Tuesday, May 20, 2014

Bersyukur saje dengan apa yang kita ada

Kadang-kadang ada perkara yang kita tak berkenan atau tak suka lalu depan mata kita walaupun perkara tersebut takde kaitan langsung dengan hidup kita.... 
Dalam hati Allah saja yang tau apa yang di rasa..

Mungkin Allah tunjuk sesuatu kejadian  depan mata kita supaya kita dapat belajar sesuatu dan jadikan iktibar untuk pedoman kita pada masa akan datang.. Amiinn.. Moga saya dan keluarga dilindungi oleh ALLAH sentiasa..





Tuesday, March 18, 2014

NikmatNYA...


Saya selalu mengharap sesuatu kebaikan dari Allah dari sudut yg saya inginkan, 
saya selalu mahu lebih dari apa yang saya sedia ada, tapi tak sedar sebenarnya lebih besar lagi NIKMAT yg dia dah bagi.. Lebih dari apa yang saya minta. Sebenarnya Allah dahulukan beri apa yang saya perlu... Alhamdulillah..

Friday, March 14, 2014

Harta Paling Berharga..


Sekejap je masa berlalu.. rasanya baru semalam timang 2 bayi kecil ni..
Muhammad Haziq- Dis 2006


Nur Zetty Insyirah- Mei 2010

Bulan ni genap 8 tahun usia perkahwinan kami.. Dua bayi kecik ini juga semakin membesar dan semakin macam-macam telatah karenahnya... Sama seperti makin membesarnya ibu dan ayah (hehee)..  

Alhamdulillahh... Walaupun ibu tidak mewah seperti orang lain, memadai dapat membesarkan kalian dan beri didikan dengan secukupnya.. Mudah-mudahan jadi orang berguna.

Cuma Kalian la harta paling berharga yang ibu ada.. 
Ayah.. terima kasih sebab masih setia melayan kerenah ibu dan menerima ibu seadanya.. harapnya hubungan dan kasih sayang ini kekal hingga ke akhir hayat.. 

Anak-anak ibu.. Moga besar kalian menjadi anak yang soleh & solehah dan menjadi penyejuk hati ibu ayah.. Paling penting, moga jadi orang beriman.. 


2010


2012
2011
2013
2014
Doakan ibu dan ayah diberi kesihatan yang baik berpanjangan moga dapat membesarkan kalian dengan lebih sempurna..
Doakan juga ibu ayah diberi rezeki berlipat ganda moga dapat lebih kita nikmatinya bersama. 

Amiinn.. 

Thursday, March 6, 2014

Belajar Positif


Dalam hidup ni kata orang, kena belajar selalu dari setiap kebaikan dan kelebihan orang lain.. Setiap yang baik dijadikan contoh untuk ikutan.. Manakala setiap yang tidak baik, jadikan sempadan.. 


Kalau hari ni buat silap, jadikan pengajaran agar esoknya tak berlaku silap lagi..  
Moga tidak lah lagi berlaku silap dalam perjalanan hidup ni.. 
Kalau banyak buat dosa kena cuba kurangkan dosa agar tak bertambah dosa dengan berkurangnya umur.. 
Dan.. Doa setiap hari agar hati sentiasa dekat denganNYA.. Moga tidak terbabas melakukan 
yang dilarang.









Friday, February 21, 2014

Mahu Dunia Tahu Ujian Yg DiHadapi..

Bangun Malam

18/4/1435
(Petikan oleh MKI - Dari http://muhdkamil.org/pensyarah/mki)


Jika ada yang berkata dan mahu bercerita, "Prof ... saya sedang diuji ..." maka tidak usahlah meneruskan kisah tersebut. Jawapan saya standard sahaja. Jika mahu bersembang panjang tentang ujian tersebut maka carilah orang lain.

"Sabar dan solat". Bukankah itu yang diajar oleh Allah SWT? Lalu saya menambah lagi dengan berkata ... "perbanyakkan solat sunat terutamanya bangun malam. Bermunajat dan berceritalah dengan Allah SWT. Sungguh, Dia Maha Mendengar". 

Maka ia tidak memerlukan isi cerita teutamanya yang boleh membuka aib sesiapa. Saya tidak gemar mendengar wanita mengaibkan suaminya. Malah tidak perlu bercerita tentang rakan di pejabat. Cukuplah begitu. Malah saya telah menulis isu ujian ini lebih 200 muka surat melalu Bersyukur Saat Di Uji

Kemudian - secara tersirat - saya mahu menaruh keyakinan kepada mereka yang hampir betapa Allah itu Maha Mendengar melalui buku Anekdot Madinah. Berbicaralah dengan Allah SWT terutamanya pada 1/3 hujung malam tersisa. Ia bukan semata-mata cerita tetapi mengandungi falsafah tertentu yang sememangnya dirancang melalui penghasilan buku. 

