Thursday, April 29, 2010

Tidak semua yang kita inginkan pasti menjadi milik kita.

Aku jumpa artikel ni kat mana aku tak ingat.. Sekadar kongsi bersama.

Hidup ini mesti diteruskan, tidak semua yang kita inginkan pasti menjadi milik kita.

Ada masanya kita harus belajar menerima kenyataan bahawa ada waktunya, sesuatu benda/perkara itu bukan tercipta untuk kita. Mungkin juga, sesuatu yang kita rasakan baik itu, sebenarnya buruk bagi kita dan sesungguhnya, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Bersyukur dengan apa yang ada adalah penyelesaian yang terbaik agar jiwa ini menjadi lebih tenang. Tidak gelisah. Hidup ini adalah kembara. Ibarat kita memandu sebuah kereta. Sebelum memulakan perjalanan, kita harus merancang dengan baik, memastikan keadaan kereta kita dalam keadaan yang baik dan selamat.

Namun ada masanya, tidak semua yang kita rancang, akan menjadi kenyataan. Ada masanya, jalan yang kita lalui tidak disangka-sangka terjadi kemalangan lalu mengakibatkan lalulintas menjadi sesak. Kita tersepit ditengah-tengah jalan. Stuck.Ada masanya kita terlepas susur keluar lalu sesat entah ke mana-mana. Yang dekat menjadi jauh. Duit minyak dan duit tol berlipat kali ganda perlu dibayar.

Ada masanya juga kita tiba di suatu persimpangan yang asing bagi kita dan kita terpaksa membuat pilihan dengan kadar yang segera samada untuk ke kanan atau ke kiri.
Ada masanya juga kereta kita dilanggar oleh kereta lain yang tidak bertanggungjawab. Kita cuma mampu berputih mata tidak dapat berbuat apa-apa. Naauzubillah..

Hidup ini tidak pernah lepas dari cubaan dan ujian. Maka sebab itulah juga, rukun iman yang ke enam, mewajibkan kita sebagai umat Islam agar yakin dan percaya dengan sepenuh hati kita kepada qada' dan qadar Allah. Kita hanya merancang namun Allah jualah penentu segalanya. Bismillahitawakkaltualallah..

Harus diingatkan juga, fail to plan is plan to fail. Walaupun kita tahu setiap apa yang berlaku, hanya berlaku dengan izin Allah, itu tidak semestinya menjadi alasan kepada kita agar berhenti berusaha dan cukup sekadar memeluk tubuh.

Sesungguhnya, ini adalah konsep tawakal yang bercanggah dalam Islam. Islam menyuruh umatnya berusaha, kemudian barulah bertawakal kepada Allah, itu barulah masa yang tepat untuk kita serahkan segalanya kepada qada' dan qadar Allah.

Sebagai umat Islam juga, kita harus yakin dan percaya, doa adalah senjata utama kita. Berdoalah dan mohonlah kepada Allah dengan hati yang penuh yakin kepada kekuasaan dan keagungan Allah. Berdoalah agar segala usaha kita membuahkan hasil yang positif dan bertawakkallah.

Serahkan segalanya kepada Allah, tidak kira apa yang terjadi, pasrah dan redhalah dengan apa yang terjadi. Semoga kita menjadi hamba Allah yang tekun melaksanakan suruhan Allah, bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang berusaha untuk mencapai redha Allah dan gigih mencapai impian, selari dengan saranan agama kita. Berdoalah dengan hati yang penuh yakin dan gantunglah harapan hanya kepada Allah. Tawakkallah.

Sabar dan redha bukan suatu yang mudah untuk dilakukan, namun hati-hati yang mengtauhidkan Allah dan berpegang teguh kepada rukun iman dan rukun Islam insyaAllah pasti mampu memilikinya. InsyaAllah..

Tuesday, April 27, 2010

Menghitung Hari..

Hari ni kandungan aku genap 38 mggu.. Kalau masa anak first dulu 38 mggu 6 hari aku dah bersalin.. Tetiba je rasa takut.. Dulu tak rasa camni pun sebab tak tau rasa camne nak bersalin.. Tapi bila dah pernah mengalami lagi membuatkan aku rasa takut nak menghadapi hari tersebut.. Macam2 benda aku carik kat internet utk hilangkan rs takut aku dan sbg persediaan menunggu hari.. Apapun takut atau tak aku WAJIB utk hadapinya.. Bak kata org pandai buat pandai tanggung la.. heheee
Apapun semoga Allah permudahkan segala urusan kelahiran nanti.. Kawan2 doakan yer semoga aku & baby selamat serta dipermudahkan semasa bersalin.
Kalau mana yg ada saya buat tersalah silap tu mintak maaf byk2..

Thursday, April 15, 2010

Majlis APC 2009



Majlis APC 2009 tadi berlangsung kat Hilton PJ.. Best jer tengok org dpt staff cemerlang.. Kayoo..
Tahniah pd yg dapat.. Semoga kerjaya bertambah cemerlang gak.. Bila la nak merasa lagi.. :)

Thursday, April 8, 2010

My Birthday..

04/04/2010 (ahad lepas) ulang tahun kelahiran aku yg ke-32 tahun… hmm dah tua dah…alhamdulillah syukur kehadrat illahi aku masih lagi di panjangkan umur, diberi kebahgiaan menikmati anugerah Ilahi.. Cuma kesihatan agak kurang baik walau luarannya nampak sihat..


apa yg specialnye tahun ni???

takde ape yg special pun... asben aku pn bukannye jenis yg pandai nk beli kek utk clbrte bday aku ataupun anak..... habis2 belikan hadiah atau pun bawak kami sefmly makan besar..

Bila saat 2 camni terkenang balik masa bujang dulu.. kengkawan n housemate clbrt n beli kek.. Paling tak lupa kawan baik aku Tom n Ina.. Siap beli kek & sorokkan kat rumah jiran sbelah sbb takut aku nampak.. Siap masak utk makan ramai2 sempena birthday aku.... Lepas je maghrib 4 April roomate aku bersekali ngn member2 rumah sebelah bawak kek sambil menyanyi lagu happy birthday kat aku…heheee aku pun malu-malu siput... ya lah kalu ikut cara islam lepas maghrib dah masuk hari lain dah….so time tu kiranya dah 5 April kan…Bahgia je rasa.... Aku pun cuma mampu senyum2 kelat 'kemaluan'......hee

Indahnye bila fikir masa lampau.. Harap dpt jadi kenangan indah buat aku..

Thanks all my friends….hopefully will friendship forever…love all of you…



tetiba tingin nak layan lagu ni laks:
Lirik Lagu Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu