Friday, July 22, 2016

kawan..

Dah lama rasanya biarkan blog ni bersawang..
Bila jumpa artikel ni, teringinpulak rasanya nak kongsi di sini..
Ia diambil dari fb Fynn Jamal. suka baca ayat2 yg dia post.
Sambil2 tu nak tumpang tepek gambaq yg baru sat tadi kami amik sempena majlis raye..

-kawan-


hakikatnya-- aku masih tak pasti siapa mereka.

aku tak simpan rahsia mereka. aku tak tahu benda2 yang cuma aku tahu tentangnya. aku tak kenal seluruh keluarga mereka. aku tak fasih hobi dan cita2 mereka ada.
haram tak tau apa.

tapi aku kira, itulah dia persahabatan yang baik2. kita bersahabat utk sebab yg baik2, kalau berbual-- cerita yg baik2, kalau berangan-- bincang mimpi yg baik2.

kerana yg baik2 itu adalah الله.

biar yg buruk2 kita simpan dgn diri sendiri. kisah2 buruk kita, keluarga dan kawan2-- telan seorang-- jgn dikongsi. bayangkan semua orang sekadar bercerita yg baik2-- segala kecil hati, sebal hati, terasa hati dipendam sendiri dan dipadam sendiri-- allahu akbar dunia ini pasti akan jadi JAUH lebih indah berseri.

itulah dia dunia yg kalau diikut pesan الله dlm perihal menjaga aib diri dan orang lain. sebagai balasan, الله akan kambuskan aib kita di hari pertimbangan.

dan bayangkan sekali kalau SEMUANYA terjaga aib di akhirat sana-- terampun dosa dan dimaaf yang kuasa. allahu akbar.

kita diajar tentang bersahabat oleh buku2 dan cerita2 orang hollywood. bff, bromance dan soulsisters bagai adalah hanya mereka2 yg tahu segalanya sambil mengasingkan kawan baik yg sebenar yakni pasangan dan keluarga kita.

kita kena reset. kita kena tahu siapa prioriti kita.

kita adalah kawan baik kita. quran adalah kawan baik kita.

berhenti mengadu sesama manusia. adu pada الله. berhenti berbual buruk2 sesama manusia. nanti الله marah.

kalau kita sayang kawan2 kita-- kita sama2 dan selalu2 borak tentang syurga dan bagaimana kita sama2 akan berjumpa di sana. kalau malu nak berangan, cakap "xpe. maksudnya kita kena lebihkan usaha".
bersama2.

di syurga nanti-- nak gossip mengadu menjoyah bagai-- sukatilah. tak ada orang marah. tapi kau sorang ajelah.

sebab di syurga nanti ahli2nya tak mau berbual apa2 pun melainkan tentang ibadah2 mereka di dunia dan bagaimana mereka berjaya diterima kemasukan ke syurga الله.

maka jom. jom borak2 macam dalam syurga.
cakap baik2, dengar baik2, hidup baik2. amin.

No comments: