Thursday, November 9, 2017

Resepi Kuah Kacang

Puas cari buku resepi yang terlalu banyak berbakti pada saya..
Buku resepi tu tersimpan semua resepi makanan yang saya pernah buat.
Saya akan salin resepi yang saya pernah buat dan saya suka. Menyalin semula dengan tujuan untuk rujukan semula sekiranya lupa dan mungkin boleh dijadikan rujukan anak-anak nanti bila saya tiada... 
Disebabkan cari buku tu tak jumpa-juma, maka nya saya simpan dekat sini resepi yang ada ni dulu..

Kalau lupa at least ada simpan di sini.. Mungkin juga boleh jadi rujukan sesiapa yang memerlukan.. 
Resepi ni saya ambil dari sepupu yg tinggal di Labu, N9



Kuah Kacang (Tambah Daging)


Bahan-bahan:
  • Kacang tanah, digoreng tanpa minyak n buang kulit (Blend sikit)
  • daging dipotong kecil
  • minyak utk menumis
  • air asam jawa
  • gula merah
  • gula pasir
  • garam 
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air-anggaran
Bahan Dikisar:
  • batang serai
  • inci lengkuas
  • biji bawang merah
  • ulas bawang putih
  • inci halia
  • cili kering kisar
  • udang kering
Cara-cara:
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan airnya.
  2. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
  3. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air & santan. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
  6. Kemudian masukkan daging yg di rebus tadi.
  7. Biar terus mendidih kacau sekali-sekala sehingga daging empuk dan sebati. Jangan risau sekiranya kuah nampak cair sebab lama-lama ia akan pekat.
  8. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu.
 


No comments: