Allahuakbar..
Satu persatu ujian hidup yang pada pandangan saya terlalu berat untuk dipikul sekiranya ia terjadi pada saya.. Mendengarkan apa yang berlaku dah cukup memilukan, apa lagi bahu mereka yang memikul..
Semua dalam masa terdekat.
Sahabat yang telah pergi.. Sahabat yang kematian anak kesayangan.. sahabat yang kehilangan ibu bapa.. sahabat yang ditimpa musibah kesakitan yang dashat.. dan macam2 berita yang agak sedih buat kami tersentak dan perlu sedar bahawa segala apa yang Allah beri adalah pinjaman..
Nikmat bersahabat, nikmat berkeluarga, nikmat kesihatan, nikmat wang ringgit semua itu Allah boleh tarik sekelip mata.. Cuma perlu mensyukuri apa yang kita ada sekarang.
Pada yang diuji, pujuklah hati dan diri kalian untuk memandang ia dari sudut hikmah yang akan berlaku.. Bukan Allah tidak peduli, Bukan Allah menyeksa, mungkin bukan juga Allah tidak kabulkan doa, bukan Allah tidak kisah dengan air mata kalian, tetapi mungkin Allah hendak kita tahu bahawa DIA menyayangi.. Sangat menyayangi.. Masakan tidak, dari sekelian umat, kalian antara pihanNYA..
Satu yang perlu untuk saya tanamkan dalam diri saya juga, bahawa Allah sebaik-baik perancang.. Percayalah.. Jalan yang Allah beri tidak akan menyecewakan kita.
Perlu yakin dengan janji Allah.Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita.
No comments:
Post a Comment