Monday, September 28, 2009

Salam Aidil Fitri




Rasanya belum terlalu lewat untuk saya sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri buat kengkawan semua.. Sayajuga menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan tingkah laku mahupun percakapan yang dilakukan sepanjang bersama kawan-kawan semua terutama pada kawan2 Sains Sosial mahupun Warga MQA yang mengenali..

Kesempatan ni jugak saya nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Bos2 dan kawan2 Sains Sosial yg byk membantu & membimbing saya sepanjang saya bekerja bersama kalian. Terlalu banyak rasanya memori baik yang manis, pahit dan sebagainya sepanjang saya bekerja dalam keluarga Sain Sosial.. Dan juga byk ilmu yang bermanfaat yg dpt saya pelajari di situ terutama dari En Ajak dan Pn. Chek.. Doakan saya semoga dapat bekerja dengan lebih baik di unit baru lepas ni..

Wednesday, September 9, 2009

Haziq.

Hmm hantar anak pagi ni buat aku rasa tak best sebab anak aku meraung kuat masa aku tinggal dia balik.. Sedih lak tengok. Masa parking kereta lg dia dah cakap taknak & ajak kuar balik.
Pengasuh kat taska tu kata semalam pun masa aku tinggal dia balik dia nangis gak, tp sekejap jer..
Huhuuu sian anak aku.. Berapa lama laa dia akan jadi camtu agaknyer.. Harap2 dia cepat ok.

Tuesday, September 8, 2009

Bermula Hari Baru

Hari ni hari pertama hantar Haziq ke Nurseri kat Maktab Kerjasama.. Dekat jer ngn ofis aku dalam 5 minit jer.. Alhamdulillah dia tak nangis pun.. Memula risau gak takut dia tak nak.. Masa hantar td nampak cam ok jer...
Tapi camne dia melalui hari sepanjang masa kat ctu aku tak tau la pulak.. Harap dia pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Paling aku risau takut2 pengasuh kat situ tak sabar layan kerenah dia sebab anak aku tu kira boleh tahan gak budaknya..
Lagi satu anak aku masih pakai pampers dan minum dalam botol susu sedangkan cikgu kat ctu bercerita semua budak yang berumur 2 tahun ke atas diorg dah takkan bagi botol susu dan takkan pakaikan pampers... Diorg dah cuba buat zero pampers & zero bottle.. Hmmm camne la agaknya ngn anak aku nnti... Harap dapat jadi yg lebih baik dan independent bila dah dok kat ctu..

Alhamdulillah aku pun dah tak susah2 lagi kena ke Puchong.. Alhamdulillah..