Catatan ringkas seorang insan kerdil yang menghayati nikmat kehidupan indah yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Semoga hati sentiasa dekat padaNYA. Dan semoga selamanya indah.. Amiin.
Sunday, April 7, 2013
Tuhan sedang Menguji Kta
Semalam mak & abah saya datang, dengan tujuan untuk ajak kami gi kenduri di bukit katil melaka. Abah bagi buku ni. Tajuk, Tuhan Sedang Menguji Kita, Tulisan Ustaz Kazim Elias, Berbungkus plastik lagi. abah kata, tak tau nak bagi hadiah ape, cuma buku ni je yg terlintas untuk dia bagi pd saya sempena birthday.. kata abah, baca dan ambik teladan. banyak isi yg bermanfaat.. Alhamdulillah..
Friday, April 5, 2013
Ulang tahun ke 35
04.04.2013.. Ulang tahun ke 35.. Sekejap je rasa, pejam celik pecam celik.. Dah sampai ke angka 35.. Alhamdulillahh.. Semoga menjadi isteri, ibu dan anak yg bertanggungjawab kpd keluarga. Terima kasih mak dan abah kerana menjaga saya sejak dari kecil. Terima kasih sayang sebab selalu sabar layan kerenah saya. Terima kasih anak-anak ibu sebab kalian buat ibu rasa bahagia..
Semoga saya masih diberi ruang untuk terus berbakti pada mereka semua. Dan semoga Allah masih panjangkan umur saya, murahkan rezeki saya dan berkati hidup saya dunia & akhirat..
Harapan: Masih cuba untuk jadi yang lebih baik.
Semoga saya masih diberi ruang untuk terus berbakti pada mereka semua. Dan semoga Allah masih panjangkan umur saya, murahkan rezeki saya dan berkati hidup saya dunia & akhirat..
Harapan: Masih cuba untuk jadi yang lebih baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)