Catatan ringkas seorang insan kerdil yang menghayati nikmat kehidupan indah yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Semoga hati sentiasa dekat padaNYA. Dan semoga selamanya indah.. Amiin.
Monday, December 16, 2013
Sunday, December 15, 2013
Jalan2 @i-city (Trick Art Museum)
14 Dec hari tu sempat gak la bawa ank2 ke @i-city shah alam..
Memula g ke Trick Muzium dulu.. Ni serba sedikit gambar di Trick Museum..
Memula g ke Trick Muzium dulu.. Ni serba sedikit gambar di Trick Museum..
Saturday, December 14, 2013
Tak tau jalan ke mana.
Cuti sekolah ni belum bawa anak berjalan ke mana-mana lagi. Kesian diorang.. Asyik kena gi daycare..daycare..hari-hari.. Nak wat camne, ayah tak leh cuti hari2 biasa untuk kita gi jalan jauh.. Harapkan weekend je..
Takpe la nanti kita gi cari tempat2 menarik kat sini-sini je. InsyaAllah..
Kita gi Trick Art Muzium je la.. & kawasan sekitarnya.
Sunday, December 1, 2013
Jaga kata-kata
Menerusi
wasiat Imam Syafii itu, kita dapat menyimpulkan bahawa hanya
perkataan-perkataan baik sahaja yang perlu diucapkan oleh seseorang
Muslim. Manakala jika ia syak, hendaklah ia menahan perkataanya itu
sehingga syak dan ragu-ragunya (bahawa perkataan itu akan mengundang
keburukan) itu hilang. Apatah lagi perkataan yang ia pasti membawa
keburukan maka ia tidak langsung diamalkan.
Oleh
itu, berfikirlah sebelum kita mengeluarkan kata. Sesungguhnya pada
tiap-tiap perkataan itu ada dosa atau pahala yang pasti dicatatkan oleh
malaikat pencatat yang tidak pernah lupa atau alpa pada tugas-tugasnya.
Ingatan untuk diri sendiri yang selalu tergelincir dari berkata yang baik-baik.
Ingatan untuk diri sendiri yang selalu tergelincir dari berkata yang baik-baik.
Sunday, November 3, 2013
Program Jalinan Mesra Ke Kuching Sarawak.
Alhamdulillah... Setelah sekian lama tak berekesempatan mengupdate blog.. hari ni ada sedikit masa untuk update serba sedikit perkembangan yang berlaku di persekitaran saya.
31 Oktober 2013 - 2 November 2013, saya terlibat untuk Program Jalinan Mesra MQA ke Kuching Sarawak bersama 24 rakan lain.. Sempat la kami melawat dan menjalankan sedikit aktiviti amal di sana..
Gambar.. nanti2 saya upload, tu pun guna ehsan gambar dari Pn khamsatun & kak farhana.. TQ kak ana & Kham..
Wednesday, August 14, 2013
Lebaran 2013 di Ipoh
Lebaran 2013 |
Ni la kami 3 beradik.. semua gegirl |
Suami & adik2 ipar |
Bersama mak abah. |
Saturday, June 22, 2013
Berat Mata Memandang..
Harap tak salah saya isikan sedikit ruang di blog ni untuk satu citer ni.
Dah berbulan hati saya terpanggil2 untuk mendekati dan mengenali sorang wanita ni. Setiap hari dari awal pagi dia akan menolak troli pasaraya sepanjang sekitar tmn medan dan dato haron. Yang saya perasan, dia kerap bawa sorang anak lelaki dlm sekitar 5-6 tahun.
Saya pernah bertanyakan beberapa rakan yg saya rasakan duduk setempat dgn dia, masing2 menyatakan mmg dia tinggal di blok yg sama tapitak mengenalinya. Pernah juga saya ceritakan rasa simpati saya pada wanita tu, dgn rakan yg tggl di perumahan yg sama, rakan tu jawab "susah ke, tapi camne dia bole sewa rumah kat situ". Jadi saya tidak menyambung lg, mungkin sudut pandangan org berbeza.. pada pa pandangan saya pula berbeza.
Sambil ibu tu kutip kotak atau kertas sepanjang jalan utk diisi dalam troli dia utk dijual, anaknye akan main2 dan kdg2 sesekali tidur dlm troli tu. Masa pertama kali saya lihat situasi tu, hati terasa sayu, dan tpanggil2 utk mengenali dia, di samping membantu setakat termampu.
Dan akhirnya, petang jumaat (semalam), setelah beberapa bulan saya mencari peluang, kami terserempak dgn perempuan tu. Anaknya sedang tidur dlm troli yg penuh dgn kertas2 dan kotak yg kotor dikutip tepi2 jalan.. Entah knp tetiba suami saya berhentikan motor dan kata "tu kakak tu, sayang kan teringin nak jumpa dia".. Spontan saya turun dan mendekati dia. Sambil2 saya btanyakankan latarbelakang kakak tu.
Dia menyambut tangan saya dgn senang dan senyuman. walau pun cuma dakam tempoh yg terlalu singkat, saya dapat mengenalinya serba sedikit. Dia menjawab dgn senang stiap apa soalan saya. Tempat tinggalnya, suaminya, anak2nya. Suaminya telah meninggal, dan rumah yg didudukinya adalah peninggalan suaminya. Saya pulak yg rasa lega bila tau yg dia tak perlu byr sewa rumah tsebut. Tngiang2 kata rakan saya "kalau susah tak kan boleh sewa rumah kat situ" so, tjawab satu soalan.
Saya lega.. Namun ada rasa terkilan tak membantu banyak, saya pun bukan golongan berada.
Semoga ada lagi tangan2 yg di luar sana yg sudi membantu wanita tersebut. Saya tanya suami saya, agk2 ada tak sumber kewangan lain yg kakak tu terima selain dari jual kotak tu, suami saya kata, kalau ada pun cukup ke dgn nak sara 3 anak, kita yg keje suami isteri pun tak sesenang mana.
Ye la, berat mana mata memandang, berat lg dia memikul, semoga Allah limpahkan rezeki dan rahmat buat dia dan anak2nya. Amiin.

Friday, May 17, 2013
Bangunlah kerana Allah.
sekadar coretan, kadang2 peristiwa2 yang berlaku di sekekiling banyak beri pengajaran yang amat bermakna untuk kita. mungkin untuk beritahu kita supaya lebih banyak bersyukur dengan nikmat2 yg Allah dah beri.
semoga saya tidak diuji dengan ujian yang tak mampu untuk saya lalui. dan semoga kita sentiasa tabah dan kuat melalui liku2 hidup yang tak pasti bagaimana penghujungnya. insyaAllah setiap kesusahan ada kesenangan di penghujungnya. Janji Allah pasti.

birthday zeti insyirah
Semalam 16 Mei 2013.. Hari Guru.. dan kebetulan jatuh sama tarikh dengan tarikh lahir anak dara saya zeti insyirah. dah besar anak ibu.. semoga jadi budak baik, anak yg soleh dan bijak pandai.. Amiin...
malamnya acu datang rumah bawak kek.. alhamdulillah.. kami tak plan nak clbrate pun wat masa ni.. tapi kebetulan birthday anak buah pun jatuh 11hb mei, makanya sekali jalan la tiup lilin..
malamnya acu datang rumah bawak kek.. alhamdulillah.. kami tak plan nak clbrate pun wat masa ni.. tapi kebetulan birthday anak buah pun jatuh 11hb mei, makanya sekali jalan la tiup lilin..
Sunday, April 7, 2013
Tuhan sedang Menguji Kta
Semalam mak & abah saya datang, dengan tujuan untuk ajak kami gi kenduri di bukit katil melaka. Abah bagi buku ni. Tajuk, Tuhan Sedang Menguji Kita, Tulisan Ustaz Kazim Elias, Berbungkus plastik lagi. abah kata, tak tau nak bagi hadiah ape, cuma buku ni je yg terlintas untuk dia bagi pd saya sempena birthday.. kata abah, baca dan ambik teladan. banyak isi yg bermanfaat.. Alhamdulillah..
Friday, April 5, 2013
Ulang tahun ke 35
04.04.2013.. Ulang tahun ke 35.. Sekejap je rasa, pejam celik pecam celik.. Dah sampai ke angka 35.. Alhamdulillahh.. Semoga menjadi isteri, ibu dan anak yg bertanggungjawab kpd keluarga. Terima kasih mak dan abah kerana menjaga saya sejak dari kecil. Terima kasih sayang sebab selalu sabar layan kerenah saya. Terima kasih anak-anak ibu sebab kalian buat ibu rasa bahagia..
Semoga saya masih diberi ruang untuk terus berbakti pada mereka semua. Dan semoga Allah masih panjangkan umur saya, murahkan rezeki saya dan berkati hidup saya dunia & akhirat..
Harapan: Masih cuba untuk jadi yang lebih baik.

Wednesday, March 27, 2013
Selesai 1 urusan, Alhamdulillah..
Pemangkuan Kenaikan Pangkat Kumpulan Pengurusan & Profesional 2013.
Alhamdulillah.. Selesai sudah satu urusan yg mungkin dinantikan oleh mereka yg terlibat.. Selagi keputusan tak keluar, saya lak yg berdebar hebat.. ntah kenape.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana dipermudahkan segala urusan kami. Semoga Allah sentiasa bersama saya dalam setiap pekerjaan yg saya lakukan.
TAHNIAH kepada yang berjaya, dan jangan terlalu sedih kpd yang tidak berjaya. Untuk permulaan ni mungkin ada yang sedih.. mungkin ada yg gembira tak terkata.. mungkin juga ada yg terkejut tidak menjangka dan macam2 lagi.. Semoga semua dapat diterima dengan pasrah.
Apapun semua tu ketentuanNYA.. Saya pernah dengar satu petikan ceramah yg saya suka sangat2.. Bunyinya begini:
"Sekiranya Allah berkehendakkan untuk memberi rezeki dalam apa bentuk rupa sekali pun maka tiada mana2 tangan dapat menghalangnya.. Dan sekiranya Allah belum mahu memberi rezeki kepada seseorang maka juga tiada mana-mana tangan yang dapat menghulurkan rezeki itu"..
