Cerita ini saya copy (share) dari Blog Prof Kamil Ibrahim.. Agak tersentuh dengan ceritanya.. Moga boleh diambil pengajaran daripadanya..
Sahabat
    10
Saya ralit mendengar anak bongsu berusia 11 tahun – Farah Sofea – bercerita.
Sofea dianugerahkan pelajar paling berakhlak untuk bulan September. Cikgu bagi sijil.Kawan Sofea yang paling rapat bertanya cikgu, “kenapa Farah yang dapat? Apakah kerana dia memakai Abaya? Adakah ia kerana Farah orang Malaysia?
Ayah … bolehkah kita buat begitu? Tuhan marah tak?
Hampir kesemua guru di sekolah mereka – 
Baseerah International School – berbangsa Arab. Malah hampir kesemua 
pelajarnya berbangsa sama. Memang pun ia bersesuaian dengan asal niat 
pernubuhan sekolah ini untuk memberi kemudahan masyarakat Arab yang mula
 memenuhi sekitar Lembah Kelang. Sofea terus bercerita,
Kenapa kamu bertanya begitu? Bayangkan bagaimana jika kamu yang mendapat anugerah ini dan Farah bertanya soalan yang sama. Apa perasaan kamu?
Itulah perasaan dalaman seorang 
kanak-kanak berusia 11-12 tahun apabila dikaitkan dengan sedikit 
anugerah diterima oleh sahabat sendiri. Akhirnya beliau menyedari 
bagaimana pertanyaan tersebut melukakan hati sahabat sendiri. Apatah 
lagi ia sahabat yang sedikit.
Bila cikgu tiada dia menyatakan kepada Sofea …. saya sengaja bertanya semata-mata untuk menghabiskan masa cikgu supaya dia tidak mengajar kita matematik.Saya suka awak dapat.
Saya senyum dan ketawa. Pastinya ingatan
 bersama-sama rakan sejawat universiti melintas laju. Logiknya begitu. 
Saya terbayang ketika membaca surat layang yang dihantar kepada Perdana 
Menteri, Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor apabila telah 
dianugerahkan jawatan professor di kala berusia 39 tahun. Kisah yang 
ditonjolkan dalam konteks berbeza menunjukkan datangnya dari sahabat 
sendiri.
Malah minda saya terbayang membaca surat
 layang yang dihantar kepada Menteri Pengajian Tinggi di atas kegiatan 
saya menyampaikan ceramah di masjid dan surau ketika menjawat jawatan 
Pengarah UiTM Johor. Ia reality yang dispin dengan baik sekali.
Malah pelancaran buku menggunakan bajet 
sendiri juga tidak terkecuali mendapat bantahan orang-orang tertentu 
yang tidak dapat mengawal rasa hati dalaman mereka. Laporan kepada BPR 
(nama pada ketika itu) telah dilakukan dengan niat menyusahkan.
Tentu sekali ia saat paling baik untuk mengajar anak sendiri. Saya nyatakan kepada Sofea,
Ayah percaya Sofea tidak pernah meminta anugerah ini. Ayah yakin Sofea tidak tahu pun yang akan ada anugerah ini. Tahniahlah …Jika kawan Sofea yang dapat … tidak usahlah kita berkecil hati atau berasa kita lebih layak. Sebenarnya Allah SWT yang memberi anugerah tersebut.Jika kawan yang dapat …. ucapkan tahniah dan doakan agar mereka lebih berjaya lagi.Jika kawan kita tidak puas hati dengan kita … doakan supaya Allah melembutkan hatinya untuk tidak berasa begitu.Berkawanlah …. tidak mengapa …. Allah SWT yang akan jaga Sofea.
Begitulah kehidupan. Ia kelihatan sangat
 pelik dan tidak masuk akal untuk melihat sahabat paling hampir berasa 
cemburu dan iri hati. Agak saya … itulah ujian kehidupan paling utama 
bagi mereka yang sudah berada di dalam lingkungan tua dan beruban.
Dengki, khianat, fitnah dan berburuk 
sangka menjadi eleman utama yang memisahkan manusia beriman dan bertakwa
 berbanding dengan manusia pendusta. Membersihkan hati hanya boleh 
berlaku jika hampir denganNya.
Didiklah anak-anak dengan solat dan 
mengaitkan seluruh kehidupan dengan wujudnya Dia yang sentiasa 
memerhatikan tingkah laku kita.
InsyaAllah … mereka akan mengasihi sahabat hampir dengan cara yang adil dan saksama.