Sabtu selepas Raya Haji baru-baru ni, sempat singgah jap ke Lost World Tambun.
Bawa mak abah and adik-adik sefamily.. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami berkumpul sekeluarga.. Agak susah untuk kami dapat berkumpul semua.
Sempat juga bawa mak abah main basikal pusing2 taman.. Alhamdulillah..
Alhamdulillah.. Moga ada lagi ruang akan datang untuk kami berkumpul lagi..
Catatan ringkas seorang insan kerdil yang menghayati nikmat kehidupan indah yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Semoga hati sentiasa dekat padaNYA. Dan semoga selamanya indah.. Amiin.
Tuesday, October 13, 2015
Friday, August 28, 2015
Mengaibkan orang itu dosa.
Dari kecik sampai tua la ni, saya selalu dapat nasihat dari mak ayah, cikgu2, kawan2, buku2.. dinasihatkan buat amal sebanyak mana yang boleh.. buat kebaikan.. banyakkan sifat malu dalam diri.. dan jangan suka mengaibkan sesiapa..
Tapi sesekali saya melatah jugak.. Allahuakbar.. Moga dosa saya diampunkan Allah...
Saya pelik bila tengok kadang2 perkara yang boleh mengaibkan orang jadi bahan jenaka dengan tanpa rasa ia satu dosa.. Dalam erti kata lain ialah sikap suka mendedahkan keburukan orang lain secara terang-terangan mahu pun kadang2 tanpa pengetahuan orang yang diaibkan.
Semua orang ada kelemahan, kekurangan dan ada melakukan kesilapan dalam hidup dan lazimnya kita akan merahsiakan kesilapan itu bagi mengelakkan rasa malu jika ia diketahui umum. Sedangkan seorang kanak-kanak pun tahu malu jika silapnya ditegur di khalayak ramai, inikan pula orang dewasa. Maka, biasanya kita akan merahsiakan kesilapan itu agar ia tidak mengaibkan diri kira sendiri.
Namun, bila tiba kepada keaiban orang lain, sikap kita begitu berbeza
sekali. Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban
orang, malahan sanggup pula jadikan keaiban itu sebagai jenaka untuk dikongsi bersama rakan-rakan untuk ketawa bersama..
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak".
Malah turut sama bersubahat dengan dosa bagi mereka sama ada menjadi orang yang mengaibkan
orang lain, menjadi pendengar atau pembaca
atau penonton setia kisah-kisah keaiban itu mahupun menjadi penyampai
atau pemanjang cerita-cerita aib tersebut.
Sekadar renungan bersama..=)
Lebih baik kita sebarkan berita baik, atau diam lebih baik dari berkata-kata yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kita dan orang lain.
Friday, July 24, 2015
Ada yang lebih susah..
Salam Lebaran.. Mohon maaf atas segala salah dan silap...
Berkongsi sedikit pengalaman perjalanan balik ke Ipoh, Perak untuk sambut lebaran baru-baru ni.. Entah kenapa ingatan pada keluarga tersebut masih tak dapat dibuang lagi dari ingatan saya.. Dan setiap kali teringat akan buat saya rasa sebak yg teramat bila dikenangkan semula..
Kami terserempak satu keluarga yang juga mungkin dalam perjalanan balik kampung hanya dengan menaiki motorsikal suami isteri dan 3 anak.. 2 anak duduk dihadapan, Dan dibelakang si isteri dan seorang lagi anak.. Allahuakbar.. Sayunya hati tengok keadaan tersebut.. Cuma dalam keadaan yang agak laju, kami tak dapat berhenti untuk bantu.. Dan mungkin kalau kami berhenti pun belum tentu pasangan suami isteri itu akan tumpangkan anaknya pada kami..
Allahuakbar.. Besarnya nikmat yang Allah dah bagi pada kami sekeluarga, walaupun mungkin pada pandangan mata keadaan kami tak lah seberapa berada..
Masa saya tengok viral Ayah bawa 3 anak balik kampung tu pun mata saya dah masuk khabuk, inikan lagi dengan ibunya sekali..
Moga Allah sentiasa bantu dan murahkan rezeki pasangan tersebut..

Saturday, June 6, 2015
Dari kawan, akhirnya jadi anak sedare..
Dari asalnya suka-suka akhirnya jadi nyata..
Asalnya saya sekadar memperkenalkan melalui fb anak saudara suami pada sahabat di pejabat yang telah saya kenal sejak 2002 lagi.. Memandangkan pada mata saya dia sangat baik..
Secara perlahan dan sokongan, hubungan mereka agak 'menjadi & serasi'..
Dan akhirnya 6 Jun 2015, mereka selamat diijabkabulkan.. Moga hubungan kalian berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.. (Zulkarami & Hafizun)
Friday, March 20, 2015
Impian itu Doa.. Hanya Allah yg tahu apa yg baik untuk hambanya.
Orang kata impian tu satu kenyataan..
Tapi kadang2 kita cam pasti je sesuatu impian atau cita-cita tu cam mustahil je untuk jadi kenyataan bila melihat dari segala sudut pada masa sekarang..
Salah satu impian saya... Nak anak2 saya dapat masuk sekolah ni... SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU..
Tapi sekolah ni memerlukan tahap akademik & agama yang sangat tinggi kelulusannya..
Mampu ke anak saya.. Allahuakbar. Sesungguhnya Allah sahaja yang Maha tahu segala yg baik untuk hambanya..
Sejuknya hati bila tengok gambar anak-anak di Imtiaz ni belajar..
Friday, March 13, 2015
Anniversary..
9 tahun yang lalu, kami memulakan satu kehidupan baru yang alhamdulillah sehingga ke hari ini, moga dalam rahmatNYA sentiasa....
Nikmat yang tak terkata dikurniakan suami & anak-anak yang dapat membimbing diri selangkah demi selangkah untuk belajar meneruskan kehidupan untuk jadi yang lebih baik dan bertanggungjawab..
Sekarang masih juga terasa baru, heheee...
Moga hubungan yang kami bina kekal hingga ke akhir hayat & moga hingga ke Jannah..
Moga kami dan anak2 sentiasa dalam Rahmat Allah hendaknya..
Perjalanan kami mungkin masih jauh atau cuma sekejap masa lagi.. Semuanya atas ketentuanNYA.. Hanya dia yang maha tahu..Apapun semoga singkat atau jauhnya hubungan kami, ia akan cuba diisi dengan pengisian yang dapat memberi manfaat buat kami sekeluarga dunia dan akhirat.
Moga ianya meninggalkan kesan2 yang lebih baik untuk bekalan kami "ke sana" nanti.
Amiin..
Friday, February 6, 2015
Sesekali Balik Terengganu..
Lama dah tak balik Terengganu.. Last kami balik adalah masa raya tahun lepas.. Disember baru-baru ni ada plan nak balik, tapi musim banjir.. so tak berani nak redah..
Memula sampai singgah amik Tok Wan kat rumah tumpangan KakTie.. Sempat si Haziq jumpa sepupu2.. |
Bergambar kat rumah tokwan.. |
Haziq beriyer-iyer nak tangkap gambar kat sini.. Tok Wan nak ikut sekali |
Memandai sendiri pose camni.. hmm ok gak.. :) |
Gi beli sendiri.. tak sabar punye pasal.. |
Tengah rajin melayan adik.. |
Layan anak-anak main layang-layang.. |
Entah ape la yg difikirkan.. |
Susah nak dapat pakcik ni bergambar ngan bonda kesayangan.. |
Bergambar dulu sebelum gerak.. |
Aktiviti melawat kawasan.. ermmm..
Besarnye rumah nii.... Ni rumah milik Tokeh Emas kat sini.. | Anak saya kata rumah ni cam masjid la ibu... :) |
Rumah Kak Nor & Kak Tie, cuma didiami sesekali hujung minggu.. |
Saturday, January 3, 2015
Jalan-jalan Melaka
Minggu akhir cuti semester yang lepas.. kami jalan-jalan ke Melaka bersama anak-anak. Nak ke Korea tak mampu.. Nak ke London lagi laaa... heheee...
Jadi laa...
Sebenarnya plan utama amik cuti adalah untuk balik kampung Terengganu... Sambil balik kampung cadang nak bawak anak-anak jalan-jalan kat sana..
Tapi memandangkan musim banjir yang agak teruk di pantai timur, kami tak berani ambil risiko untuk balik kampung.. Terpaksa tangguhkan dulu..
Fikir punya fikir, akhirnya kami plan untuk ke Melaka..
Setelah sekian lamanya tak jejak kaki ke sana. Last kami ke melaka pada 2007.. Alhamdulillah syukur anak tak banyak ragam.. Diorang la yg paling happy.. Almaklum la.. ibu ayah dia cuma bawak jalan-jalan setiap hujung tahun je.. hehee..

Walaupun dalam kepala dah ada tempat2 lain yang teringin nak pergi tapi
kita simpan dulu.
Merata hotel kami pergi.. semua penuh.. First gi Mahkota Hotel.. Full.. Holiday Inn.. Full gak.. Seri Costa.. penuh gak... Adoii... Akhirnya kami stay dekat Hotel Seri Pelangi betul-betul dekat bandar
hilir. Hotel bajet.. Hotel melayu.. Dekat sangat2 dengan bandar hilir tu, saja support
melayu sikit walaupun tak berapa best tapi not bad la janji boleh tidur.
Senang nak jalan-jalan dekat bandar hilir nanti. Parking kereta
dekat hotel then jalan kaki je pergi semua tempat. Semua tempat memang
berdekatan senang nak jalan-jalan. Cuma sian anak-anak, tak dapat mandi kolam renang.. Salah ibu jugak.. tak book hotel awal-awal.. Memandangkan tak dapat check in di hotel yg ada kolam renang, dengan rasa agak terpaksa (sebab jauh) kami bawak anak-anak gi A Famosa Water World.. Kalau nak tau, pergi mandi manda ke A FAmosa ni langsung tak tersenarai dalam plan asal.. Memandangkan anak-anak dah muncung tak dapat mandi manda akhirnya terpaksa gagahkan juga nak bagi diorg puas.. Dah namanya pun jalan-jalan untuk bagi anak-anak happy..
Kalau setakat jalan-kalan pusing bandar hilir cuma mak ngan pak je yg happy..
Balik je dari Melaka anak-anak siap cakap.. ayah nanti bila-bila kita gi legoland pulak ek.. Pergh..
Subscribe to:
Posts (Atom)