Ujian & rezeki Allah sebagai ingatan untuk kita lebih dekat pada-Nya..
Rezeki juga dalam pelbagai bentuk.. luas.. pintu rezeki itu juga luas.. laluan untuk mendapat rezeki itu juga luas.. pilihan untuk kita memiliki rezeki itu pun luas..
Bersyukurlah dengan setiap rezeki Allah..
walaupun masih ada rezeki yang kita harapkan belum menjadi milik kita, tapi tidak perlu persoalkan kenapa ia berlaku.. semua daripada Allah.. kalau rezeki itu memang milik kita, pasti ia akan jadi milik kita.. sama ada cepat atau lambat semuanya ketentuan daripada NYA..
Semoga kita semua akan lebih bersyukur di atas segala apa yang kita miliki.. Syukur Alhamdulillah....
Alhamdulillah.. Selesai sudah satu urusan yg mungkin dinantikan oleh mereka yg terlibat.. Selagi keputusan tak keluar, saya lak yg berdebar hebat.. ntah kenape.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana dipermudahkan segala urusan kami. Semoga Allah sentiasa bersama saya dalam setiap pekerjaan yg saya lakukan.
TAHNIAH kepada yang berjaya, dan jangan terlalu sedih kpd yang tidak berjaya. Untuk permulaan ni mungkin ada yang sedih.. mungkin ada yg gembira tak terkata.. mungkin juga ada yg terkejut tidak menjangka dan macam2 lagi.. Semoga semua dapat diterima dengan pasrah.
Apapun semua tu ketentuanNYA.. Saya pernah dengar satu petikan ceramah yg saya suka sangat2.. Bunyinya begini:
"Sekiranya Allah berkehendakkan untuk memberi rezeki dalam apa bentuk rupa sekali pun maka tiada mana2 tangan dapat menghalangnya.. Dan sekiranya Allah belum mahu memberi rezeki kepada seseorang maka juga tiada mana-mana tangan yang dapat menghulurkan rezeki itu"..
**sebagai peringatan buat diri saya juga yg selalu mengnharap rezeki melimpah ruah, sedangkan Allah dah bagi banyak nikmat lebih dari apa yg diminta.
Monday, March 25, 2013
Balik KampungTerengganu
23hb Mac 2013, Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kuala Berang, Terengganu setelah perjalanan selama lebih kurang 6 jam. Kami bertolak jam 6.45 pagi dan sampai di kampung kira2 jam 1.30 ptg. Rumah mak agak sunyi memandangkan anak2 lain tak dapat balik. Agak janggal jugak sebab selama ni setiap kali balik akan nampak arwah ayah dari muka pintu lagi.. Dan rumah pun riuh dengan anak2 buah. Kali ni kali pertama balik dengan suasana yg lain.. Takpe lah.. Itu takdirnya.
Hari Kedua kami dikampung, saya ajak suami ke Pasar Payang.. Lama rasanya tak menjengah cuci mata ke situ.. Suami saya layankan je..
Hari Kedua kami dikampung, saya ajak suami ke Pasar Payang.. Lama rasanya tak menjengah cuci mata ke situ.. Suami saya layankan je..
Pasar Payang.. |
Sekitar Pasar payang.. |
Syurga dunia.. hehee.. rambang mata.. |
Anak2dengan hal masing2 sementara menunggu ibu shoping. |
Selepas Payang, kami ke Masjid Kristal sekejap untuk solat dulu sebelum meneruskan agenda lain. |
Alhamdulillah.. masjid ni bukan lagi sekadar hiasan cam memula kami gi dulu.. skrg Ramai sangat org solat disitu. Telekungnya cantik2.. Siap kerawang2 dan bersih2. |
Odway ke Pantai Teluk Ketapang.. Damai je suasana kat sini. |
Pemandangan tepi pantai teluk ketapang, k.tganu |
menu wajib setiap kali singgah ke sini.. ikan celup tepung. |
sotong celup tepung.. ni paling saya suka. |
pemandangan perjalanan tepi pantai.. redup.. |
anak2 nak layang2 pulok.. layan kan je.. |
anak dara ni pun nangis2 nak layang2 gak cam abg dia. |
2 anak saya teruja dapat main layang2. :) org tganu kate 'daghak" hehee |
sayangnye tali layang2 tu pendek sgt. |
dah sangkut pokok lak.. |
Esoknya, kami sempat ke Air Terjun Sekayu..Entah mimpi apa encik suami ajak ke situ lak..
selalu saya ajak, tapi dia tak layan pun.. kali ni tetiba dia ajak ke sini.
Siap ada taman tema kecil.. jadi la. |
Anak bujang saya,nagis2 takut air.. mengada! |
Yg lain2 tu anak buah.. |
Tiba masa balik ke PJ semula.. sekejap je 3 hari berlalu.. Cuba tengok pemandangan balik di jalan2 di Tganu..
Cantik kan.. Biru ada.. Hijau ada... Sepanjang jalan.. Meriah sungguh..
Gelombang biru.. |
Bulan Hijau.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)