Friday, December 30, 2011

Balik Kampung

Saya cuti selasa dan rabu lepas.. Pagi Sabtu singgah Ipoh jap amik mak abah n kakcik, terus pergi rumah adik kat Penang. Malam tu sempat jugak la singgah Pesta Penang. Masa nak ke Pesta Penang tu, jalan jam teruk. Lebih teruk dari jam kat KL.. Esoknye balik singgah hantar mak kat umah, selasa baru balik KL semula.
Singgah zoo negara jap bawak anak2.. Mahalnye tiket masuk zoo skrg, last pergi zoo dulu tiket RM15 je tak silapnye, skrg dah RM20 utk dewasa. Dulu naik tram free, skrg kena bayar lak RM3. Bila fikirkan balik kos selenggara haiwan2 dalam tu, hmm kira ok je la...


Rabu cuti lagi.. Dok umah je mengemas..

Wednesday, November 30, 2011

Salam Maal Hijrah

Lama sungguh tak menulis dalam blog ni.. Rasanya tak terlalu lewat untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah.. Semoga kedatangan tahun baru ini dapat menjadikan diri lebih baik, sempurna dan selalu bersyukur.Saya adalah orang yg kdg2 kerap mengeluh bila sesekali sesuatu kesusahan berlaku dalam hidup saya. Sedangkan kesusahan yg dilalui cuma beberapa ketika je sedangkan nikmatNYA telah dinikmati. Sepatutnya perlu banyak bersyukur.. saya sendiri tau dunia ni penuh dengan ujian drpd Allah.. Boleh jadi hari ni kita gembira sampai lupa dunia.. boleh jadi esok lusa kita adalah orang yg paling sedih sehinggakan menjadikan kita antara insan yg paling takut pada Allah.. kadang-kadang mungkin Allah turunkan ujian untuk mendekatkan kita padaNYA.. hmmm mungkin..Amatlah payah untuk kita perbetulkan kesilapan2 yg pernah kita lakukan pada masa lalu.. Yang mampu cuma menjadikannya pelajaran, pengajaran dan satu pengalaman baru untuk lebih berhati2 dalam melalui hidup.

Tuesday, November 1, 2011

Felda Residence Tekam.. Okt 2011


























Dah lame tak mengupdate blog.. Jadi la sekadar menyelitkan seidikit gambar masa Team Building kat Felda Residence Tekam aritu untuk dijadikan kenangan untuk dilihat semula satu hari nanti..

Monday, September 19, 2011

esok belum tentu milik kita.



Petikan yang saya baru jumpa, menarik lak untuk dikongsi bersama.

Bismillahirrahmanirrahim…
“Kita dilahirkan dalam keadaan kita tidur. Kita hidup dalam keadaan kita bermimpi. Dan kita mati sebelum sempat kita bangun..”
Kata-kata Jalaluddin Rumi ini menyentap tali jantung saya. Langsung saya teringat kata-kata Saidina Umar.

“Kebanyakan manusia tidur di atas muka bumi ini dan hanya akan terjaga setelah mereka mati,”

Barangkali sebab itulah banyak manusia yang telah mati meminta kepada Allah untuk hidup semula. Agar mereka boleh beramal sebanyak-banyaknya. Dalam Al-Quran banyak sekali Allah menyebut kebanyakan manusia yang telah mati minta untuk dihidupkan kembali agar mereka boleh berbuat amal sebanyak-banyaknya.

Ya Allah…,

“Saya belum dapat hidayah,” "saya rasa saya nak berubahlah"

“belum masanya untuk saya berubah,” atau "insyaAllah sampai seru nanti saya berubahlah"

Antara frasa-frasa yang pasti meluncur keluar dari dua ulas bibir mereka yang menerima teguran.

Kita selalu mohon Hidayah Allah..

Hakikatnya, hidayah itu perlu dikejar dan dicari. Bukan sekadar dinanti.
Namun tidak dinafikan, mereka yang menanti hidayah juga sebenarnya akan memperolehnya.

Sama ada kita suka atau tidak. Bersedia atau tidak. Ajal tetap akan datang menjemput kita apabila tiba masanya. Tidak lewat walau sesaat. Tidak cepat walau sekadar satu kerdipan mata.
Sebagaimana malaikat Izrail tidak pernah lalai menjenguk dan mengintai kita setiap hari, sekerap itulah seharusnya kita mengingati pertemuan kita dengannya.

“Asyik-asyik sebut pasal mati! Tak ada benda lainkah?”

Ingatlah, mengingati mati adalah sebaik-baik motivasi.

Mempercayai akhirat bukan bererti meremehkan dunia. Ujar Dr. Yusuf Al-Qardawi.

Andai terlintas dalam fikiran untuk berbuat baik, maka jangan bertangguh lagi. Andai terdetik untuk berubah jangan dinanti-nantikan lagi.

Kerana esok belum tentu milik kita.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


dunia n akhirat ni macam lalang n padi, kalau tanam padi, lalang
tumbuh sekali,
tapi kalau tanam lalang, takkan tetibe tumbuh padi???

analogi ringkas, lalang tu dunia, padi tu akhirat,

kesimpulan ringkas, kejarla akhirat, insya allah dunia akan datang bersama..

Tuesday, September 13, 2011

Cerita Raya..

sekian la citer raya yg mungkin dah agak basi sebab saya baru sempat nak selit kat sini.. sepanjang raya saya tak kemana, cuma balik rumah mak dan mak mertua je.. cuma sehari sebelum balik tu sempat gak kami jengah rumah abang suami (abg ipar) jap..
alhamdulillah hari Isnin kami dah balik ke kL semula dengan hajat asal selasa nak masuk keje (walaupun memang saya apply cuti hingga khamis), tapi memandangkan anak saya belum begitu baik sepenuhnya, terpaksa la sambung lagi cuti sampai jumaat..















pagi khamis (raya ketiga) kami gerak balik ke tganu lak.. lalu cameron, gua musang, kenyir... sempat lak kami singgah tempat orang pelihara gajah n singgah tasik kenyir jap.. alhamdulillah insyirah tak berapa meragam sangat.. cuma dia semakin kurus dan cengkung sebab taknak makan dan minum dari raya pertama sampai la raya ketiga ni.. dia cuma nak minum air masak & susu badan je.


Ni la kami 3 beradik..






Tiba la hari raya.. Ni antara gambar di pagi raya..



malam sebelum raya, masa ni insyirah ok lagi..mampu main2 dan boley ikut abg dia main bunga api lagi..

Perjalanan balik kampung ipoh.. Pukul 6.30 pagi dah kua umah sebab takut jalan sesak.. Alhamdulillah perjalanan lancar.. Tapi Insyirah dalam keadaan demam.. Panas.. Doktor baru cakap dia kena c-ken pox.


Monday, September 12, 2011

Mud Keje

Hajat hati tingin nak update cite raye tapi memandangkan hari ni hari pertama keje dan mud masih di awang-awangan, terpaksa tangguhkan dulu hajat hati ni..
Walaupun cuti panjang, tapi raya kali ni agak kurang menarik untuk di kongsi citer.. Takpe la sambung esok2...

Wednesday, August 24, 2011

Salam Lebaran



Sekadar ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua.
Mohon maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata mahu pun perbuatan..
Semoga lebaran kali ni disambut lebih meriah dan bermakna buat kita semua di samping keluarga dan orang yang tersayang.

Dan..
Semoga setiap perkara yang dilalui sepanjang cuti raya adalah yang indah2 belaka untuk dikenang..

Thursday, August 18, 2011

Haziq Kena C-ken Pox




Baru plan nak cuti panjang2 utk raye, tetiba haziq kena c-ken pox lak... dalam erti kata saya dah terambil cuti awal untuk jaga haziq..
nampak gayanya cam kena tarik cuti raya ckit la ni...

haziq walaupun tengah sakit, tapi tetap lasak... adduuhh... pening ngan anak ibu sorang ni..

Friday, August 5, 2011

Ramadhan.. Bermulanya suatu perubahan..

Hari tu Ustazah Dr. Rubiah K. Hamzah ada cakap masa datang bagi ceramah kat MQA...

perbetulkan niat.. segalanya mesti kerana Allah.. baru semua yang kita buat diberkati & diredhoi..


"Innasolaati.Wanusuki.Wamahyaayaa WaMamaati.Lillahirobbil Aalamin.."
"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. " - surah Al-An'am ayat 162


...betulkan... betulkan... betulkan...

Bismillah... Ikhlaskanlah hati.. bukan sebab lain.. ~tapi untuk DIA~

Tuesday, July 26, 2011

Temasya Kampung Ku


































23 Julai 2011.. Kami semua berkampung kat Taman Wetland Putrajaya.
Kat sini sedikit sebanyak gambar yang sempat saya ambil pada masa tu.
Agak tak berapa best sebab insyirah tengah demam lak pagi tu.;.