Thursday, October 27, 2016

Perjalanan balik kampung Terengganu.


Alhamdulillah minggu lepas 22 Okt 2016, pukul 3 pagi kami bertolak ke Terengganu untuk hantar my MIL balik kampung.. Teringin pula berkongsi perjalanan balik kampung kali ni..
Perjalanan yang tenang (sebab anak-anak tidur sepanjang perjalanan, kalau tak asyik kena soal, bila nak sampai ni ibu.. lambatnyaa..hehee), damai (sebab tak banyak kenderaan, slalu balik masa ada cuti panjang, so kenderaan agak banyak), sejuk... cuaca pagi yg cantiik..
 Perjalanan pagi yang mendamaikan.. boleh lihat matahari terbit, sejuk, kabus.. pemandangan yg jarang2 dpt kami lihat.







                            
Selepas mengharungi 5 jam perjalanan sejak ada LPT2 ni, kami selamat sampai ke Kuala Berang.. Oops.. nak citer sikit, sebelum ni kami gunakan LPT2 masih belum berbayar (last balik kampung masa Aidilfitri 2 bulan lalu).. kali ni balik dah kena bayar.. Disebabkan kami exit di tol Ajil (itu exit yang paling dekat dengan Kuala Berang), makanya jumlah tol yang pertama kalinya kami bayar adalah RM39.70.. Jumlah ni tidak termasuk tol2 kecil yang lain seperti Duke, Gombak & Bentong.. Walau agak mahal pada kami, namun ia berbaloi sebab selesa & cepat, bila difikirkan dulu kami terpaksa melalu jalan biasa yang selalunya akan ambil masa lebih 7 jam untuk sampai..

Dah sampai... Deretan kedai2 sebelum masuk simpang rumah.
Simpang masuk rumah..
Sampai je rumah, tak sempat bersarapan, suami & anak2 terus kutip buah rambutan.. teruja sebab nampak ranum sangat kat pokok.

Lunch kami..
 Petang tu, disebabkan balik kali ni dalam tergesa2 dan mengejut, (MIL minta hantar balik) jadi tak dapat amik cuti panjang.. makanya kami tak berjalan ke mana2 pun, sekadar pergi kebun untuk ambil buak Duku & Dokong.. 
Anak bujang saya baru belajar panjat pokok yg tinggi & basah.. hehee terkial2..
Proses memanjat.. bila kain batik tu dah penuh diisi, baru buah dibawa turun untuk diisi dalam bakul.
Ni pokok duku,satu pokok, si pemanjat akan bawak turun dalam 3X kain gendongan

No comments: