Tuesday, August 28, 2012

Salam Lebaran..



Kakak Sulong..

Abang Ke-2.. (Ngah)








Fmly kakak ke-6 (Kak Kin)

Fmly abang ke-3 (Abg De..)

Family kakak ke-5 (Kak Nor)

Fmly kakak ke-7 (Kak Ti)

My Fmly,suami saya yg ke-9..


jejaka2 Pak Ramli.. :)
Mak Dara merangkap tukang masak fmly kecuali saya hehee..

Group Anak Dara
 


Selamat Hari Raya....!!!
Rasanya belum terlewat untuk ucapkan selamat hari raya buat kawan2... Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah silap yg saya lakukan..

Raya kali ni giliran beraya di terengganu.. lepas balik sembahyang raya tu sempat la jugakbergambar reramai untuk kenang-kenangan..


Tuesday, August 14, 2012

Terbakar

Magrib semalam lepas waktu berbuka tetiba dengar orang terjerit-jerit dari bawah rumah "toloong.. toloongg.. kereta sape parking kat belakang.. terbakarr.. kereta terbakaaarr" cepat2 saya jenguk ke bawah dari rumah saya ting.6.. orang yg terjerit2 tu pusing kedua-dua blok sembil terjerit2 ayat yg sama... tetiba saya jadi panik. ade kereta terbakar ke.. atau rumah yg terbakar.. 

seberang blok saya pulak saya tengok ramai orang keluar ke balkoni masing2 seolah tengok sesuatu yang pelik ke arah belakang kawasan perumahan saya.. dari blok tersebut gak saya nampak cahaya api kemerah2 an walaupun saya tak nampak api.. dan orang yg terjerit2 tu masih tak berhenti jerit2 lagi.. saya ketuk pintu bilik air mintak asben saya turun jenguk, tapi dia sedang siap sedia nak mandi.. cam tak berminat je nak turun.. dia kata, tadi masa nak naik rumah dia nampak api lalang kat luar kawasan rumah.. luar pagar tuu.. 

saya tak puas hati dengan jawapan dia, kalau tak serius takkan org tu terjerit2.. disebabkan tak puas hati dan kerisauan yg tak tergambar saya turun gak bawak anak2 dan biarkan asben terus mandi :)  dlm hati merungut sikit.. bunyik org tengah cemas2 pun asben saya boleh wat cool..

bila turun lampu bawah rumah semua terpadam. yang nampak samar-samar cahaya api yg dah besar ditepi luar pagar rumah kami. hampir menyambar kereta2 yang parking kat tepi pagar tu.. Nampak jugak 2,3 org yg pegang baldi.  tak lama kereta  bomba dan satu peronda polis tiba.. alhamdulillah api terpadam gak akhirnya dengan bantuan bomba tu. 

rupanya risik punya risik, rupanya punca kebakaran tu sebab ada orang yg bakar lalang tu atas cubaan untuk membangunkan kuil hindu.. saya tak pasti samada cubaan membangunkan kuil atau membesarkan kuil kecik yg ada sedia ada kat situ..tetiba rasa sakit hati.. menyusahkan orang lain je. tapi bila difikir2kan balik, ada hikmahnya.. bila jadi macam tu baru komuniti kat situ terbuka mata untuk buat sesuatu bagi mengelakkan 'perkara tu' berlaku. alhamdulillah.. kesudahnnya harap disudahi dengan perkara baik2.. 

Dan semoga kami sentiasa dalam peliharaanNYA.. Amiin