Saturday, January 3, 2015

Jalan-jalan Melaka


Minggu akhir cuti semester yang lepas.. kami jalan-jalan ke Melaka bersama anak-anak. Nak ke Korea tak mampu.. Nak ke London lagi laaa... heheee... 

Jadi laa...

Sebenarnya plan utama amik cuti adalah untuk balik kampung Terengganu... Sambil balik kampung cadang  nak bawak anak-anak jalan-jalan kat sana.. 

Tapi memandangkan musim banjir yang agak teruk di pantai timur, kami tak berani ambil risiko untuk balik kampung.. Terpaksa tangguhkan dulu.. 

Fikir punya fikir, akhirnya kami plan untuk ke Melaka.. 

Setelah sekian lamanya tak jejak kaki ke sana. Last kami ke melaka pada 2007.. Alhamdulillah syukur anak tak banyak ragam.. Diorang la yg paling happy.. Almaklum la.. ibu ayah dia cuma bawak jalan-jalan setiap hujung tahun je.. hehee.. 
Walaupun dalam kepala dah ada tempat2 lain yang teringin nak pergi tapi kita simpan dulu.
Merata hotel kami pergi.. semua penuh.. First gi Mahkota Hotel.. Full.. Holiday Inn.. Full gak.. Seri Costa.. penuh gak... Adoii... Akhirnya kami stay dekat Hotel Seri Pelangi betul-betul dekat bandar hilir. Hotel bajet..  Hotel melayu.. Dekat sangat2 dengan bandar hilir tu, saja support melayu sikit walaupun tak berapa best tapi not bad la janji boleh tidur. Senang nak jalan-jalan dekat bandar hilir nanti. Parking kereta dekat hotel then jalan kaki je pergi semua tempat. Semua tempat memang berdekatan senang nak jalan-jalan. 

 Cuma sian anak-anak,  tak dapat mandi kolam renang.. Salah ibu jugak.. tak book hotel awal-awal..  Memandangkan tak dapat check in di hotel yg ada kolam renang, dengan rasa agak terpaksa (sebab jauh) kami bawak anak-anak gi A Famosa Water World.. Kalau nak tau, pergi mandi manda ke A FAmosa ni langsung tak tersenarai dalam plan asal..  Memandangkan anak-anak dah muncung tak dapat mandi manda  akhirnya terpaksa gagahkan juga nak bagi diorg puas..  Dah namanya pun jalan-jalan untuk bagi anak-anak happy..
 Kalau setakat jalan-kalan pusing bandar hilir cuma mak ngan pak je yg happy..













Balik je dari Melaka anak-anak siap cakap.. ayah nanti bila-bila kita gi legoland pulak ek.. Pergh..
 

Tuesday, December 16, 2014

Knp burung boleh terbang ibu?? kenapa kita tak boleh?


Dalam perjalanan membesarkan anak-anak yang mula mengenal dunia, erti hidup dan segala perkara yang dilihat kadang2 memerlukan kita menghadapi berbagai soalan yang kadang2 tak terjangkau dek akal untuk menjawabnya..

tapi kadang-kadang seronok juga  bila soalan yang diajukan dapat dijawab tanpa soalan balik oleh anak-anak... terbit la dalam hati "yes..ibu berjaya jawab hehee.."

Semalam dalam perjalanan balik ke rumah anak bongsu saya tanya "ibu kenapa burung tu ada ekor (mungkin dia maksudkan sayap) dan boleh terbang.." 
erkk... fikir camne nak jawab memandangkan ibu dia ni pun bukan pandai sangat.. Jawapan ibu "burung tu kan haiwan.. ada kepak.. kecil.. so tu sebab dia boleh terbang...

Tapi ibu... kenapa orang tak boleh terbang macam burung tu.. kenapa orang tak de ekor (mungkin dia maksudkan sayap).. Adooii... tubek lak soalan baru menunjukkan muka dia tak lega lagi..   So cuma mampu jawab camni.. 

Orang kan besar.. berat.. takde bulu.. tu pasal takleh terbang.. orang berjalann.. dia tanya lagi.. tapii kenapa orang takde bulu cam burung tu... Huhuuuuuuu....

Sudahnya saya cakap camni...  "Cuba adik bayangkan ayah yang terbang macam burung tu..haa tetiba ada ayah kat langit tu terbang.. camne..kan ke pelik.. besarr lak tu.. ??"

Hahahaaaaa..... Dia ketawa besar tak berhenti2... Hahaaaa Yesss.... akhirnya takde soalan sambungan lagi... 

Tuesday, December 9, 2014

Alkisah Berkhatan

Sememangnya kitorang dah merancang untuk mengkhatankan Haziq memandangkan dia sendiri yang minta untuk dikhatankan.. 
Dengan perbualan dengan rakan-rakan ada yang mengatakan kaedah laser lebih baik dan cepat sembuh.. Wallahua'lam..

Memandangkan ini kali kedua percubaan untuk mengkhatankan dia (kali pertama dulu cadang untuk buat kaedah clamp) buat di Pusrawi, PJ. Tapi tak jadi sebab dia takut sangat.. 

Kali ni saya cuba pulak di Klinik Medical Nadi Iman di Seksyen 27 Shah Alam.. Alhamdulillah.. berjaya akhirnya dengan buat kaedah laser..  Alaahai anak ibu.. jerit2 pun akhirnya sunat gak :)



Klinik Medical Nadi Iman, Shah Alam.

Berdebar gak..

tapi wat-wat relax... Sementara tunggu doktor.

Proses berkhatan sedang berlangsung.. Ibu yg berdebar.

Yeaa.. dah selesai.. Alhamdulillah..

Tunggu ubat..

:)

Harapnya cepat la sembuh..

Tuesday, December 2, 2014

Majlis Perhimpunan Ukhwah Keluarga..


Ahad lepas sempat pergi ke Majlis Perhimpunan Ukhwah Keluarga Arwah Moyang.. 
Maknanya susun galur generasi selepasnya semua hadir.. 
Diadakan di Kampung Changkat Jong, Teluk Intan, Perak.. Dataran Rumah Mak NGah.. dan di tepi sungai!  (Sungai Bidor)..  Yesss.. alhamdulillah.. dapat meingatkan semula memori zaman kecil2 satu masa dulu.. Mandi Sungai.. :) Nak bagi anak-anak merasa mandi sungai tapi air tengah dalam.. Maklum la baru je banjir besar kat situ..

Pengisian majlis diadakan Sesi Tazkirah oleh Ustaz dari pejabat Agama Islam Perak. (saya tak ingat nama dia).. Majlis Tahlil..  Makan-makan.. Kuiz keagamaan dalam suasana santai.. & Cabutan Bertuah.. 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan cuaca pun agak baik..  


















Monday, November 24, 2014

Hari Kecemerlangan Sekolah Hujung Tahun.


Cerita hujung tahun..Macam biasa la.. hujung-hujung tahun akan ada Hari Kecemerlangan dan Persembahan di sekolah anak-anak..
Alhamdulillah.. Pada 20hb Nov.. kami sempat pergi ke Sekolah Agama Rakyat Ibnu Sina, Di Kg Melayu PJ.. iaitu sekolah agama Haziq.. Alhamdulillah.. Haziq dapat sedikit cenderahati dari sekolahnya..

Manakala 23 Nov 2014 kami ke Auditorium Dewan Civik MBPJ untuk Majlis Kecemerlangan dan Konvokesyen Tadika Sri Ananda, PJ. . Insyirah masuk persembahan dan dapat sedikit cenderahati dari pihak sekolah dia.. Alhamdulillah.. Abang juga masuk persembahan sebagai ex pelajar Tadika Sri Anakanda.


Moga ia dapat dijadikan pendorong di masa akan datang untuk belajar dengan lebih cemerlang..











Monday, November 17, 2014

Terima kasih Mak & Abah..




Inilah wajah melahirkan dan mengazankan saya di saat saya lahir ke dunia.

Wajah kurus inilah yang suatu ketika dulu sangat risau dan merawat saya sekiranya saya sakit.


Wajah inilah juga yang suatu saat dulu memujuk  saya semasa saya bingung mengatur arah hidup.


Mereka inilah juga yang telah banyak berjasa mendidik ilmu Al Quran buat saya dan adik-adik.


Mereka juga lah yang yang tak jemu2 memohon pada Allah mendoakan kami  sehingga kini. 


Dan wajah inilah juga yang sentiasa ikhlas membantu saya dan adik-adik tatkala kami kesusahan.. AllahuAkbar.. 


Duhai Allah yang Maha Lembut, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...  berlembutlah, kasihanilah dan rahmatilah mereka. 


Tiada daya upaya kami untuk melawan takdirMu. Namun Ya Allah, izinkanlah mereka ini terus mendoakan kami selama mungkin.



Berilah ruang & peluang buat kami untuk berbakti pada mereka sementara mereka masih ada. 
Jadikan kami penyejuk hati buat mereka. 

Aameen Ya Rabbal alamiin!

Thursday, November 13, 2014

My Family

Dah lama rasanya biarkan ia bersawang..

Sekadar meninggalkan sedikit kenangan gambar family.. Kami selain raya jarang2 dapat bergambar bersama. Gambar ni masa hantar mak ngan abah serta adik tengah untuk berangkat menunaikan umrah tahun lepas.. Baru jumpa balik gambar ni..


Memantu dalam keluarga..

Kami.. anak2 mak :)

Wednesday, October 1, 2014

Sahabat (MKI)


Cerita ini saya copy (share) dari Blog Prof Kamil Ibrahim.. Agak tersentuh dengan ceritanya.. Moga boleh diambil pengajaran daripadanya..

Sahabat

Saya ralit mendengar anak bongsu berusia 11 tahun – Farah Sofea – bercerita.
Sofea dianugerahkan pelajar paling berakhlak untuk bulan September. Cikgu bagi sijil.
 Kawan Sofea yang paling rapat bertanya cikgu, “kenapa Farah yang dapat? Apakah kerana dia memakai Abaya? Adakah ia kerana Farah orang Malaysia?
Ayah … bolehkah kita buat begitu? Tuhan marah tak?
Hampir kesemua guru di sekolah mereka – Baseerah International School – berbangsa Arab. Malah hampir kesemua pelajarnya berbangsa sama. Memang pun ia bersesuaian dengan asal niat pernubuhan sekolah ini untuk memberi kemudahan masyarakat Arab yang mula memenuhi sekitar Lembah Kelang. Sofea terus bercerita,
Kenapa kamu bertanya begitu? Bayangkan bagaimana jika kamu yang mendapat anugerah ini dan Farah bertanya soalan yang sama. Apa perasaan kamu?
Itulah perasaan dalaman seorang kanak-kanak berusia 11-12 tahun apabila dikaitkan dengan sedikit anugerah diterima oleh sahabat sendiri. Akhirnya beliau menyedari bagaimana pertanyaan tersebut melukakan hati sahabat sendiri. Apatah lagi ia sahabat yang sedikit.
Bila cikgu tiada dia menyatakan kepada Sofea …. saya sengaja bertanya semata-mata  untuk menghabiskan masa cikgu supaya dia tidak mengajar kita matematik.
Saya suka awak dapat.
Saya senyum dan ketawa. Pastinya ingatan bersama-sama rakan sejawat universiti melintas laju. Logiknya begitu. Saya terbayang ketika membaca surat layang yang dihantar kepada Perdana Menteri, Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor apabila telah dianugerahkan jawatan professor di kala berusia 39 tahun. Kisah yang ditonjolkan dalam konteks berbeza menunjukkan datangnya dari sahabat sendiri.
Malah minda saya terbayang membaca surat layang yang dihantar kepada Menteri Pengajian Tinggi di atas kegiatan saya menyampaikan ceramah di masjid dan surau ketika menjawat jawatan Pengarah UiTM Johor. Ia reality yang dispin dengan baik sekali.
Malah pelancaran buku menggunakan bajet sendiri juga tidak terkecuali mendapat bantahan orang-orang tertentu yang tidak dapat mengawal rasa hati dalaman mereka. Laporan kepada BPR (nama pada ketika itu) telah dilakukan dengan niat menyusahkan.
Tentu sekali ia saat paling baik untuk mengajar anak sendiri. Saya nyatakan kepada Sofea,
Ayah percaya Sofea tidak pernah meminta anugerah ini. Ayah yakin Sofea tidak tahu pun yang akan ada anugerah ini. Tahniahlah …
Jika kawan Sofea yang dapat … tidak usahlah kita berkecil hati atau berasa kita lebih layak. Sebenarnya Allah SWT yang memberi anugerah tersebut.
Jika kawan yang dapat …. ucapkan tahniah dan doakan agar mereka lebih berjaya lagi.
Jika kawan kita tidak puas hati dengan kita … doakan supaya Allah melembutkan hatinya untuk tidak berasa begitu.
Berkawanlah …. tidak mengapa …. Allah SWT yang akan jaga Sofea.
Begitulah kehidupan. Ia kelihatan sangat pelik dan tidak masuk akal untuk melihat sahabat paling hampir berasa cemburu dan iri hati. Agak saya … itulah ujian kehidupan paling utama bagi mereka yang sudah berada di dalam lingkungan tua dan beruban.

Dengki, khianat, fitnah dan berburuk sangka menjadi eleman utama yang memisahkan manusia beriman dan bertakwa berbanding dengan manusia pendusta. Membersihkan hati hanya boleh berlaku jika hampir denganNya.

