Catatan ringkas seorang insan kerdil yang menghayati nikmat kehidupan indah yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Semoga hati sentiasa dekat padaNYA. Dan semoga selamanya indah.. Amiin.
Monday, November 24, 2014
Hari Kecemerlangan Sekolah Hujung Tahun.
Cerita hujung tahun..Macam biasa la.. hujung-hujung tahun akan ada Hari Kecemerlangan dan Persembahan di sekolah anak-anak..
Alhamdulillah.. Pada 20hb Nov.. kami sempat pergi ke Sekolah Agama Rakyat Ibnu Sina, Di Kg Melayu PJ.. iaitu sekolah agama Haziq.. Alhamdulillah.. Haziq dapat sedikit cenderahati dari sekolahnya..
Manakala 23 Nov 2014 kami ke Auditorium Dewan Civik MBPJ untuk Majlis Kecemerlangan dan Konvokesyen Tadika Sri Ananda, PJ. . Insyirah masuk persembahan dan dapat sedikit cenderahati dari pihak sekolah dia.. Alhamdulillah.. Abang juga masuk persembahan sebagai ex pelajar Tadika Sri Anakanda.
Moga ia dapat dijadikan pendorong di masa akan datang untuk belajar dengan lebih cemerlang..
Monday, November 17, 2014
Terima kasih Mak & Abah..
Inilah wajah melahirkan dan mengazankan saya di saat saya lahir ke
dunia.
Wajah kurus inilah yang suatu ketika dulu sangat risau dan merawat saya sekiranya
saya sakit.
Wajah inilah juga yang suatu saat dulu memujuk saya semasa saya bingung mengatur arah hidup.
Mereka inilah juga yang telah banyak berjasa mendidik ilmu Al Quran buat
saya dan adik-adik.
Mereka juga lah yang yang tak jemu2 memohon pada Allah mendoakan kami sehingga kini.
Dan wajah inilah juga yang sentiasa ikhlas membantu saya dan adik-adik
tatkala kami kesusahan.. AllahuAkbar..
Duhai Allah yang Maha Lembut, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... berlembutlah, kasihanilah dan rahmatilah mereka.
Tiada daya upaya kami untuk melawan takdirMu. Namun Ya Allah, izinkanlah
mereka ini terus mendoakan kami selama
mungkin.
Berilah ruang & peluang buat kami untuk berbakti pada mereka sementara mereka
masih ada.
Jadikan kami penyejuk hati buat mereka.
Aameen Ya Rabbal alamiin!
Thursday, November 13, 2014
My Family
Dah lama rasanya biarkan ia bersawang..
Sekadar meninggalkan sedikit kenangan gambar family.. Kami selain raya jarang2 dapat bergambar bersama. Gambar ni masa hantar mak ngan abah serta adik tengah untuk berangkat menunaikan umrah tahun lepas.. Baru jumpa balik gambar ni..
Sekadar meninggalkan sedikit kenangan gambar family.. Kami selain raya jarang2 dapat bergambar bersama. Gambar ni masa hantar mak ngan abah serta adik tengah untuk berangkat menunaikan umrah tahun lepas.. Baru jumpa balik gambar ni..
Memantu dalam keluarga.. |
Kami.. anak2 mak :) |
Subscribe to:
Posts (Atom)