Namun terdapat yang lebih suka menceceh dan mahu sedunia mengetahui ujian yang mereka sedang hadapi. Riuh sekali. FB, blog, e-mail dan segalanya digunakan. Tidak. Ia tidak menyelesaikan ujian yang sedang kita hadapi. 

Berbicaralah denganNya. Dan jadikan bangun malam sebagai satu corak kehidupan bukan semata ketika di kala dilanda ujian musibah. Ujian kesenanganlah yang selalu melalaikan kita.
Kami mohon keampunanMu ya Allah.

Doa Untuk Anak-anak

  • DOA IBU BAPA

    12/4/1435 (Petikan oleh MKI - Dari http://muhdkamil.org/pensyarah/mki)

    BERDOALAH untuk melahirkan pelajar cemerlang berdasarkan beberapa konsep asas yang telah dicatatkan melalui bab terdahulu. Amalan ini – sebenarnya – membawa manusia kembali kepada fitrah asal iaitu kebergantungan kepada Allah SWT. Dialah yang Maha Berkuasa di atas segalanya.

    Perasaan kasih-sayang ibu bapa dan keinginan mahu anak-anak berjaya dengan cemerlang boleh membawa mereka lebih hampir kepadaNya. Permohonan atau doa ibu bapa kepada Allah SWT agar anak-anak menjadi pelajar cemerlang mencakupi soal akademik dan bukan akademik. Malah ia perlu diteraskan kepada dua asas penting bagi mereka yang percayakan Allah SWT iaitu, rukun Islam dan Iman.

    Itulah – berdoa – merupakan salah satu peranan utama ibu bapa yang sering diabaikan. Bukankah Baginda SAW pernah menyatakan,

    Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.

    (Hadis ini direkodkan oleh Iman Tarmidzi, Ahmad dan Abu Daud)

    Bayangkanlah jika hampir setiap hari – mungkin lima kali sehari – kita memohon kepadaNya,

    Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa anak-anak kami. Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami sebagai anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang tahu menghormati kedua orang ibu bapa, adik-beradik, guru-guru, kaum keluarga dan muslimin dan muslimat.

    Ya Allah, jadikan anak perempuan kami sebagai anak yang mahu menutup aurat dengan sempurna, anak lelaki kami mahu solat berjemaah di masjid, tidak menduakan Mu, mahu melakukan amal ibadat wajib dan sunat dan sentiasa meninggalkan apa yang dilarang.

    Ya Allah ya Tuhan kami, pancarkan kasih sayangMu, terangkanlah hatinya, kuatkanlah daya ingatannya, mudahkan pemahamannya dan lembutkanlah tutur katanya dan berikanlah kejayaan cemerlang di sisi Mu dalam proses mereka mencari ilmu. Berikanlah ilmu bermanfaat kepada mereka. Ya Allah, anugerahkanlah kejayaan di dunia dan akhirat.

    Ya Allah kumpulkan kami semua di syurga Mu ya Allah. 

    Allah Maha Mendengar. Bayangkanlah bagaimana jika ibu bapa sedang bermusafir dan berjauhan dengan kaum keluarga lalu mendoakan kejayaan anak-anak. Ia ingatan yang bermanfaat. Berdoa perlu dijadikan amalan harian kedua-dua ibu bapa yang mengharapkan kejayaan anak-anak. Ia boleh dilakukan hatta ketika bermusafir. Doa-doa ini tentu sekali tidak memerlukan modal wang ringgit tetapi lebih kepada rasa cinta, kasih sayang bersandarkan kepada kekuasaan dan kehebatan Allah SWT.

    Dalam hadis yang lain, Baginda SAW menyatakan bahawa doa orang yang berpuasa mustajab di sisi Allah SWT. Puasa merupakan amalan yang sangat istimewa. Ia amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT sehinggakan pahala orang berpuasa hanya Allah SWT sahaja akan anugerahkan. Para malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dicatatkan. Ada sebuah hadis qudsi berbunyi, “puasa adalah milik Ku dan Akulah yang akan membalasnya”. Maka ia sangat sesuai dengan apa yang telah disebut oleh Baginda SAW yang bermaksud,

    Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya.
    (Hadis ini direkod oleh Termidzi)

    Kami sering membayangkan bagaimana ibu bapa berpuasa Nabi Daud (nota: puasa selang sehari) yang mendoakan kejayaan cemerlang anak-anak mereka. Benar, ia bukan soal kejayaan akademik semata-mata. Allah ya Allah, wujudkah ibu bapa yang sebegini rupa? Ia sangat adil untuk mereka mengharapkan kejayaan cemerlang dengan mereka sendiri melakukan amalan terpuji di sisiNya.

