Friday, June 10, 2011

Majlis Khatam Quran














Dalam pukul 11 pagi tadi, MQA buat julung2 kalinye telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran untuk anak2 pegawai MQA. Ramai jugak yang turut serta. Tak tau kenapa saya rasa seronok sangat bila hadir ke Majls tu.. Ter'over2 lak rasanya seolah2 anak saya ada turut serta dalam Majlis tu.. Dah lama tak rasa suasana macam tu. Selalu Majlis Khatam Al-Quran cuma ada di majlis2 kenduri kahwin jer... Jadi suasana tu tak rasa seronok cam suasana yang saya rasa kat Majlis Khatam Al Quran ni. Ditambah pula yang mengacarakan Majlis tu adalah Ustaz Amin (Ustaz Muhamad bin Abdullah).. Walaupun Majlis agak ringkas tapi bagi saya amat sempurna. Suara anak2 yang mengaji sedap je didengar. Rasa cam sekejap sangat lak dengar diorang mengaji.
Berikut gambar2 yang sempat saya ambil dan beberapa lagi gambar oleh Yazid sepanjang Majlis berlangsung.

No comments: