Tuesday, September 13, 2011

Cerita Raya..

sekian la citer raya yg mungkin dah agak basi sebab saya baru sempat nak selit kat sini.. sepanjang raya saya tak kemana, cuma balik rumah mak dan mak mertua je.. cuma sehari sebelum balik tu sempat gak kami jengah rumah abang suami (abg ipar) jap..
alhamdulillah hari Isnin kami dah balik ke kL semula dengan hajat asal selasa nak masuk keje (walaupun memang saya apply cuti hingga khamis), tapi memandangkan anak saya belum begitu baik sepenuhnya, terpaksa la sambung lagi cuti sampai jumaat..















pagi khamis (raya ketiga) kami gerak balik ke tganu lak.. lalu cameron, gua musang, kenyir... sempat lak kami singgah tempat orang pelihara gajah n singgah tasik kenyir jap.. alhamdulillah insyirah tak berapa meragam sangat.. cuma dia semakin kurus dan cengkung sebab taknak makan dan minum dari raya pertama sampai la raya ketiga ni.. dia cuma nak minum air masak & susu badan je.


Ni la kami 3 beradik..






Tiba la hari raya.. Ni antara gambar di pagi raya..



malam sebelum raya, masa ni insyirah ok lagi..mampu main2 dan boley ikut abg dia main bunga api lagi..

Perjalanan balik kampung ipoh.. Pukul 6.30 pagi dah kua umah sebab takut jalan sesak.. Alhamdulillah perjalanan lancar.. Tapi Insyirah dalam keadaan demam.. Panas.. Doktor baru cakap dia kena c-ken pox.


1 comment:

duniaanita74.blogspot.com said...

alah kesian si kenit ..pun kena gak...