Wednesday, October 1, 2014

Sahabat (MKI)


Cerita ini saya copy (share) dari Blog Prof Kamil Ibrahim.. Agak tersentuh dengan ceritanya.. Moga boleh diambil pengajaran daripadanya..

Sahabat

Saya ralit mendengar anak bongsu berusia 11 tahun – Farah Sofea – bercerita.
Sofea dianugerahkan pelajar paling berakhlak untuk bulan September. Cikgu bagi sijil.
 Kawan Sofea yang paling rapat bertanya cikgu, “kenapa Farah yang dapat? Apakah kerana dia memakai Abaya? Adakah ia kerana Farah orang Malaysia?
Ayah … bolehkah kita buat begitu? Tuhan marah tak?
Hampir kesemua guru di sekolah mereka – Baseerah International School – berbangsa Arab. Malah hampir kesemua pelajarnya berbangsa sama. Memang pun ia bersesuaian dengan asal niat pernubuhan sekolah ini untuk memberi kemudahan masyarakat Arab yang mula memenuhi sekitar Lembah Kelang. Sofea terus bercerita,
Kenapa kamu bertanya begitu? Bayangkan bagaimana jika kamu yang mendapat anugerah ini dan Farah bertanya soalan yang sama. Apa perasaan kamu?
Itulah perasaan dalaman seorang kanak-kanak berusia 11-12 tahun apabila dikaitkan dengan sedikit anugerah diterima oleh sahabat sendiri. Akhirnya beliau menyedari bagaimana pertanyaan tersebut melukakan hati sahabat sendiri. Apatah lagi ia sahabat yang sedikit.
Bila cikgu tiada dia menyatakan kepada Sofea …. saya sengaja bertanya semata-mata  untuk menghabiskan masa cikgu supaya dia tidak mengajar kita matematik.
Saya suka awak dapat.
Saya senyum dan ketawa. Pastinya ingatan bersama-sama rakan sejawat universiti melintas laju. Logiknya begitu. Saya terbayang ketika membaca surat layang yang dihantar kepada Perdana Menteri, Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor apabila telah dianugerahkan jawatan professor di kala berusia 39 tahun. Kisah yang ditonjolkan dalam konteks berbeza menunjukkan datangnya dari sahabat sendiri.
Malah minda saya terbayang membaca surat layang yang dihantar kepada Menteri Pengajian Tinggi di atas kegiatan saya menyampaikan ceramah di masjid dan surau ketika menjawat jawatan Pengarah UiTM Johor. Ia reality yang dispin dengan baik sekali.
Malah pelancaran buku menggunakan bajet sendiri juga tidak terkecuali mendapat bantahan orang-orang tertentu yang tidak dapat mengawal rasa hati dalaman mereka. Laporan kepada BPR (nama pada ketika itu) telah dilakukan dengan niat menyusahkan.
Tentu sekali ia saat paling baik untuk mengajar anak sendiri. Saya nyatakan kepada Sofea,
Ayah percaya Sofea tidak pernah meminta anugerah ini. Ayah yakin Sofea tidak tahu pun yang akan ada anugerah ini. Tahniahlah …
Jika kawan Sofea yang dapat … tidak usahlah kita berkecil hati atau berasa kita lebih layak. Sebenarnya Allah SWT yang memberi anugerah tersebut.
Jika kawan yang dapat …. ucapkan tahniah dan doakan agar mereka lebih berjaya lagi.
Jika kawan kita tidak puas hati dengan kita … doakan supaya Allah melembutkan hatinya untuk tidak berasa begitu.
Berkawanlah …. tidak mengapa …. Allah SWT yang akan jaga Sofea.
Begitulah kehidupan. Ia kelihatan sangat pelik dan tidak masuk akal untuk melihat sahabat paling hampir berasa cemburu dan iri hati. Agak saya … itulah ujian kehidupan paling utama bagi mereka yang sudah berada di dalam lingkungan tua dan beruban.

Dengki, khianat, fitnah dan berburuk sangka menjadi eleman utama yang memisahkan manusia beriman dan bertakwa berbanding dengan manusia pendusta. Membersihkan hati hanya boleh berlaku jika hampir denganNya.

Didiklah anak-anak dengan solat dan mengaitkan seluruh kehidupan dengan wujudnya Dia yang sentiasa memerhatikan tingkah laku kita.
InsyaAllah … mereka akan mengasihi sahabat hampir dengan cara yang adil dan saksama.

No comments: