Tuesday, August 1, 2017

Hijrah MQA form Petaling Jaya ke Teknokrat 7, Cyberjaya.


22 Mei 2017, bermula satu episod baru buat saya dan rakan-rakan yang terlibat sepanjang bekerja di MQA yang dahulu dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara.

Perjalanan saya di MQA.
16 April 2001, saya memulakan sumber rezeki saya di Lembaga Akreditasi Negara (LAN), Petaling Jaya.
November 2007, nama LAN ditukar kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dan masih menetap di Menara PKNS-PJ.

Sehinggalah tarikh 22 Mei 2017, setelah 16 tahun saya di Petaling Jaya, sampai masanya diarahkan berpindah ke Bangunan baru MQA yang diberi nama Mercu MQA di Jalan Teknokrat 7, Cyberjaya. Sebahagian pegawai perlu pndah dalam masa terdekat.


Satu suasana baru buat saya di sini.. Perpindahan adalah satu permulaan penghidupan baru buat saya dan keluarga. Banyak perubahan yang perlu dihadapi.. Namun perlu dilalui dengan redha.. sama ada suka atau pun tidak. Happy atau tidak, kita yang tentukannya... Pada saya ia satu ketentuan dariNYA setelah DIA mengizinkan ia berlaku.... Saya bersyukur kerana dapat berpindah di Cyberjaya berbanding ENSTEK yang jauh lebih susah untuk saya laluinya.


Seminggu sebelum pindah saya telah uruskan pertukaran yang sepatutnya anak-anak saya lalui seperti urusan pengangkutan sekolah ke transit.  ini mudah supaya saya dapat lihat sendiri perubahan & baiki masalah yg wujud akibat daripada perubahan yang berlaku. Alhamdulillah anak-anak nampak selesa dengan perubahan.


Cuma satu perkara yg buat saya sedih, saya rasa hilang nikmat saya selama ni untuk hantar  dan jemput anak2 pulang dari sekolah.. Saya tak dapat lagi rasa  suasana anak2 bercerita macam2 sepanjang persekolahan mereka utk hari tersebut.. saya rindu untuk bercerita dan bersembang dan bergelak ketawa dengan anak-anak dalam kereta sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari sekolah. Saya tak dapat dengar diorg bergaduh2 manja dalam kereta.. Saya tak dapat cium bau peluh masam mereka bila pulang dari sekolah..

Saya tak dapat  lagi menasihati apa-apa yg patut kepada anak-anak bila mereka dalam kereta dimana mereka tak boleh cari alasan untuk tidak mendengar.. Nikmat yg tak terhingga bila dapat lihat anak-anak pergi dan pulang sekolah membesar depan mata setiap hari... Semua itu nikmatyang mungkin tak dapat lagi saya lalui.. Semua telah diambil alih oleh suami.. 
Berkenaan kemudahan, tiada  lagi dapat rasa kedai2 makan yg cuma dalam satu bangunan, bila lapar cuma perlu turun lif beli ape saje.. 
Tiada lagi kemudahan bank-bank, pejabat pos, serta macam2 kemudahan yag berdekatan.. yg selama ini sangat mudah utk dapatkan apa saja yg cuma seberang jalan.. Apapun alhamdulillah semuanya baik-baik... Segalanya telah dirancang indah olehNYA.. 

Kadang-kadang kita tak perasaan akan besarnya nikmat yg Allah beri selama ini, sehingga satu saat kita hilang segala nikmat tu dari hidup kita.

Hari pertama di Mercu MQA, Cyberjaya.. sehingga masuk bulan kedua, Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik sangat mudah dan lancar.. Tidak sesak seperti yang dibayangkan sebelum ni.. Dari rumah saya keluar melalui jalan KESAS dan exit ke LDP Puchong.. Tol hanya RM2.10 untuk sehala..

Daripada tiada kemudahan jual makanan, kini pada minggu akhir Julai 2017 telah ada orang berniaga untuk makan tengah hari.. Internet pun daripada slow yg terlampau kini makin pulih lebih baik dari biasa, masih belum begitu speed, tapi ada penambahbaikan.. Terima kasih kepada warga Bahagian Teknologi Maklumat & Bahagian Pentadbiran kerana bersusah payah untuk melengkapi kemudahan buat kami... Walaupun itu dah sememangnya tugas hakiki kalian, namun kami amat menghargainya.. Sumbangan titik peluh kalian memberi manfaat yang tidak terhingga buat kami.. Semoga kalian diberkati Allah hendaknya.

No comments: