Menerusi
wasiat Imam Syafii itu, kita dapat menyimpulkan bahawa hanya
perkataan-perkataan baik sahaja yang perlu diucapkan oleh seseorang
Muslim. Manakala jika ia syak, hendaklah ia menahan perkataanya itu
sehingga syak dan ragu-ragunya (bahawa perkataan itu akan mengundang
keburukan) itu hilang. Apatah lagi perkataan yang ia pasti membawa
keburukan maka ia tidak langsung diamalkan.
Oleh
itu, berfikirlah sebelum kita mengeluarkan kata. Sesungguhnya pada
tiap-tiap perkataan itu ada dosa atau pahala yang pasti dicatatkan oleh
malaikat pencatat yang tidak pernah lupa atau alpa pada tugas-tugasnya.
Ingatan untuk diri sendiri yang selalu tergelincir dari berkata yang baik-baik.
Ingatan untuk diri sendiri yang selalu tergelincir dari berkata yang baik-baik.
No comments:
Post a Comment