    Malah bayangkan pula bagaimana jika ibu bapa bangun setiap hari pada 1/3 malam tersisa beramal ibadat kepadaNya sambil mendoakan kejayaan anak-anak. Bukankah Allah secara jelas sudah menjanjikan sesuatu yang luar biasa berkaitan doa pada waktu ini?

    Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 malam masih tersisa dan Allah menyeru: “Adakah antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hambaKu meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya?

    (Hadis ini direkodkan oleh Iman Bukhari dan Muslim)

    Ia sungguh menarik memperkatakan peranan dan amalan doa yang boleh dimanfaatkan dalam membentuk pelajar cemerlang. Sungguh, ia berangkai-rangkai di antara satu ibadat dengan ibadat yang lain. Akhirnya, pelajar cemerlang – sememangnya – dilahirkan oleh ibu bapa yang cemerlang. Malah Allah SWT menyatakan secara tegas melalui al-Quran yang bermaksud,

    Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang  Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
    (Petikan surah al-Baqarah ayat 186).

    Allah SWT tersangat dekat dengan hambaNya. Cuma Dia mahu hambanya mematuhi setiap suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. In sya Allah, doa-doa yang dipohon oleh ibu bapa agar anak-anak cemerlang dimakbulNya. Moga Allah memberi kita ilham untuk mendidik anak-anak agar seimbang kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Kami fikir, tidak perlulah mengupah orang untuk berdoa atau mengharapkan air tawar tanpa kita sendiri memohon kepadaNya.

    Masya Allah, Subhanallah, Allahu Akbar.

Monday, January 13, 2014

Ragam minggu pertama sekolah.

Minggu pertama sekolah, si adik takde masalah ke sekolah, cumanya setiap pagi dia

nangis tak nak pakai baju uniform sekolah. Almaklumlaa..baju kurung, gaun pun dia taknak. Hari pertama dn kedua dia nangis hampir setengah jam. AllahuAkbar.

Masuk minggu ke dua alhamdulillah baru ok..Dan skrg dah semakin ok,alhamdulillah.d


Sunday, December 15, 2013

Jalan2 @i-city (Trick Art Museum)

14 Dec hari tu sempat gak la bawa ank2 ke @i-city shah alam..

Memula g ke Trick Muzium dulu.. Ni serba sedikit gambar di Trick Museum..










Saturday, December 14, 2013

Tak tau jalan ke mana.

Cuti sekolah ni belum bawa anak berjalan ke mana-mana lagi. Kesian diorang.. Asyik kena gi daycare..daycare..hari-hari.. Nak wat camne, ayah tak leh cuti hari2 biasa untuk kita gi jalan jauh.. Harapkan weekend je..

Takpe la nanti kita gi cari tempat2 menarik kat sini-sini je. InsyaAllah.. 

Kita gi Trick Art Muzium je la.. & kawasan sekitarnya. 

Sunday, December 1, 2013

Jaga kata-kata


Menerusi wasiat Imam Syafii itu, kita dapat menyimpulkan bahawa hanya perkataan-perkataan baik sahaja yang perlu diucapkan oleh seseorang Muslim. Manakala jika ia syak, hendaklah ia menahan perkataanya itu sehingga syak dan ragu-ragunya (bahawa perkataan itu akan mengundang keburukan) itu hilang. Apatah lagi perkataan yang ia pasti membawa keburukan maka ia tidak langsung diamalkan.
Oleh itu, berfikirlah sebelum kita mengeluarkan kata. Sesungguhnya pada tiap-tiap perkataan itu ada dosa atau pahala yang pasti dicatatkan oleh malaikat pencatat yang tidak pernah lupa atau alpa pada tugas-tugasnya. 

Ingatan untuk diri sendiri yang selalu tergelincir dari berkata yang baik-baik.

Sunday, November 3, 2013

Program Jalinan Mesra Ke Kuching Sarawak.


Alhamdulillah... Setelah sekian lama tak berekesempatan mengupdate blog.. hari ni ada sedikit masa untuk update serba sedikit perkembangan yang berlaku di persekitaran saya.

31 Oktober 2013 - 2 November 2013, saya terlibat untuk Program Jalinan Mesra MQA ke Kuching Sarawak bersama 24 rakan lain.. Sempat la kami melawat dan menjalankan sedikit aktiviti amal di sana..

Gambar.. nanti2 saya upload, tu pun guna ehsan gambar dari Pn khamsatun & kak farhana.. TQ kak ana & Kham.. 

Wednesday, August 14, 2013

Lebaran 2013 di Ipoh


Lebaran 2013

Ni la kami 3 beradik.. semua gegirl

Suami & adik2 ipar

Bersama mak abah.
Sedikit gambar kenangan sempena AidilFitri baru-baru ni.. Agak sayu disebabkan anak sepupu sakit terlantar koma dalam 7 hari di Hospital Ipoh akibat disengat berpuluh tebuan.. Meninggal pada malam raya ke-4 di Hospital Ipoh.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AlFatihah. 

Saturday, June 22, 2013

Berat Mata Memandang..

Harap tak salah saya isikan sedikit ruang di blog ni untuk satu citer ni.

Dah berbulan hati saya terpanggil2 untuk mendekati dan mengenali sorang wanita ni. Setiap hari dari awal pagi dia akan menolak troli pasaraya sepanjang sekitar tmn medan dan dato haron. Yang saya perasan, dia kerap bawa sorang anak lelaki dlm sekitar 5-6 tahun.

Saya pernah bertanyakan beberapa rakan yg saya rasakan duduk setempat dgn dia,  masing2 menyatakan mmg dia tinggal di blok yg sama tapitak mengenalinya. Pernah juga saya ceritakan rasa simpati saya pada wanita tu, dgn rakan yg tggl di perumahan yg sama, rakan tu jawab "susah ke, tapi camne dia bole sewa rumah kat situ". Jadi saya tidak menyambung lg, mungkin sudut pandangan org berbeza.. pada pa pandangan saya pula berbeza.

Sambil ibu tu kutip kotak atau kertas sepanjang jalan utk diisi dalam troli dia utk dijual, anaknye akan main2 dan kdg2 sesekali tidur dlm troli tu. Masa pertama kali saya lihat situasi tu, hati terasa sayu, dan tpanggil2 utk mengenali dia, di samping membantu setakat termampu.

Dan akhirnya, petang jumaat (semalam), setelah beberapa bulan saya mencari peluang, kami terserempak dgn perempuan tu. Anaknya sedang tidur dlm troli yg penuh dgn kertas2 dan kotak yg kotor dikutip tepi2 jalan.. Entah knp tetiba suami saya berhentikan motor dan kata "tu kakak tu, sayang kan teringin nak jumpa dia".. Spontan saya turun dan mendekati dia.  Sambil2 saya btanyakankan latarbelakang kakak tu.


Dia menyambut tangan saya dgn senang dan senyuman. walau pun cuma dakam tempoh yg terlalu singkat, saya dapat mengenalinya serba sedikit. Dia menjawab dgn senang stiap apa soalan saya. Tempat tinggalnya, suaminya, anak2nya. Suaminya telah meninggal, dan rumah yg didudukinya adalah peninggalan suaminya. Saya pulak yg rasa lega bila tau yg dia tak perlu byr sewa rumah tsebut. Tngiang2 kata rakan saya "kalau susah tak kan boleh sewa rumah kat situ" so, tjawab satu soalan.

Saya lega.. Namun ada rasa terkilan tak membantu banyak, saya pun bukan golongan berada.
Semoga ada lagi tangan2 yg di luar sana yg sudi membantu wanita tersebut. Saya tanya suami saya, agk2 ada tak sumber kewangan lain yg kakak tu terima selain dari jual kotak tu, suami saya kata, kalau ada pun cukup ke dgn nak sara 3 anak, kita yg keje suami isteri pun tak sesenang mana.

Ye la, berat mana mata memandang, berat lg dia memikul, semoga Allah limpahkan rezeki dan rahmat buat dia dan anak2nya. Amiin.

Friday, May 17, 2013

Bangunlah kerana Allah.

sekadar coretan, kadang2 peristiwa2 yang berlaku di sekekiling banyak beri pengajaran yang amat bermakna untuk kita. mungkin untuk beritahu kita supaya lebih banyak bersyukur dengan nikmat2 yg Allah dah beri. 

semoga saya tidak diuji dengan ujian yang tak mampu untuk saya lalui. dan semoga kita sentiasa tabah dan kuat melalui liku2 hidup yang tak pasti bagaimana penghujungnya. insyaAllah setiap kesusahan ada kesenangan di penghujungnya. Janji Allah pasti.