Ape laa nak jadi.. slalu sangat mengeluh.. letih mengeluh.. banyak keje mengeluh. sakit sikit mengeluh. susah pun mengeluh.. terima dugaan mengeluh lagi.. setakat hujan dipetang hari pun boleh wat rasa mengeluh.. alamakk hujan lakk.. confirm jam. confirm sampai rumah dah gelap. nak amik anak pun susah dalam hujan2 lebat camni.. apa nak jadi.. tu semua kan rahmat.
Cuba buka mata luas-luas,duduk dan renung apa yg
Allah dah bagi, keluarga, ibubapa, sihat tubuh badan, sempurna akal fikiran,
duit, rumah, kereta, makan.. semua sempurna. apa lagi...
Bayangkan kalau Allah yg kata "letihla dengar
budak ni mengeluh hari2.. tak cukup lagi ke apa yg aku dah bagi, tak payah
bagi la lagi, bia dia rasa" dan dia tarik semua tu. masa tu baru la nampak
apa yg sedang dilalui skrg tu adalah NIKMAT dan RAHMAT yg tak ternilai harganya. Allah tu Penyayang.
Cuba bayangkan kalau Allah tarik apa yg kita ada skrg.. anak2, suami, kesihatan, cuba bayangkan. Nauzubillah..
Ayat lazim, Bestnya kalau jadik cam dia, kalau macam tu kan bestt..
kalau macam ni kan bagus.. janganla
fikir apa yang kita takde. sampai kiamat
pun tak habis. Ada bagi semua yg Allah mintak?
Belajar bersyukur ni memang susah kalau asyik
nak membandingkan dengan orang.
Membandingkan untuk ke arah kebaikan diri takpe..
Membandingkan untuk ke arah kebaikan diri takpe..
Apa yg kita lalui skrg adalah pilihan kita. Allah dah
atur cantik.. Kita susun perkemaskan supaya jadi yg lebih baik di pandangan Allah
& manusia sekitar.
Bukan semua yang disangka membahagiakan itu benar-benar
membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga ikut datang sama.
Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Contoh mudah: Bila tengok orang bawak kereta mewah dan maka terdetik kat hati,
bahagianya orang itu....hebatnya hidup dia.banyaknye duit dia. tapi tak mustahil orang yang memandu kereta mewah
(walaupun adakalanya sebenarnya tak mewah manapun) terpaksa membayar lebih
untuk ansuran bulanan kereta dan cukai jalan. Masa terperangkap dalam kesesakan
jalan raya terlampau, yg bermotosikal boleh mencelah-celah hingga mampu berada jauh di
hadapan. si kereta mewah mengeluh, masa tu terfikir alangkah baiknya kalau hanya
menunggang sebuah motosikal seperti tu... sampai pun cepat ke tempat yang
dituju. Padahal si penunggang motosikal pula sedang memikirkan bilalah
agaknya dapat beli kereta mewah macam tu, selesa je duduk kat dalamnya..
bangga bila ada mata yg memadang.
Bila nampak orang melancong, banyaknye duit dia.. Bestnye kalau dapat camtu. Cukup2 la, jgn asyik membandingkan dgn org lain.. Cuba bandingkan amal ibadat tu dengan orang2 yg hebat amalannya. Cuba atasi dia.
Ade orang Allah bagi kemewahan dalam bentuk wang ringgit.. berhibur sana berhibur sini, tapi Allah lambatkan rezeki dia dari sudut lain, ada orang susah hidupnya ibarat kais sebulan makan sehari, tapi Allah kayakan dengan cahaya mata dan keluarga bahagia.
Bersungut kerja dan nampak best je kalau jadi pegawai besar boleh suruh tu suruh ni.., tapi cuba fikir tanggungjawabnya. tinggi gajinya, tapi berat pula tanggungjawabnya.. letakkan kita disitu?? mampu pikul semua?

kita ni semua masing
masing ada apa yang orang tu takde cuma kita je asyik nampak lebih orang lain, diri
sendiri terabai pastu emosi merendah rendahkan diri sendiri.
Berhenti mengeluh.. Cuba ikhlaskan
hati, ikhlaskan hati, ikhlaskan hati.......sentiasa jaga hubungan dengan
Allah..... perbanyakkan bersyukur dan selalu beristighfar (mohon ampun dari
Allah)........... takde apa yg susah
melainkan kita sendiri yg menyusahkan fikiran kita.
(semua ni untuk ingatan diri sendiri yg kadang-kadang tergelincir dari rasa bersyukur)