Sekadar berkongsi sedikit rasa terkilan di hati, Ahad lalu 23 Disember 2012, kami dalam perjalanan dari PJ ke majlis kawin Salman di Manjung, dengan berbekalkan pakaian sepasang sorang untuk salin bila balik dari kenduri tu nanti, kami bergerak keluar Tol Bidor dengan harapan nak ikut laluan Teluk Intan untuk ke Manjung. entah macam mana kami tersilap laluan, tersesat ikut laluan Tapah.
Dalam hati cuba redho, nak wat camne dah terbabas.. Dan masa tersebut dalam jam 10.00 pagi suami saya terima panggilan dari kampung mengatakan ayah mertua saya baru meninggal.. Yaallah luluhnya hati ni dengar berita luar jangka.. Suami saya ambil sedikit masa untuk menenangkan diri. Saya tau dia terkejut dan terlalu sedih, tapi saya cuba untuk tidak terlalu sedih depan suami. Saya hilang kata untuk pujuk suami. Dalam hati penuh rasa terkilan, ayah mertua ada call seminggu sebelum minta kami balik Terengganu untuk makan duku langsat, tapi memandangkan weekend pun suami kerja, jadi kami menangguhkan niat untuk balik kampung. Dan sekarang kami betul2 terlambat..
Saya ajak suami patah balik KL utk ambil pakaian utk balik terengganu, tapi dia tak setuju dengan alasan nanti lambat. Dia kata tak yah fikir pasal pakaian. Saya cuba gak pujuk untuk ikut laluan Simpang Pulai yang mana jalannya lebik elok berbanding Tapah, dia tetap tak setuju dengan alasan yg sama takut lambat. Saya akur. Dan suami terus naik ikut laluan ke Tanah Rata Cameron Highland, Gua Musang, Aring, Kenyir dan Kuala Berang. Tapi nasib kami agak malang, kat Tanah Rata kami terperangkap lebih 2 jam tak bergerak.Dalam keadaan hujan dan jam terlampau kami berada di Cameron sahaja selama 3 jam lebih baru berjaya masuk Gua Musang.. Abang di kampung asyik tanya dah sampai mana dan memaklumkan akan kebumi ayah sebaik lepas Asar. Suami saya makin sedih.. Antara ayat yg keluar dari mulut suami masa tu buat saya betul2 sedih "Mandikan ayah tak dapat, solatkan ayah pun tak dapat.. dan dia menangiss... dan menangiss.. terus menangis.."
Apakan daya saya untuk membantu saat tu, puas saya berdoa sepanjang jalan supaya Allah permudahkan setiap urusan kami agar suami saya sempat menatap wajah ayah utk kali terakhir dan mengurus jenazah ayah, tapi itu ketentuanNYA..
Sepanjang jalan kami lebih banyak mendiamkan diri.. sayajuga minta anak saya sedekah Al Fatihah sepanjang perjalanan dan akhirnya pukul 9.15 malam baru kami selamat sampai di Kuala Berang.. Sangat lambat.. Dan mungkin Allah dah tentukan kami untuk tidak berjumpa ayah.. Atau mungkin itu balasan untuk kami sebab tak balik kampung jenguk ayah masa dia call..
Kami tiba semasa semua orang sedang Tahlil untuk arwah.. Suami saya tunduk & tak angkat kepala langsung. Saya tau dia dalam keadaan sedih dan terkilan yang teramat.. tapi apakan daya saya untuk melawan ketentuan Allah..
Semoga arwah ayah diletakkan bersama orang-orang yang beriman.. Dugaan ini betul2 beri pengajaran yg amat bermakna buat saya.. Sementara ibu ayah ada, saya perlu korbankan sedikit masa yang ada untuk mereka..Cuma itu yang dapat menggembirakan hati orang tua selain wang ringgit.
Dan saya harap semoga saya masih diberi peluang untuk berbakti kepada ibu ayah saya sementara mereka masih ada.
Gambar terakhir ayah masa Syawal yang lalu |
Rupanya ini gambar kenangan terakhir kami bersama.. :( |
2 comments:
Takziah buat Su sekeluarga... semoga en. suami Su cekal & tabah, semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org beriman... aminnn...
Menitis air mata dengan ayat-ayat en.suami Su tu...
Takziah pada su dan suami.... Akak pun tumpang sedih...
Masih boleh lagi berbakti pada arwah... doa anak yg soleh, sedekahkan ayat2 suci, buatkan haji badal (jika belum tunaikan haji) dan lain2....
Post a Comment