Friday, January 27, 2012

Hari Jadi..

Hari ni Hari jadi suami saya.. Saya tak beli pape pun lagi utk dia..

Memadai rasanya sekadar ucapan je dulu buat dia… Dengan harapan dia baca blog ni.

Selamat Hari Jadi Sayang..

Sempena hari lahir ni..saya doakan supaya syg dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan semoga kita akan berbahgia sampai ke akhir hayat… hehehe.. I Love you syg… walaupon sekarang ni saya dah jarang ucapkan (kalau dolu2 tu hari2) tapi dalam hati saya cuma ada awak sorang jek tau.. love you so much..muah2..

Friday, December 30, 2011

Balik Kampung

Saya cuti selasa dan rabu lepas.. Pagi Sabtu singgah Ipoh jap amik mak abah n kakcik, terus pergi rumah adik kat Penang. Malam tu sempat jugak la singgah Pesta Penang. Masa nak ke Pesta Penang tu, jalan jam teruk. Lebih teruk dari jam kat KL.. Esoknye balik singgah hantar mak kat umah, selasa baru balik KL semula.
Singgah zoo negara jap bawak anak2.. Mahalnye tiket masuk zoo skrg, last pergi zoo dulu tiket RM15 je tak silapnye, skrg dah RM20 utk dewasa. Dulu naik tram free, skrg kena bayar lak RM3. Bila fikirkan balik kos selenggara haiwan2 dalam tu, hmm kira ok je la...


Rabu cuti lagi.. Dok umah je mengemas..

Wednesday, November 30, 2011

Salam Maal Hijrah

Lama sungguh tak menulis dalam blog ni.. Rasanya tak terlalu lewat untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah.. Semoga kedatangan tahun baru ini dapat menjadikan diri lebih baik, sempurna dan selalu bersyukur.Saya adalah orang yg kdg2 kerap mengeluh bila sesekali sesuatu kesusahan berlaku dalam hidup saya. Sedangkan kesusahan yg dilalui cuma beberapa ketika je sedangkan nikmatNYA telah dinikmati. Sepatutnya perlu banyak bersyukur.. saya sendiri tau dunia ni penuh dengan ujian drpd Allah.. Boleh jadi hari ni kita gembira sampai lupa dunia.. boleh jadi esok lusa kita adalah orang yg paling sedih sehinggakan menjadikan kita antara insan yg paling takut pada Allah.. kadang-kadang mungkin Allah turunkan ujian untuk mendekatkan kita padaNYA.. hmmm mungkin..Amatlah payah untuk kita perbetulkan kesilapan2 yg pernah kita lakukan pada masa lalu.. Yang mampu cuma menjadikannya pelajaran, pengajaran dan satu pengalaman baru untuk lebih berhati2 dalam melalui hidup.

Tuesday, November 1, 2011

Felda Residence Tekam.. Okt 2011


























Dah lame tak mengupdate blog.. Jadi la sekadar menyelitkan seidikit gambar masa Team Building kat Felda Residence Tekam aritu untuk dijadikan kenangan untuk dilihat semula satu hari nanti..

Monday, September 19, 2011

esok belum tentu milik kita.



Petikan yang saya baru jumpa, menarik lak untuk dikongsi bersama.

Bismillahirrahmanirrahim…
“Kita dilahirkan dalam keadaan kita tidur. Kita hidup dalam keadaan kita bermimpi. Dan kita mati sebelum sempat kita bangun..”
Kata-kata Jalaluddin Rumi ini menyentap tali jantung saya. Langsung saya teringat kata-kata Saidina Umar.

“Kebanyakan manusia tidur di atas muka bumi ini dan hanya akan terjaga setelah mereka mati,”

Barangkali sebab itulah banyak manusia yang telah mati meminta kepada Allah untuk hidup semula. Agar mereka boleh beramal sebanyak-banyaknya. Dalam Al-Quran banyak sekali Allah menyebut kebanyakan manusia yang telah mati minta untuk dihidupkan kembali agar mereka boleh berbuat amal sebanyak-banyaknya.

Ya Allah…,

“Saya belum dapat hidayah,” "saya rasa saya nak berubahlah"

“belum masanya untuk saya berubah,” atau "insyaAllah sampai seru nanti saya berubahlah"

Antara frasa-frasa yang pasti meluncur keluar dari dua ulas bibir mereka yang menerima teguran.

Kita selalu mohon Hidayah Allah..

Hakikatnya, hidayah itu perlu dikejar dan dicari. Bukan sekadar dinanti.
Namun tidak dinafikan, mereka yang menanti hidayah juga sebenarnya akan memperolehnya.

Sama ada kita suka atau tidak. Bersedia atau tidak. Ajal tetap akan datang menjemput kita apabila tiba masanya. Tidak lewat walau sesaat. Tidak cepat walau sekadar satu kerdipan mata.
Sebagaimana malaikat Izrail tidak pernah lalai menjenguk dan mengintai kita setiap hari, sekerap itulah seharusnya kita mengingati pertemuan kita dengannya.

“Asyik-asyik sebut pasal mati! Tak ada benda lainkah?”

Ingatlah, mengingati mati adalah sebaik-baik motivasi.

Mempercayai akhirat bukan bererti meremehkan dunia. Ujar Dr. Yusuf Al-Qardawi.

Andai terlintas dalam fikiran untuk berbuat baik, maka jangan bertangguh lagi. Andai terdetik untuk berubah jangan dinanti-nantikan lagi.

Kerana esok belum tentu milik kita.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


dunia n akhirat ni macam lalang n padi, kalau tanam padi, lalang
tumbuh sekali,
tapi kalau tanam lalang, takkan tetibe tumbuh padi???

analogi ringkas, lalang tu dunia, padi tu akhirat,

kesimpulan ringkas, kejarla akhirat, insya allah dunia akan datang bersama..