Tuesday, November 13, 2012

Antara peraturan dunia dan hukum Tuhan



Sedang menguruskan sesuatu urusan..  Tetiba wujud 1 arahan yg saya rasa agak kurang setuju atas dasar  ehsan dan simpati. Saya namakan ia perasaan pertama.
 
Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa.. sekadar berkongsi pengalaman dan rasa hati.

Perasaan Pertama:  Saya bersetuju dengan - kelonggaran diberi kepada orang yang berhutang tapi tidak mampu untuk membayar…  atas rasa ehsan kemanusiaan di hati saya dan pengalaman beban  kewangan satu masa dulu… 

Tapi sorang kawan saya jawab camni..  knp tak setuju lak, saya setuju dengan apa yg diarahkan.. itu adalah wajib dan hukum peraturan Tuhan.  pastu dia buat contoh…  sesuatu yang betul2 buat hati saya terkesan.. amat2 terkesan dan semoga bermanfaat untuk saya dalami kata2 tersebut.

Ayat dia camni : Kita wat contoh air.. kita guna air.. (maksud dia perkhidmatan air la cam SYABAS tu).. tapi kita tak bayar bil air tu, sedangkan air tu kita guna untuk berwudhuk jugak.. untuk beribadah. (dalam hati saya , bagi anak2 n family makan minum guna air juga) camne tu.. 

Tu je dia cakap.. pastu dia sambung lagi, bukan saya yg cakap, ustaz yg cakap. 

Cuba fikirkan. 

Okey.. saya faham dan terdiam.. tapi saya suka kenyataan dia tu.  hati saya menterjemahkan sendiri maksud dia.. mungkin dia bermaksud dimana keberkatan dalam ibadah dan rezeki yg kita dapat kalau tak selesaikan hutang yang sepatutnya.. Dan ada terasa pedas gak untuk diri ni yg kadang2 lewat bayar sesuatu bil/pinjaman tu.. 

Terus saya faham.. owh ok… saya dengan tetiba akur dengan arahan untuk urusan tersebut yang sebelum ni saya rasa seolaha2 tak patut…
Pengajaran yg saya dapat :mungkin sesetengah orang berperasaan lebih kepada logik akal dan belas kemanusiaan, sama seperti  perasaan pertama saya. TAPI Kita kadang2 terlupa untuk memikirkan HUKUM TUHAN yang tak boleh disangkal seperti yg saya jumpa dalam satu hadith ni
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” Riwayat al-Baihaqi

Dan 

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)(Riwayat Ibnu Majah)

Ya Allah.. murahkanlah rezeki untukku, sebagaimana engkau memurahkan rezeki terhadap kebanyakan makhluk-Mu Ya Allah, Tuhan semesta alam,"

No comments: