Friday, November 4, 2016

Tawaran Darjah 1 di SIMDE

Alhamdulillah..
Pukul 2.30 petang tadi dapat panggilan dari Sek Rendah Islam (Integrasi) Masjid Darul Ehsan (SIMDE)..  Mohon ibu bapa datang pada hari Sabtu 5/11/2016 untuk penyerahan surat tawaran dan sesi suai kenal antara ibu bapa dengan pihak pengurusan SIMDE.

Malangnya kami tak dapat hadir disebabkan sekolah Haziq ada Acara Sukan Sekolah, manakala adik pula ada Latihan Penuh Majlis Kecemerlangan Tadika. Pun kami terpaksa berpecah untuk urusan anak-anak sebab tempat yang berlainan..

Pihak SIMDE mohon ambil surat tawaran di sekolah dalam tempoh yang diberikan.

Cuma saya masih belum pasti untuk buat keputusan bila memikirkan bagaimana urusan untuk ambil anak sekolah nanti memandangkan abang dan adik berlainan tempat. Abang (Haziq) bersekolah di Sek Keb Sri Petaling Sek.14 PJ, manakala adik pula akan bersekolah di Subang Jaya..
Sesi persekolahan abang hingga 5.30 petang, manakala adik cuma 1 sesi persekolahan iaitu 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Ayah boleh keluar ofis jam 5.45 - 6 ptg dari Shah Alam. Ibu pulak keluar ofis sekitar 5.00 - 5.30 ptg berkemungkinan besar dari Cyberjaya.. Di mana laa nak transitkan adik masa dia balik pukul 4 petang tu..  

Moga dipermudahkan segala urusan kami nanti.. 


No comments: