Friday, February 21, 2014

Mahu Dunia Tahu Ujian Yg DiHadapi..

Bangun Malam

18/4/1435
(Petikan oleh MKI - Dari http://muhdkamil.org/pensyarah/mki)


Jika ada yang berkata dan mahu bercerita, "Prof ... saya sedang diuji ..." maka tidak usahlah meneruskan kisah tersebut. Jawapan saya standard sahaja. Jika mahu bersembang panjang tentang ujian tersebut maka carilah orang lain.

"Sabar dan solat". Bukankah itu yang diajar oleh Allah SWT? Lalu saya menambah lagi dengan berkata ... "perbanyakkan solat sunat terutamanya bangun malam. Bermunajat dan berceritalah dengan Allah SWT. Sungguh, Dia Maha Mendengar". 

Maka ia tidak memerlukan isi cerita teutamanya yang boleh membuka aib sesiapa. Saya tidak gemar mendengar wanita mengaibkan suaminya. Malah tidak perlu bercerita tentang rakan di pejabat. Cukuplah begitu. Malah saya telah menulis isu ujian ini lebih 200 muka surat melalu Bersyukur Saat Di Uji

Kemudian - secara tersirat - saya mahu menaruh keyakinan kepada mereka yang hampir betapa Allah itu Maha Mendengar melalui buku Anekdot Madinah. Berbicaralah dengan Allah SWT terutamanya pada 1/3 hujung malam tersisa. Ia bukan semata-mata cerita tetapi mengandungi falsafah tertentu yang sememangnya dirancang melalui penghasilan buku. 

Namun terdapat yang lebih suka menceceh dan mahu sedunia mengetahui ujian yang mereka sedang hadapi. Riuh sekali. FB, blog, e-mail dan segalanya digunakan. Tidak. Ia tidak menyelesaikan ujian yang sedang kita hadapi. 

Berbicaralah denganNya. Dan jadikan bangun malam sebagai satu corak kehidupan bukan semata ketika di kala dilanda ujian musibah. Ujian kesenanganlah yang selalu melalaikan kita.
Kami mohon keampunanMu ya Allah.

No comments: