Assalamualaikum,
Entry kali ni sekadar nak share pengalaman pos motosikal menggunakan khidmat KTMD. Mungkin boleh dijadikan panduan kepada sesiapa diluar sana.Ia adalah pengalaman pertama untuk saya. Alhamdulillah dipermudahkan dan selamat.. Tiada calar balar, tiada kerosakan, cepat dan mudah!
Persediaan sebelum pos:
1. Cuma bawa motorsikal ke tempat yang disediakan.
Kemudian pergi ke pejabat KTMD di bangunan KTM (berdekatan dengan bulatan Masjid Negara): (bahagian belakang bersebelahan tempat memunggah barang..)
2. Isi maklumat menggunakan consigment yang diberi. Cuma isi nama & No Kad Pengenalan pengirim & penerima sahaja.. Tapi saya terajin tulis semua maklumat pulak..
3. Buat pembayaran & pendaftaran di kaunter. Jumlah bayaran pos yang dikenakan adalah mengikut CC kenderaan tersebut. Macam saya CC kenderaan adalah 115, so bayarannya adalah RM135.
Saya pilih untuk wrap motor tersebut dengan kotak untuk elak dari calar balar atau rosak. So kena tambah RM15. Saya juga serahkan kunci dengan sampul lain, so tambah lagi RM6 untuk sampul kunci.Total termasuk GST adalah RM165.35. Setelah buat bayaran kami diberikan resit & salinan invoice.
4. Ni contoh motosikal lain yang telah dibalut.. kami punya akan di wrap kemudia mungkin..
5. Ni tempat memunggah barang dan tempat lori2 yang akan bawa barang2 tersebut dikumpulkan.
Ok selesai... Pekerja di situ akan ambil resit dan invoice yang dah siap, bawa motor ke tempat yang sepatutnya untuk dibungkus. Proses hantar akan berjalan pada hari bekerja sahaja. Kami hantar motor ke KTMD pada hari Sabtu pagi, jadi hari Isnin baru boleh gerak ke Ipoh.
Hari Selasa, ayahsaya call bagitau, motor dah sampai.. Alhamdulillah.. Tak perlu kita bersusah2 untuk mengambil risiko bawak motor tu sendiri dari KL untuk ke Ipoh.
Yeaa dah dapat motor, hadiah befday untuk abah... muka ada sinyum.. :) |
No comments:
Post a Comment