Catatan ringkas seorang insan kerdil yang menghayati nikmat kehidupan indah yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Semoga hati sentiasa dekat padaNYA. Dan semoga selamanya indah.. Amiin.
Tuesday, July 26, 2011
Temasya Kampung Ku
23 Julai 2011.. Kami semua berkampung kat Taman Wetland Putrajaya.
Kat sini sedikit sebanyak gambar yang sempat saya ambil pada masa tu.
Agak tak berapa best sebab insyirah tengah demam lak pagi tu.;.
HaiRaN
Pagi ni buat kali yang entah ke berapa, pagi-pagi morning lagi dah gi bank (maybank) untuk keluarkan duit.. dan setiap kali pergi waktu yang sama macam pagi ni saya mesti bertembung dengan 2 orang india yang berbadan besar, bertatoo dan sasa giler pegang berpuluh2 kad atm maybank dan cucuk duit ibarat mesin atm tu dia yang punyer.
saya nak mintak izin untuk saya keluarkan duit pun takut kena sergah.. saya tak faham kenapa diorasng wat camtu... cuma saya andaikan diorang tu kerabat ah long yg setiap pagi morning akan keluarkan duit peminjam2 diorang... lama gak la dok belakang diorang.. boleh kita bagi isyarat camne pun dia wat bodoh jer cam mesin tu bapak diorang punye.. sakit hati tul.
saya nak mintak izin untuk saya keluarkan duit pun takut kena sergah.. saya tak faham kenapa diorasng wat camtu... cuma saya andaikan diorang tu kerabat ah long yg setiap pagi morning akan keluarkan duit peminjam2 diorang... lama gak la dok belakang diorang.. boleh kita bagi isyarat camne pun dia wat bodoh jer cam mesin tu bapak diorang punye.. sakit hati tul.
Friday, July 22, 2011
Bahang Family Day
Esok Family Day, makanya hari ni adalah hari terakhir untuk setiap kumpulan buat banner.
Saya antara ahli kumpulan Kampung Parang Kontot..Ramai yang ketawakan nama kumpulan eden ni.. Sebab ada perkataan kontot kot... Takpe kita tengok nanti..
Saya nama je ahli tapi bab lukis banner saya tak menyumbang pape pun.. Tiap kali turun sekadar tengok.. Maklumlah saya ni langsung tak kreatif bab-bab melukis & mewarna ni...
Tadi buat kali terakhirnye saya turun tengok diorang berhempas pulas mencantikkan banner yg dah hampir 99% siap..
Tak rahsia dah kan... Ta daaa...
Friday, July 8, 2011
Hari & Masa..
Petikan dari: langitilahi.com
Hari & Masa tidak pernah menunggu untuk kita bersedia memanfaatkannya. Bahkan masa berlalu begitu pantas, sepantas awan yang berarak dan sepantas angin yang bertiup. Mungkin ada masa-masanya hidup kita diselubungi kesedihan dan kekecewaan hinggakan kita merasakan jarum jam terhenti seketika atau menginsut begitu perlahan.
Namun semua itu hanyalah perasaan kita sebagaimana kita merasakan masa berlalu begitu pantas diwaktu kegembiraan mewarnai hari-hari yang kita tempuhi.
Melupakan hakikat ini akan menjadikan kita orang yang selalu menyesal dengan diri kita. Kita sering menoleh kebelakang dengan penuh penyesalan hingga kita melupakan kedatangan ESOK serta mensia-siakan segala peluang dan kesempatan yang masih kita miliki HARI INI.
Ya, kita perlu menyesali dosa-dosa kita tetapi bukan mensia-siakan saki baki umur yang masih kita miliki. Sedarlah…setiap kali kita menyesali dosa-dosa yang telah kita lakukan maka syaithan akan bisikkan keraguan dan keresahan hingga kita berputus asa. Berputus asa dengan rahmat Allah dan berputus asa dengan kebaikan hingga kita terus menerus melayan perasaan kita hingga masa-masa yang masih kita miliki kehilangan harganya. Kita menangisi kelemahan diri tanpa kita bangun memperbaiki diri, kita menyesali hari semalam hingga kita mengabaikan hari ini yang masih kita miliki dan mensia-siakan esok yang sedang menanti.
Kita sebagai manusia biasa tidak akan dapat lari dari dosa dan kesalahan. Yang menjadikan kita hina bukan berapa banyak dosa yang telah kita lakukan tetapi hina kita adalah kerana keengganan kita untuk keluar dari lembah dosa tersebut.
Dalam satu hadith Qudsi, Allah SWT berfirman: “Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua adalah orang melakukan kesalahan malam dan siang dan Akulah yang mengampunkan semua dosa, maka minta ampun kepada ku maka aku akan ampunkan dosa ku…” (rujuk hadith 40 Imam Nawawi).
Dalam satu hadith Qudsi yang lain pula, Allah SWT berfirman : “Asalkan kita menadah tangan berdoa kepada Allah, maka Allah berkata; Aku tidak peduli” (Rujuk Hadith 40 Imam Nawawi). Bukan Allah tidak pedulikan doa-doa kita tetapi Allah tidak pedulikan sebanyak manapun dosa kita, maka Allah akan ampunkan dosa-dosa kita, biarlah dosa kita memenuhi langit dan bumi maka Allah akan datang dengan pengampunan seluas langit dan bumi.
Ya, kita orang yang sering melakukan dosa, sering lalai dan alpa bahkan sering mengulangi dosa-dosa yang sama. Ya, kita serba hina dan sarat dengan kelemahan diri serta kerap kita lupa diri. Kita perlu menangisi segalanya tetapi tangisan kita tidak menjadikan kita putus asa dan kehilangan diri. Kita perlu bangun dan lakukan pembaikan diri dengan penuh keazaman dan harapan. Lidah dan hati kita tidak jemu berzikir dan memohon keampunan kepada Allah disamping menaksir diri dan merungkai kejahilan yang membelit diri serta berusaha untuk keluar dari kelemahan dan kelalaian.
Ya, masa begitu pantas berlalu tetapi bukan untuk ditangisi pemergiannya dan bukan juga untuk disia-siakan kehadirannya tetapi untuk dimanfaatkan termampu mungkin agar kita sentiasa dipandang Allah SWT sebagai hambaNya; HambaNya yang sentiasa merasa kerendahan diri, menyesali dosa-dosa tetapi tidak pernah putus asa dari rahmatNya. Inilah jalan yang akan mendekatkan kita kepada Allah; Jalan yang akan mendekatkan kita pada rahmat dan pengampunanNya.
Ya, kita orang banyak melakukan dosa tetapi kita meyakini pengampunanNya jauh lebih banyak dari semua dosa-dosa kita. Bangkitlah dengan penuh keazaman untuk kita manfaatkan masa-masa yang masih kita miliki.
Wednesday, July 6, 2011
Bekalan Dari Mak..
Alhamdulillah...
Alhamdulillah Ya Allah...
Alhamdulillah, aku bersyukur atas segala nikmat dan rahmatMu..
Teringat dulu masa kecik-kecik,
Masa sekolah rendah,
Tiap-tiap hari pegi sekolah naik beskal....
Mak siapkan sarapan pagi..
Pastu kadang2 bekalkan pape yang ada..
Bila taknak jamah sarapan pagi....
Alasan belum ada selera nak minum…
Mak bawak air atau biskut sampai ke depan pintu...
Mak paksa gak saya minum sambil saya pakai kasut..
Mak kata nanti perut masuk angin..
Mak hantar ke depan pintu dan melambai tangan..
Alaahaaii.. saya tak dapat melakukan perkara yang sama pada anak saya..
Tiap-tiap hari akan berenti di kedai..
Beli biskut atau roti atau kuih untuk anak….
Sebab terkejar2 nak pegi keje lak....
Kemudian,
Dah masuk sekolah menengah..
Mak tetap juga hidangkan saya sarapan..
Mak hantar ke pintu kalau saya taknak jamah…
Mak paksa saya minum…
Masa rehat, saya tak makan di kantin…
Saya tak pernah langsung ke kantin..
Saya akan makan bila balik rumah…
Mak dah siap masak..
Sekarang,
Anak saya balik sekolah makan apa yang pengasuh masak..
Saya tak dapat layan anak-anak camne yang mak saya buat..
Alangkah indahnya kalau saya dapat layan anak2 sama macam mak buat pada saya..
Kini,
Saya telah menempuh alam pekerjaan, alam rumahtangga…
Mak masih layan saya macam dulu walau sesekali saya balik..
Mak akan bawakan bekal bila saya nak balik ke rumah…
Walau pun dah bercucu, mak masih layan saya macam dulu…
Mak tetap juga mengambil berat tentang anak-anak macam dulu..
Mak tetap bekalkan macam2 keperluan dapur setiap kali saya balik…
Tetap juga menghantarku didepan pintu dan melambai tangan
Dan mengingatkan saya supaya tidak memandu laju..
Itulah emak...
Dari dulu sehingga kini..
Tetap macam tu..
Melimpahkan saya dengan kasih sayangnya,
Menjaga saya lebih daripada dirinya..
Mak juga tak putus membekalkan saya dengan bekalan doa yang berterusan,
Agar anaknya sentiasa dilindungi Allah,
Agar anaknya dilimpahi nikmat kesihatan yang baik,
Agar anaknya berjaya didunia dan akhirat..
Agar anaknya dilimpahi rezeki yang berterusan...
Semoga saya dapat melakukan perkara yang sama pada anak-anak saya…
Supaya saya dapat membimbing anak-anak ke jalan yang sepatutnya…
Dan semoga Allah beri kesihatan yg baik buat Mak selamanya..
Friday, July 1, 2011
Jiwa Kacau
Orang kata kalau susah hati, Stress, Sedih, Kecewa, Tak Puas Hati atau pape je yang seangkatan.. citer kat sesape supaya hati kita atau diri kita rasa ringan sikit dari dibebani perkara tersebut.. Memang betul pun...Tapi.. Semua orang boleh ke tolong selesaikan masalah kita tu.. Walau pun ayat2 diorang manis menyejukkan dan menyenangkan tapi apa yag tersirat kat dalam lubuk hati ni Hanya Allah yg Maha Mengetahui.. Walau pun kite tak citer ngan DIA tapi DIA Maha tahu..
So ape kata setiap apa yg kita fikirkan atau apa yg kita rasa susah, senang, kecewa, marah, tak puas hati sume tu kite cite pada Allah... Dia lebih memahami...
bak kata kawan saya, kite mengadu je pape kat Allah.. Dia lagi faham... Dia selalu dengar ape kita harapkan.. Hrmm.. kita je yg kadang2 tak dengar apa Allah perintahkan.. Kdg2 terlepas perintah Dia.. Apa kita nak semua Allah dah bagi... Apa Allah nak kita dah sempurna kan ker.. Nak sesuatu minta pada Allah tapi apa Allah suruh kita tak buat pun.. Tak Malu kan..
Kita je yg jarang bersyukur.. mungkin sebab tu Allah bagi masalah untuk kita muhasabah diri..
Pernah saya terdengar motivasi pagi di Radio..... Ustaz tu cakap, kita slalu minta pada Allah macam2.. Tapi yg kita nak tu Allah tak makbulkan lagi.. Kita mengeluh seolah2 Allah tak bagi kita pape kenikmatan... Kita tak bersyukur pun dengan apa yang Allah dah bagi kita nikmat selama ni.. Contoh, nyawa..tempat tinggal.. anggota yang sempurna dan macam2 yg tak terhitung... Yg paling saya takleh lupa ustaz tu cakap.. Cuba satu pagi tetiba ada orang/malaikat datang kat pintu rumah kita, dia cakap "Maaf puan, kami datang nak potong bekalan nyawa (saya tak ingat nyawa ke oksigen yg ustaz tu cakap) sebab puan tak bayar hutang puan kat Allah... maksudnya tak bersyukur atau tak buat apa perintah Allah cam semahyang ke, puasa ke... hmm camne kalau jadik camtu... so lepas ni perlu banyak bersyukur...
Sume yg saya tulis ni untuk peringatan diri saya sendiri yang sesekali datang mood yang ntah pape cam hari ni... tetiba rasa sedih, kecewa putus asa... kdg2 cam nak sasau pun ade.. Semoga Allah dengar setiap rintihan hambanya.. Aamiinn..
Kata pepatah ni saya suka sangaat..
Bila Allah cepat makbulkan doamu….
Maka Dia menyayangimu….
Bila Dia lambat memakbulkan doamu…
Maka Dia sedang mengujimu….
Bila Dia tak makbulkan doamu….
Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu….
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan….
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya…
Sepuluh Sebab Kenapa Doa Ditolak Allah;
1. Kamu mengenal ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan hak-haknya.
2. Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-quran tetapi kamu tidak amal dengannya.
4. Kamu telah menggunakan nikmat-nikmat ALLAH, tetapi kamu tidak bersyukur padanya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari darinya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban orang lain tetapi kamu lupa tentang keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat sahabat kamu, kamu tidak pernah mengambil ikhtibar dari kematiannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)