Friday, March 20, 2015

Impian itu Doa.. Hanya Allah yg tahu apa yg baik untuk hambanya.


Orang kata impian tu satu kenyataan..

Tapi kadang2 kita cam pasti je sesuatu impian atau cita-cita tu cam mustahil je untuk jadi kenyataan bila melihat dari segala sudut pada masa sekarang..
Salah satu impian saya... Nak anak2 saya dapat masuk sekolah ni... SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU..  

Tapi sekolah ni memerlukan tahap akademik & agama yang sangat tinggi kelulusannya..
Mampu ke anak saya..  Allahuakbar. Sesungguhnya Allah sahaja yang Maha tahu segala yg baik untuk hambanya..

Sejuknya hati bila tengok gambar anak-anak di Imtiaz ni belajar..


 

Friday, March 13, 2015

Anniversary..





Hari ini genap 9 tahun perkahwinan kami..

9 tahun yang lalu, kami memulakan satu kehidupan baru yang alhamdulillah sehingga ke hari ini, moga dalam rahmatNYA sentiasa.... 
Nikmat yang tak terkata dikurniakan suami & anak-anak yang dapat membimbing diri selangkah demi selangkah untuk belajar meneruskan kehidupan untuk jadi yang lebih baik dan bertanggungjawab..

Sekarang masih juga terasa baru, heheee...

Moga hubungan yang kami bina kekal hingga ke akhir hayat & moga hingga ke Jannah..
Moga kami dan anak2 sentiasa dalam Rahmat Allah hendaknya..

Perjalanan kami mungkin masih jauh atau cuma sekejap masa lagi.. Semuanya atas ketentuanNYA.. Hanya dia yang maha tahu..Apapun semoga singkat atau jauhnya hubungan kami, ia akan cuba diisi dengan  pengisian yang dapat memberi manfaat buat kami sekeluarga dunia dan akhirat. 
Moga ianya meninggalkan kesan2 yang lebih baik untuk bekalan kami "ke sana" nanti.

Amiin..