospital Kuala Lumpur.
Cucu yg dimaksudkan berumur 10 tahun, lelaki.. Kat Unit Rawatan Rapi Institut Pediatrik HKL.
MasyaAllah terkejut giler aku tengok bila muka budak tu bengkak besar dan dah takde macam rupa asal dia..
Dengan keadaan telinga yg dah berbentuk lain dari asal, mata tertutup rapat, melecur yg kritikal keseluruhan muka dalam keadaan tak sedarkan diri...
Tak tahan aku tengok.. Sedihnya hati Allah saje yg tau.. Terdetik kat hati aku..
“Ya Allah kenapa Allah uji budak ni sebegitu sekali..Pada aku begitu berat dugaan tersebut untuk ditanggung oleh budak sebesar tu”
Air mata memang tak dapat di tahan.. Aku tengok mak & ayah budak tu (Abg Rus) tenang sekali sambil ceritakan balik camane perkara tu berlaku..
Kalau la perkara tu berlaku kat anak aku, tak tau kata apaa.. Mungkin air mata ni mengalir tanpa henti sepanjang hari..
Ayah dia kata kami dah kering air mata utk menangiskan keadaan yg berlaku.. Redho je la kalau dah ini Ujian dariNYA.. bagusnye.. tenang sungguh diorang..
Kisahnya budak ni nak bakar ikan, nyalakan api tapi tak hidup2.. Kawan dia yg ada kat situ suruh letak minyak bagi api cepat hidup.. Dia pun amik minyak yg aku tak pasti samada dia tau itu Minyak Petrol atau tak.. Masa dia dah curah minyak tu, kawan dia lak tolong nyalakan api, apa lagi bila minyak petrol dilagakan dengan api, menyambar la dan terkena muka budak tu..
Skrg budak tu beransur sedar.. Alhamdulillah.. Cuma matanya masih tak boleh buka.. Ramai yg bersyukur.. Aku turut bersyukur gak tapi terlintas kat hati aku bagaimana perasaan dia bila dia sedar nnti, dalam keadaan wajah yg dah berubah, sakit, sedih, mungkin mcm2 perasaan yg timbul dlm diri budak tu.. Ya Allah KAU tabahkanlah hatinya menghadapi hari2 mendatang.. (ntah knp terdetik di sudut hati ni mengharap supaya ia takkan sedar, supaya dia tak sedih meniti hari mendatang dalam situasi yg lain. Mohon jasa baik kawan2 tolong mendoakan semoga budak ni beroleh kekuatan dlm meneruskan kehidupannya.
Thursday, November 18, 2010
Kursus: Impiana Cherating


















Wednesday, September 22, 2010
Aidilfitri 2010, Terengganu











Selamat Rayer Semua.. Maaf Zahir Batin..
Hmm lama tul tak mencoret kat blog ni.. Kesiaan bersawang..
Sempena masih dalam bulan rayer ni nak syer la suasana rayer tahun ni..
Tahun ni buat kali ke-3 nya aku berayer kat Kuala Berang ,Terengganu.. Kampung asben.. Kalau raya kat sana agak meriah ckit berbanding beraye kat kg aku sebab fmly aku ciput je.. 3 beradik.. Dan kanak2nye cuma anak aku jer... Agak sepi.. Fmly tganu besar.. Asben aku anak ke 9 dari 10 beradik.. Bayangkanla kalau semua balik.. Rasa cam wat kenduri pun ade.. Aku wat kenduri aritu pun tak ramai cam balik kg tganu.. heheee...
Ni gbr2 masa kat terengganu.. Anak aku la org yg paling gumbira kat sana.. Ye la sepupu sepapat ramai kalau kat rumah si haziq tu jd kera sumbang jer.. Aku n asben kejenye asyik makan jer.. Alhamdulillah
Raya ke 4 baru balik PJ semula.. Raye ke-5 balik ipoh lak.. Alhamdulillah perjalanan kami sepanjang balik terengganu n Ipoh lancar dan selamat..
Wednesday, July 28, 2010
Wednesday, June 30, 2010
Habis Pantang
Boleh la gi makan KFC ke Pizza ker.. Nasi paprik ker.. Hmm rindunyer nk makan sume tu..
Tapi laki aku belikan roti canai jer huhuuu..
Kami belum sempat keluar jalan2 dalam erti kata sebenar.. (Tapi masa dah 35 hari lebih dlm pantang pun aku dah bedal mcm2 gak.. hee. tu pun mknn yg tidak memudaratkan laa...)
Kelmarin kami keluar gi cari nursery utk syirah.. alhamdulillah ade gak nursery yg nak terima anak aku.. Dekat lak ngn umah..
Nak hantar kat Maktab Kerjasama tempat abang dia dah full lak... Ramai sgt new born... Ramai lak yg beranak saing2 aku.... Terpaksa la mengalah sebab aku bukan kakitangan maktab...
Hmm lambatnye Ahad utk aku kuar jalan2 cari makan..
Thursday, June 17, 2010
Cukur Rambut
selepas..