Didiklah anak-anak dengan solat dan mengaitkan seluruh kehidupan dengan wujudnya Dia yang sentiasa memerhatikan tingkah laku kita.
InsyaAllah … mereka akan mengasihi sahabat hampir dengan cara yang adil dan saksama.

Wednesday, September 3, 2014

Merdeka 57..

 



Kali pertama dalam hidup saya pergi meraikan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka..
Bila anak-anak dah besar, timbul lak rasa nak bawak diorang pergi tengok acara sambutan kemerdekaan.. Pukul 7 dah keluar rumah, ingatkan dah awal rupanya dah penuh sesak.. 

Alhamdulillah anak dara saya suka sangat.. tapi si bujang nampaknya suka gak, cuma tengok dia cam agak kurang selesa dengan tempat yang bearasak-asak dan serabut camtu..








Ni je setakat yg saya berjaya ambik gambar.. Sesak sangat dengan orang ramai buat hilang keinginan ambil gambar.. :)

Friday, August 29, 2014

Menyambut Musibah..

Assalamualaikum..
Sekadar berkongsi sedikit kata-kata yang saya pinjam dari blog seseorang..
kadang kala banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan tidak seperti yang kita inginkan.. Kita selalu pandang apa yang kita inginkan dari sudut yang baik dari pandangan mata dan hati  kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap apapun yang ditentukan kepada hambanya.. 

Musibah selalu datang dan pergi, menghiasi hari-hari dalam kehidupan manusia. Sekiranya kita memandang, menghadapi dan menerimanya dari sudut positif.. maka kebaikan lah yang kita akan perolehi... namun jika kita lebih memandang dan menerima ia sebagai satu beban dan kesakitan yang teramat.. maka itulah juga yang kita akan perolehi... 

Namun perlu diingat, Allah mengetahui setiap apa yang ditentukan kepada setiap hambaNYA.. 

Mungkin ada ganjaran yang lebih baik yang ingin diberi kepada hambaNYA.. atau mungkin juga itu cara DIA untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang sebelum ini mungkin banyak lalai kepada sang pencipta.

Jalan yang terbaik adalah: 

Muhasabah diri mengapa musibah itu berlaku.. Adakah ia ujian untuk meningkat keimanan kita.. Atau musibah tersebut merupakan teguran atas kekeliruan kita dalam mengelola serta memanfaatkan sumber-sumber yang diamanahkan kepada kita, serta atas kesalahan dan dosa-dosa yang kita lakukan kepada Allah SWT? Muhasabah ini sangat penting agar kita sedar titik kesalahan dan kekeliruan kita. Sehingga kita dapat bertindak lebih baik di masa-masa mendatang. 

Menerima dengan redho... Jikapun kita tidak redha dengan apa yang terjadi, hal itu tidak akan boleh mengubah apa yang telah berlalu. Dengan keredhoan hati akan lebih tenang..

Bersabar... Musibah itu selalunya pahit dan tidak menyenangkan. Tetapi orang yang sabar akan berusaha menahan perasaan pahit itu dengan sabar dan tabah hati. Ia menahan diri untuk tidak mengeluh, bersedih atau meratapinya. Hal ini akan membuahkan kecintaan kepada Allah SWT, di mana Dia kemudian akan menggantinya dengan pertolongan serta ganjaran Surga.

Bertaubat jika Bersalah.. Adakalanya musibah itu diberikan oleh Allah SWT untuk mengingatkan kita atas kesalahan dan kekeliruan yang kita lakukan. Maksudnya adalah agar kita segera sedar dan kembali ke jalan yang benar.

Besyukur... Seorang mukmin yang memiliki kualiti iman yang tinggi bukan saja menerima musibah yang datang dengan sabar serta redha, bahkan dia dapat bersyukur. Dia patut tahu bahawa sesungguhnya musibah yang ditimpakan kepadanya sesungguhnya masih belum seberapa jika dibandingkan dengan yang diterima orang lain. Ini akan menjadikan ia terus bersyukur, karana merasa Allah SWT masih sayang kepadanya. Ia yakin masih ada nikmat iman dan Islam yang lebih berharga dari dunia dan seluruh isinya.
 


Mendekatkan diri kepada Allah.. Kemuncak dari semua ikhtiar yang kita lakukan untuk menghindari dan menerima musibah itu dengan sebaik-baiknya adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kita sedar bahawa Dia sangat menyayangi kita. Sebesar mana kesalahan yang kita lakukan, Allah todak pernah menarik segala keperluan kita. Maka apa pun yang diberikan kita tidak patut menolak-Nya. 


Dan kita akan tetap setia untuk mencintai-Nya, mentaati perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. 


Moga penulisan ini mendatangkan kebaikan buat kita semua.