Kadang2 bila tengok kawan2 yg rapat dengan kita dlm kesusahan/kemurungan... rasa simpati menyelubungi diri... Tapi biar betapa beratnya kita rasa terbeban dgn apa yg kita pandang & dengar..
Pedih lagi rasanya apa yg mereka lalui... bak kata pepatah "berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul.."
Harap Allah tak uji aku dgn dugaan yg tak mampu utk aku hadapi.. Aamiin..
Catatan ringkas seorang insan kerdil yang menghayati nikmat kehidupan indah yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Semoga hati sentiasa dekat padaNYA. Dan semoga selamanya indah.. Amiin.
Monday, March 30, 2009
Wednesday, March 18, 2009
Majlis Adik Ipar.. 15 Mac 2009
beres semua kekusutan..
hari ahad lepas (15 Mac 2009) adalah hari bahgia utk adik ipar aku (perempuan).. alhamdulillah dia dah pun selamat diijabkabulkan dan selamat semuanyer... majlis berjalan lancar cuma yg tak berape best sepanjang hari bersanding tu hujan lebat tak berenti2.. pengantin lelaki pun dtg agak lewat. Yg lain alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yg di atur.. kat atas ni semua gambar2 yg sempat aku rakamkan..
Thursday, March 12, 2009
Permata Hati..
jadi la.. ni la harapan aku.. nak tunggu yg ke-2 lagi ntah bila la agaknyer boleh dapat...
Wednesday, March 11, 2009
Segalanya Mungkin..
Headwind - Segalanya Mungkin
"Malam siang ku lalui Dengan debaran di hati
Pengalaman teman-teman.. Membuat ku rasa bimbang
Di dalam kehidupan.. Segala berkemungkinan
Hari ini aku tahu Ku tak meraguimu
Kerna telah jadi bukti..
Kau setia pada janji
Tetapi esok hari Tak tahu apa kan terjadi
Ku ingin pertahankan..
Sebuah kejujuran
Ingin ku bersamamu.. Ke akhir hayatku
Namun ku tak berani..
Berjanji dengan pasti
Kita hanya merancang..
Tuhan yang menentukan
Jangan kau salah mengerti..
Dengan pengakuan ini
Usah disalah tafsirkan.. Bukan ku tak sayang
Ku mahu kau menginsafi.. Dalam kehidupan ini
Segala berkemungkinan..Untuk terjadi"
Lagu ni xde kena mengena pn ngn aku ke atau sesape..cuma aku suka sgt rangkap pertama dia ni..
Kdg2 bila mata melihat, telinga mendengar, hati turut berkata2...
dan tak mustahil apa yg kita lihat & dengar akan diuji juga pada kita.
Mohon Allah dekatkan segala perkara kebaikan utk aku & semoga dijauhkan dari segala perkara yg tidak diingini..
Hmmm semalam aku baru naik keje..tekejut bila tgk atas meja..
badan yg dah sihat rasa cam nak demam bila tengok dokumen dan fail menimbun..
xpe la..
dah nama pun dtg kejer..ni la benda2 yg pastinya wajib utk aku hadapi..
tapi disebabkan dah hampir 2 minggu cuti terasa blurr2 gk la nk start wat keje balik dan disebabkan byk sgt keje yg tertangguh aku balik nak dekat kul 8 mlm gak la.. sian anak aku.. 2,3 jam je jumpa aku dah tidur..
Emm citer pasal cuti.. byk perkara yg agak tak best utk dicerita kan..
aku baru keguguran dengan kandungan 13 mggu.. agak kecewa, tapi pasrah..
mungkin ada hikmah disebalik ketentuanNYA.. cuma masa hari aku dpt tau kandungan aku dah 'takde'
aku agak susah nk terima sbb aku mmg tggu saat2 utk yg ke-2 ni.. dah berangan macam2 pun yg best2 utk harungi hidup dengan 2 org anak nnti.. mak abah pun nampak best je utk terima cucu k-2..
tapi apa lah daya aku utk mengubah apa yg telah ditentukan oleh ALLAH.
xpe la.. apapun semoga hikmah disebalik yg tersirat adalah yg terbaik utk aku..
Subscribe to:
Posts (Atom)