Saturday, January 5, 2013

New Beginning..

Alhamdulillah.. semalam hari terakhir saya uruskan Haziq ke sekolah.. 

Hari pertama saya teman dia sepenuhnya.. Sekejap kami dekat dengan dia, sekejap jauh.. Kami cuba perhatikan dulu tindak tanduk dia dalam kelas, waktu rehat & waktu balik.. Alhamdulillah dia ok je.. Boleh membiasakan diri, cuma masa waktu rehat cam kesian lak tengok dia berbaris nak beli makanan. 

Hari kedua dan ketiga, semakin ok.. kami cuma intai tengok dia dari jauh semasa transit dia dari sekolah agama ke day care n sekolah petang...dan semasa membeli di kantin..

Kisahnya bermula...

7.30 pagi... ayah hantar ke sekolah agama.. Masuk kelas..

8.45 pagi...  waktu rehat bagi murid Tahap 1...

9.10 pagi...  Sambung kelas.

11.10 pagi....Kelas agama persekolahan sesi pagi TAMAT.

11.15 - 11.30 pagi...  tunggu  kereta pakcik yg menjemput dia dari sekolah agama waktu pagi dan hantar ke tempat transit.. (Di Tadika lama dia)

11.45 - 12.15  waktu  untuk dia lunch, mandi, tukar pakaian dan bersiap untuk ke sekolah kebangsaan sesi petang. tunggu kereta pakcik yg menjemput dia untuk ke sekolah keb sri petaling,seksyen 14.

12. 40.... Sesi persekolahan petang bermula.

6.10 ptg... balik.. tapi pada hari khamis semua murid balik pukul 6.30 ptg...




Permulaan di pagi hari pertama persekolahan..

Senarai nama murid kelas 1 Shafie


Jadual kelas 1 Shafie

Ini ada di Sekolah Keb Sri Patling.. (sekolah petang Haziq)

Dataran tempat murid berkumpul masa baru datang  untuk sekolah petang

Antara ygada di situ

Ujian Pengesanan semasa sesi orentasi tahun 1

Sempat berborak masa jumpa kawan lama masa Tadika.

Berhimpun masa agihan kelas.

Time camni la perkara yg paling dia tak suka. Masa ni saya tinggalkan dia,
kami cuma  intai dari jauh je. Dia bosan sgt kot sampai ada satu masa, kami tengok dia lap2 air mata..
Sesi Persekolahan Haziq bagi Tahun 2013.
Jadual Sesi Interaksi.

Waktu rehat.. huhh lapar sungguh dia, masa makan ni dia memang bersemangan waja hehee
Senarai nama kelas 1Mawar.. Saya tak tau camne penetapan kelas di buat,
adakah semata berdasarkan ujian pengesanan atau camne..



 Tarikh Untuk Cuti Gantian pun dah masuk.

Semoga anak ibu sentiasa rajin belajar dan berusaha sungguh-sungguh.. Belajar pandai2 bia jadi orang  berguna..
takde apa yg dapat menyejukkan hati ibu melainkan lihat anak-anak ibu berjaya dalam pelajaran &  patuh suruhan agama.. Itu  saje bekalan untuk ibu & ayah di akhirat nanti. 

No comments: